15 Oct 2023

Menu Sedap Di Black Canyon

Assalamualaikum readers


Menu Sedap Di Black Canyon | Bersambung kisah ternak lemak sebelum makan frozen yogurt di 1 Utama. Kalau dah berjalan dengan parent in law campur laki yang jenis perut nasi memang kena cari nasi. Nina pun suggest BC sebab lama tak makan dan dekat dengan lif. Mengah bawak baby dengan kaki bengkak lagi.


Spicy Glass Noodle Salad

Stir-Fried Chicken with Cashew Nut


Black Canyon lepas PKP memang semua branch di Penang terus tutup ya. Lepas balik dari KL baru tau dah dibuka semula di Sunway Carnival. Dia punya menu memang sentiasa buat orang terliur. Kami order menu Set D (4 pax) dalam RM 54, boleh add on menu lain kalau nak. Alhamdulillah rezeki pak cik hubby belanja. Menu yang wajib cuba Mango Salad, Tom Yam putih dan Black Canyon Iced Coffee, kami order tom yam ikan tapi bau hanyir.


Spicy Chicken Tom Yam

'Pad Kra Praw' Minced Chicken with Hot Basil & Fried Eggs

Omelet Minced Chicken

Stir-Fried Mixed Vegetables 

Watermelon Juice


Iced 'Matcha' Green Tea Latte

'Cha Thai Yen' atau Thai Iced Tea with Milk

Sago Longan with Coconut Milk


So far makan di 1 Utama ni tak adalah tunggu makanan tu lama sangat walaupun pi weekends. Ada a few makanan yang tak sempat snap sebab lapaq. Begini lah orang utara, bab makanan Thai memang aroi mak mak 😍 Setiap sorang memang tambah nasi ya. Antara faveret restoran. 


14 Oct 2023

Don Western And Grill Cafe, Penang

 Assalamualaikum readers


Don Western And Grill Cafe, Penang | Tempat Makan Western Food Di Penang | Entri basi untuk tahun ini baru dipublish. Setiap tahun bila tiba bulan Februari my husbank dan SIL no.1 akan semakin berusia. Jarak birthday abang dan adik dalam seminggu.


Fish & Chips - RM 21.90

Lamb Chop

Alhamdulillah semua ini disponsor oleh boyfriend SIL yang ada di UK (dah balik Mesia pun 😂). Semoga dipermudahkan urusan mereka cari uwang untuk nikah ya. Dan kami tolong habiskan. Opcos paling happy ialah Harraz. Dia excited dengan belon, dia tahu belon dan kek hanya ada time birthday 😅


Platter ni makan 4 orang ya termasuk Nina

Donna Kids Meal - RM 15.90 (Nasib baik anakku tak minta nak bawa balik)

Air Barbican Epal



Don Western And Grill Cafe ini ialah cafe halal yang menyajikan 100% makanan western. Alhamdulilah menepati citarasa kami semua. Total hangus untuk 9 orang biarlah rahsia, nama pun sponsor 😂 Boleh tengok menu-menu yang sempat Nina snap. Rambang mata nak pilih. Boleh klik kalau tak nampak description.


Entrance

Mostly orang yang datang makan di cafe ni untuk dinner, celebrate birthday dan anniversary. Boleh pilih nak dine in atau makan di luar cafe.


Don Western & Grill Cafe


Alamat : 3E, Jalan Penang

10000 George Town, Penang. (Waze confirm jumpa)


Waktu Operasi : 6.00 pm-1.00 am (setiap hari)


13 Oct 2023

Review Filem Love At First Sight (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Love At First Sight (2023) | Filem ini based on buku statistics tentang cinta pandang pertama. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Menarik untuk ditonton. Sejak Netflix ada macam-macam movie, dah tak jejakkan kaki di mall untuk tengok wayang.



SINOPSIS :


Hadley Sullivan (Haley Lu Richardson) dari Amerika terlepas penerbangan ke London untuk menghadiri perkahwinan bapanya. Dia terpaksa beli semula tiket dan menunggu penerbangan seterusnya. Semasa menunggu dia bertemu dengan Oliver Jones (Ben Hardy) pelajar jurusan statistics di Yale yang menawarkan untuk meminjamkan pengecas telefonnya.



Mereka berbual dan makan bersama. Di dalam kabin, tali pinggang Oliver rosak dan pramugari menukar tempat duduk di sebelah Hadley. Mereka menghabiskan masa dalam penerbangan dengan bertukar-tukar cerita. Selepas mendarat, Oliver menaip no telefonnya di fon Hadley sebelum mereka terpisah untuk pemeriksaan imigresen.



Malangnya, telefon Hadley kehabisan bateri sebelum sempat save. Akhirnya dia terus ke majlis perkahwinan bapanya dan terpegun dengan kebaikan isteri bapanya, Charlotte. Di majlis, Hadley terdengar tetamu berbual berkenaan memorial dan mengingatkan pada Oliver. Hadley pun berusaha mencari Oliver sementara ada masa sebelum majlis makan malam bapanya.



