Assalamualaikum readers
Pengalaman Kerja DCO Flash Express | Kerja Flash Express Tak Ada Life | Permulaan terjebak kerja FE ni bila di pujuk oleh hubby, katanya kerja sekali mudah sikit dan ada kes "hubby/wifey office" di company lama. Dia tak suggest kerja full time. Awal tahun 2024, gaji bersih DCO part time pun boleh cecah 3k.
![]() |
| Setiap pagi, 1 lori penuh barang, buka semua guni dan scan parcel baru courier boleh pilih ikut route dorang. Buat kerja kena cepat. |
![]() |
| Last day kerja. Bye FE 👋 |
Kalau full time, sah-sah gaji kena cut sana sini, bayar income tax. Masa mula kerja tu, hubby dah kerja selama 2 tahun bermula dari car courier-DCO dan dapat offer jadi Supervisor branch Bayan Lepas. Sedih jugalah kerja sama-sama selama 2 bulan saja. Segala ilmu diturunkan pada bini.
![]() |
| Dapat WhatsApp dari HR. Gaji bulan Feb 2024 tak bayar. Untuk part time gaji dapat 4 kali dalam sebulan, setiap Jumaat |
![]() |
| Hubby terbawa balik iData, inilah nyawa kami. Harga sebiji dalam RM 1.8k |
Job scope DCO (Digital Channel Officer) :
- scan inbound dan outbound parcel. Setiap kali scan automatik masuk dalam sistem. Customer boleh check tracking no.
- terima parcel dan print out no tracking, duit postage. Kena transfer duit company kalau tidak tak boleh punch out. Clearkan payment sebelum pukul 12 tengah malam.
- Bertanggungjawab clearkan parcel, scan guna iData dan masuk dalam guni sebelum pukul 6.30 petang, setiap hari.
- Buat inventory parcel, scan semua parcel yang ada di hub, memang beratus lah jawabnya. Terutama parcel yang courier bawa balik ke hub, tak dapat delivered. Kena reschedule dalam sistem.
- Yang mana parcel dah cecah limit delivery time, kena pulangkan semula pada seller. Yang ni memang auto dalam sistem, kadang customer marah sebab tak sampai 3 hari, tak sempat ambil parcel dah return. Yang kena maki DCO/Supervisor lah walaupun bukan salah kami.
![]() |
| Guna kereta AM (Area Manager) pi pickup barang 😂 car courier tak cukup, jadi kerja kami lah. |
![]() |
| Ini normal, selagi boleh sumbat |
![]() |
| Sakit kena Rotavirus tapi tak admit sebab Prudential rejected GL, ada lah tu doctor bagi report yang tak memuaskan. Walhal muntah dan cirit birit 2 hari. |
Bab cuti, kami laki bini tak pernah cuti langsung sejak kerja sekali ya. Masuk kerja pukul 8.00 pagi-12.00 tengah malam. Sebulan kerja direct kecuali sakit. Jika part time ikut suka nak kerja atau cuti dan nak masuk kerja pukul berapa pun boleh (atas budi bicara dengan Supervisor). Tapi untuk hubby, cuti sehari pun kena ganggu so baik tak payah cuti langsung kan. Kerja part time pun sama saja. Kalau cuti, customer call tanya parcel.
![]() |
| 8/3/2024 - 1.37 pagi settle laundry baju untuk 5 hari |
Ini kalau JTK tau, mampos kena saman tapi memang FE lebih suka bayar saman dari bayar komisyen/gaji pekerja. Kadang kesian gaji kena hold sebab supervisor tak approve cuti. Bab ni terpulang pada supervisor setiap branch, ada okay ada yang tak. Dalam sistem attendance dah jadi buruk. By the way, DCO boleh check apa saja dalam sistem.
Untuk single boleh pressure layan customer, untuk dah kahwin macam kami ni, masa dengan anak tak ada. Pengalaman kerja paling mencabar dengan FE 😆 rata-rata staff under hubby ada yang dapat kerja lain, ada yang stay bercinta dengan parcel di Shopee. Sesiapa yang hati kental, tahan panas boleh cuba.











