8 Aug 2017

Duit Raya Dan Hadiah

Assalamualaikum Readers 🙆


Hai Ogos 😂 walaupun hari raya dan hari lahir dah lepas tapi still dapat duit raya, birthday gift dan kad raya !! 😅😅 Nasib baik bukan aku sorang dapat lewat, ada lagi pekerja situasi sama included bf.


Duit raya Mattel release 27 Julai 

Birthday Gift untuk setiap pekerja. Received by security 3 Jun tapi dapat 3 Ogos. Kah!


Kalau dulu dapat angpow, kali ni duit raya pula serba hijo. Alhamdulillah dapat jugak, sapa lah peram lama-lama all this stuff 😝😝 Semua lawa dan exclusive. Mana nak dapat kat luar. 

25 Feb 2016

Hot Wheels Spin Storm Track

Salam Readers..


Hot Wheels Track benda wajib kalau nak main bersama kereta Hot Wheels, bila jarang menyoping di E-Store company maka akan borong sampai habis limit baru puas hati. Hehe.. Harini aku dan Nad berjaya cekau 2 track ni. Bayangkan nak dapat set track macam ni kat mall sangat lah mahal. Ratusan juga harganya. Ingat mak budak besar macam ni tak main hot wheels? Hobi di masa kecil kembali lagi. 


Hot Wheels Spin Storm Track (Nad)

Hot Wheels Super Score Speedway (me)

13 Jan 2015

Pencapaian 6.5 Juta Hot Wheels

Salam Readers..


We made it! Yahoo.. Bukan yahoo.com ye. Berjaya juga mencapai "Pencapaian Target 5.9 Juta" ke 6.5 juta bagi tahun 2014 !! Tahniah buat semua pekerja Mattel Malaysia untuk capai target. Seperti yang dijanjikan, maka harini kami terpaksa mengagihkan T-Shirt dan Keychain kepada semua pekerja Department Plastic Moulding.



Banner di Guard House


Pagi-pagi lagi dah sibuk turun ke production untuk kembungkan belon dan gantung. Nasib baik tak tiup guna mulut kalau tak mau habis angin dalam badan. Hihi.. Aku bukan ikan buntal. Ada 2 orang 'lelaki disebalik tabir' tolong, ada supervisor, dia tolong sign belon tolong selfie je. Hampeh.. Biar gambar berbicara.




Lelaki disebalik belon.. Yeayy boleh main !

Mangsa keadaan pabila sibuk berselfieesh

Abang Rahim Kole.. Mana datangnya kole tu? Nampak tak sign tak laku dia. Hoho

Turn mulut ikan buntal.. Ahaks



Kerja seterusnya ialah misi mencari baju-baju pekerja department Nina. Banyak tahu tak, naik kebas kaki tangan buntut mengangkat baju dan keychain. Dah la HR main longgok, bercampur setiap department, memang tak puas hati. Demi kerja dan kesiankan akak staf, kami berdua berjaya mencari kesemua baju. Nak je bawa baju guna forklift.



Waktu lunch pun tak sempat makan dan sibuk asingkan baju-baju shift malam dan off day. Boleh juga minta tolong adik-adik intern ni bawa naik kesemua beg berisi baju, kang tak pasal hilang. Pantang nampak barang free nak kebas.




3 kotak berisi keychain. Beratnyee


Manager HR dan supervisor Shift C

Thumps Up !

Testing baju gituw

Siapa la yang curi belon bawa balik ofis.. Ngeh ngeh


Thanks company untuk souvenir. Sangat suka ! Ini yang buat aku sayang nak tinggalkan company dan geng-geng kaki makan/kelako/selfie/ketawa kuat-kuat. Setiap ahli dah ada treadmark masing-masing. Ko hado? Ukuran baju saiz M tahun lepas, dapat baju terpaksa tukar ke saiz L. Petanda apakah ini?


Untuk tahun 2015 targetnya 7.1 Juta !  


6.5 Million achievement T-Shirt for 2014

Limited Edition. Ada orang sanggup beli dengan harga RM 100

Seram tak tengok gambar ni? kenapa belon kat atas


25 Dec 2014

Hot Wheels Di Lelong

Salam Readers..


Ku katakan sayang tapi akhirnya ku jual juga. Kau tidak sayang padaku lagi. Eh.. stop bermonolog. Kalau la kereta tu boleh bercakap naya je. Akhirnya aku jual sebahagian koleksi Hot Wheels dan juga "let go HW" yang banyak ter-GRAB kepada kak Salina sebelum dia habis internship pada hujung bulan ini dengan harga RM 46 :) Ada yang berminat tapi cuma main2 je. So, take order untuk betul2 berminat saja. 