Hadley berjaya ke lokasi memorial dan terjumpa adik Oliver dan ibu bapanya. Tessa tidak meninggal tetapi menghidap kanser peringkat akhir sebelum berhenti menerima rawatan. Oliver gembira bertemu Hadley, dan mendesak Oliver meluahkan perasaan ditolak kerana masa tidak sesuai.


Dalam perjalanan pulang, Hadley tertinggal beg galasnya dan meminjam telefon orang untuk hubungi bapanya dan menceritakan apa yang terjadi. Atas dorongan ibu bapanya, Oliver terjumpa kad jemputan perkahwinan bapa Hadley dan pergi ke lokasi untuk meluahkan perasaan pada Hadley kerana takut mereka akan terpisah. The End.


🌟🌟🌟


Aik Cheong Variety Box

Assalamualaikum readers


Aik Cheong Variety Box | Sale Shopee 10.10 mesti tak lepaskan peluang borong apa yang patut ☺ Salah satunya minuman dari Aik Cheong. Sebelum-sebelum ni tak pernah minum pun tapi lepas rasa matcha terus ter-suka.


Aik Cheong Variety Box - RM 11.90



Produk Aik Cheong ni ada bermacam jenis perisa yang boleh dipilih. Saja beli variety box sebab ada 4 flavour. Setakat ni yang suka matcha dan coklat tapi coklat lagi sedap sebab serbuk banyak dan pekat. Mungkin sebab jenis coklat belgiun indulgence.


Rasa coklatnya lagi sedap dari Milo 3 in 1 - RM 11.90 (12 sachets)



Untuk perisa matcha sedap jugak dan rasa matcha tu tak pahit sangat. Ada rasa berlemak sikit. Yang baru nak berjinak-jinak dengan matcha boleh try beli variety box ni. Berbaloi beli time promosi dan free shipping. Nak beli nanti tunggu next sale 11.11 pulak. Maaflah ter-racun orang 😂


12 Oct 2023

Review Filem Nowhere (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Nowhere (2023) | Trending di TikTok, ramai yang review movie dari Spain 🇪🇸 ni.Filem ini ditayangkan pada penghujung bulan September hingga kini di Netflix.



Filem ini secara amnya tidak mempunyai ramai pelakon kecuali ketika babak permulaan sahaja. Selepas itu, hampir 90 peratus hanya fokus seorang pelakon utama yang memegang watak Mia. 


SINOPSIS :


Kisah sepasang suami isteri iaitu Mia (Anna Castillo) dan Nico (Tamar Novas) yang melarikan diri dari rejim totalitarian. Sepanyol melaksanakan rancangan 'tak cukup untuk semua', sumber yang ada tidak cukup. Pihak berkuasa mula membunuh orang tua, ibu hamil dan kanak-kanak bertujuan mengurangkan populasi penduduk.



Nico bercadang untuk lari ke Ireland bersama Mia yang sarat mengandung. Salah satu cara untuk lari dengan menggunakan kontena. Mia dan Nico mula dalam satu kontena, tetapi Nico diarahkan masuk ke kontena yang lain. Semasa pemeriksaan pihak berkuasa Mia sempat bersembunyi, malangnya orang lain dalam kontena itu dibunuh.



Dalam perjalanan di atas kapal, ribut kuat dan banyak kontena terjatuh ke dalam laut termasuk kontena yang Mia ada. Bermulanya survival seorang wanita untuk terus hidup di tengah laut yang luas.



Akhirnya Mia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Noa. Makanan dan minuman semakin habis, Mia perlu cari jalan untuk terus hidup bersama bayinya. Mia dapat idea tebuk kontena guna cordless, dapat tangkap ikan dan tadah air hujan guna tapaware.



Hampir sebulan Mia berada di tengah laut. Dia mula menyediakan rakit untuk anaknya dan mencari daratan selepas ternampak burung camar. Kontena juga sudah tidak dapat menampung air dan mula tenggelam. Akhirnya, dia dan bayi diselamatkan oleh nelayan.


Kesimpulannya :


Boleh nampak cara Mia nak survive, bayi direct lahir dalam air laut (part ni Mia telanjang bulat), tebuk dinding kontena guna cordless, bateri habis guna pisau lipat, makan uri dan ikan mentah, paha Mia terkoyak tu seriau tengok! jahit luka di paha, tali earphone buat jala ikan. Tak logiknya, tengah laut boleh call laki, ada line pulak dan bateri fon tahan lama 😅


Part yang tergantung di endingnya, Mia sampai negara mana? Dan apa yang terjadi pada anak pertama Mia. 


🌟🌟🌟🌟🌟


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com