21 Nov 2014

Let Go Hot Wheels

Salam Readers..


Jarang-jarang nak tengok budak perempuan kumpul Hot Wheels berketul-ketul kecuali aku. Kekadang tu, ada juga ter-GRAB kereta yang sama 2x makanya terciptanya entri ini dimana aku nak let go hot wheels dan layan lagu let it go nyanyi Demi Lovato untuk rasa sendu. Herher



Toyota Tundra
Chery Tahoo
Toyota Corolla
Ford Woodie
Porsche Panamera
Alfa Romeo
Lamborghini Estoque
The Batman - Bat Mobile


p/s: Berminat boleh pm di sini

6 Nov 2014

Koleksi Hot Wheels

Salam Readers..

Akhirnya diriku rajin juga nak snap gambar2 koleksi Hot Wheels yang sudah dikumpul sejak kerja di Mattel dari tahun lepas. Dalam entri sini, nina ada bagi tahu nak tunjuk koleksi tu. Bukan niat nak menunjuk sebab ini antara Hot Wheels yang menjadi kesayangan. Orang nak beli pun nina takkan jual.


Hot Wheels 18 Car Pack. Kesayangan beta sebab 11 cars adalah tayar getah


Ada lagi stok kereta yang akan dipostkan ke Pengomen Tegar Blog Tahun 2014. Jeng.. jeng. Siapakah mereka? Nantikan entri penghujung tahun. Akceli ada juga pengomen tegar 2013 yang belum terima. Nina nak post sekali gus, jimat masa dan wang. Meh menjulingkan mata tengok 'tayar panas' yang comel2 ni. Hihi



Hot Wheels 20 Cars Pack. Sayang semua sport cars ni.




Car Pack.. Barbell & Hot Stamp yang nice !

Hot Wheels Motorcycle & Van's

Hot Wheels 9 Cars Pack

Yellow Taxi 

Fast & Furious Cars. Perasan tak?

p/s: Untuk sebarang pertanyaan boleh komen email ya

21 Oct 2014

Setahun Bersama Mattel Malaysia

Salam Readers..


Setahun dah ke? Harini genap angka 1 dari 21102013-21102014. Kejap je masa berjalan, dah setahun. Dah semakin sayang dengan kawan2 sekerja. Bergaduh, bergurau, kena marah tu biasa la. Adat kerja, semua tu kejap je dan hadapi dengan tenang. Dalam setahun ni boleh hadapi kerenah operator pun dah cukup bagus. Layankan jer.. Ramai yang confuse dengan company ni juga. Meh nak story mory cikit.




Mattel Inc.
Beribu pejabat di El Segundo, California, US. Mempunyai beberapa branch Mattel di seluruh dunia. Di Asia terdapat 4 iaitu di Bangkok, Malaysia, Indonesia dan China. Sudah 33 tahun bertapak di Malaysia. Nak tahu lebih boleh baca sini "wiki Mattel" dan kalau nak tengok the latest Hot Wheels dan Barbie boleh ke website "Mattel.com" :)

Mattel Malaysia - di kawasan perindustrian bebas Prai, Penang hanya memproses kereta mainan Hot Wheels. Kiranya Malaysia khas buat Hot Wheels saiz kecil.

Mattel Bangkok - hanya memproses Hot Wheels bersaiz besar. Seperti trak. Saiz barbell (roda) juga besar.

Mattel Indonesia - memproses Barbie Doll dan anak patung lain.

Mattel China - Lebih kepada Tool. Menghasilkan acuan (Mold) untuk dibekalkan ke Mattel Bangkok dan Malaysia. Juga memproses Barbie dan Hot Wheels.

Company hasilkan Hot Wheels untuk current export markets ke Argentina, Australia, Brazil, Chile, Colombia, Hong Kong, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, UK dan US. 

Nak buat kek untuk birthday tahun depan la. Heee. Amacam


Cabaran bila study lain tapi kerja lain. Memey dah lari bidang. Nasib baik ada geng budak Multimedia. Huhu.. Ada yang tak sabar nak tengok koleksi Hot Wheels nina tak? Hihi


10 Oct 2014

Misteri Honda Mayat

Salam Readers..


Salam Jumaat buat semua.. Letih menunggu seseorang selama sejam dari masa yang dijanjikan. Baru sampai ke rumah lepas mengambil cik Viva. Nanti la next entri nina ceritakan tapi harini juga baru ambil Hot Wheels jenis Honda Civic tahun 1990. Korang tau tak, nina siap berebut nak dapatkan kereta ni sebab orang pernah panggilnya "Honda Mayat" !!







Dah jarang nampak orang pakai honda mayat ni dan mungkin ramai tak tau jenis kereta ni dan pelik kenapa orang panggil dengan gelaran mayat. Nina buat search dan terjumpa entry JR's Blog pasal honda mayat ni. 




Honda mayat atau Honda Civic Wonder agak popular di Malaysia pada awal tahun 1990an *kite baru lahir. Ketika itu tak ramai yang mampu membelinya kerana harganya yang agak mahal (RM 30,000).


Menurut JR's kereta ini dinamakan Honda mayat sebab?


  • Bentuk belakang kereta ini menyerupai kereta mayat.


  • Tahun 1980an dulu banyak model kereta ini digunakan sebagai kereta mayat di Jepun. *patut ler


Kalau diberi peluang, nak drive Honda Civic zaman kini yang tak menakutkan dan nampak lebih sporty macam Honda Civic Tourer. Nak tau lebih lanjut sila ke sini.  Jangan baca malam2 kalau penakut. Hihihi.. 




25 Sept 2014

Pencapaian 5.9 Juta Hot Wheels

Salam Readers..


Hoyehh.. makin bertambah koleksi Hot Wheels. Sukenyee dapat free! Hehee.. Ini 'hadiah' yang dijanjikan company kalau dapat capai target untuk tahun ini. Minggu ni saja dah capai 6 millions. Akceli, ini untuk operators sebab bersengkang mata kerja 12 jam nak hasilkan kereta. Tahniah. Buat kami orang production cuma tumpang sekaki. 



Target untuk tahun ini

Hadiah Hot Wheels sempena 5.9 MM

19 Jul 2014

Hot Wheels Semakin Di Hati

Salam Readers..


Yes, finally I'm a collector Hot Wheels. Hati tertarik nak start kumpul semula koleksi kereta2 ala vintage dan sport. Kereta yang orang hadiahkan entah hilang kemana sejak darjah 2 lagi. Sayangnya sebab itu salah satu kereta yang boleh tukar kaler jika dimasukkan dalam freezer. 




Kalau sesiapa berminat nak beli boleh je tanya nina. Dah kerja di kilang proses kereta ni. Perkara pertama bila nak beli Hot Wheels mesti nina akan tengok hostamp di wheels okay ke tak, tengok berat dia dan jenis kereta. Paling suka kumpul kalau Hot Wheels tu ada tayar getah. Nilai kereta rubber wheels ni jauh lebih mahal sebab production kena order tayar tu.   


Sekarang dah ada koleksi kereta2 dari Volkswagen, Ford Mustang, Toyota Tundra, Ferrari, Lamborgini, Datsun, Mercedes, Jeep, BMW, Corvette, Monte Carlo, Plymouth dan dari jenis Asphalt Assault. 

20 Nov 2013

Jatuh Cinta Dengan Hot Wheels

Assalammualaikum.


Jatuh Cinta Dengan Hot Wheels ♥,♥ | Tak sangka dah masuk sebulan aku bekerja di Mattel tapi harini baru 1st time aku masuk bilik E-Store, which is store that sold all brands under Mattel example such as Hot Wheels, Barbie, Fisher-Price and etc. Eh.. eh tersasul pula taip dalam BI. Sebulan juga aku speaking dengan supervisor, kalau dengan manager hentam BM. Hihi.. Sukanya masuk bilik manager tengok almari besar penuh koleksi kereta dari tahun 80'an. Perghhh.. 





Hot Wheels Power Rangers Edition


Oke la, dah alang2 masuk store tu jadi aku terbeli Hot Wheels - Power Rangers Edition tapi tapi tak sempat amek tadi kat pondok guard. Bagi staf yang membeli mainan, selepas buat pembayaran dan passcard di scan secara autonya barang yang dibeli tadi akan dihantar kepada guard. Kang tak pasal2 dituduh mencuri. Dah la setiap hari badan aku asyik kena scan, bag kena check -____-" 






Bila dah tengok kereta Hot Wheels dan Barbie tiap2 hari makanya aku sudah jatuh cinta. Sebenarnya nina ada niat nak hadiahkan kereta mainan kepada pengomen tegar bloggie nie. Lagipun my mum pernah tanya, asyik aku je yang dapat stuff dari blogger, aku nie taknak bagi pula ke? Opcos la nak. Ngeh.. ngeh



Senarai Top Komentator akan diupdate nanti ya :)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com