30 Apr 2024

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum

Assalamualaikum readers


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum | Nak jimat duit dari beli makeup, laburkan duit beli serum. Kenapa? Sebab bila dah makin berumur ni nak makeup keluar rumah pun jadi malas. Last-last pakai serum, moisture dan sunscreen terus settle!


RM 41.40 untuk 20ml


Sebelum ni ada share beli moisture Skintific kat sini. Pakai sebelum tidoq, esok pagi bangun pi kerja muka lembab nak. Setakat ni dah consume pakai produk ni selama sebulan lebih. Ingat senang nak repair muka hang Nina oii kalau tak rajin ke laut lah misi flawless tu.



2 pam untuk seluruh muka (pagi dan malam)


Apa yang best serum ni? Botol boleh dibawa ke mana saja, 1 pam dah cukup untuk cover separuh pipi dan cepat meresap. Kelebihan serum ini adalah :


  • Memperbaiki skin barrier yang rosak. Berfungsi mengembalikan kulit yang sihat dan melindunginya.
  • Mencegah jerawat dari naik di muka dan mengatasi masalah kulit kemerahan.
  • Menjadikan tekstur kulit lebih halus.
  • Tiada bahan alkohon, paraben, pewarna dan mineral oil.
  • Tiada bau yang tidak menyenangkan.
  • BFL Probiotic membantu menhalang pembentukan jerawat dari naik. 

Beli di TikTok, kena rajinkan diri join live untuk dapat harga murah. Kalau di drug store, harga lebih mahal. Alhamdulillah serasi dengan muka, jarang naik jerawat bila datang period.

29 Apr 2024

Makan Di Salam Noodles, Shah Alam

Assalamualaikum readers


Makan Di Salam Noodles, Shah Alam | Chinese Muslim Restoran Shah Alam | Sambungan dari 'sini' . Hari ke 5 di KL, pagi tu siap-siap packing baju sebab nak balik Penang dah. Yeayy! Bila tanya nak singgah makan kat mana hubby tak jawab, dia kata surprise 😮 Atas highway baru cakap nak singgah Shah Alam makan Itik Salai Masthar.



Bila sampai lokasi tengok tak ada pun restoran tu, bila tanya guard rupanya dah lama tutup sejak PKP. Ada banyak restoran lain, tapi yang jadi pilihan restoran ni sebab kami berdua suka chinese food. Alang-alang tu nak bagi kawan hubby merasa makan makanan lain selain makanan mamak, asyik-asyik nasi kandar. Kita ubah selera dia. Kat sini boleh pilih nak makan outdoor atau indoor.


Mutton Soup Noodles - RM 9.50


Chicken Dumplings - RM 9.90


Mutton Curry Rice - RM 9.50

Secret Recipe (Half) - RM 15

Braised Beef Potato Rice - RM 8.90


Balik ingat nak singgah IPC tak sempat


Kaki melangkah masuk tengok menu terus terliur, tengok dumpling atas meja customer lain. Temptingnya! Percuma air minuman dengan pembelian makanan RM 7.90 ke atas. Untuk air, self service ya, boleh ambil air sendiri, ikut suka berapa kali nak tambah. Ruang makan yang selesa, aircond pun betul-betul sejuk dan paling penting tandas bersih.


Salam Noodles


Alamat : 87 & 87A, Jalan Snuker,

13/28, Seksyen 13,

40100 Shah Alam, Selangor.


27 Apr 2024

Sampul Duit Raya 2024

Assalamualaikum readers


Sampul Duit Raya 2024 | Sekejap saja dah nak habis bulan Syawal kan? Tahun ni entri raya tak ada sebab tahun ni minggu raya kena kerja, tak macam tahun lepas, cuti seminggu. Maka bila tak balik kampung beraya, duit raya pun tak sedia. Sampul raya tahun ni simpan raya haji pulak. Haha.. Semuanya design cantik-cantik


Isi minyak Shell RM 50 dapat sampul, setiap tahun wajib dapat


Bio Essence




One of my wish dulu masa study nak jadi designer sampul duit raya untuk corporate company tak kesampaian 💔 Sokay tapi dalam TikTok memang jumpa ada orang yang hobinya kumpul sampul duit raya, siap ada pembeli ya. Rambang mata tengok design ceria-ceria. Entri ni, Nina nak share sampul duit raya yang dapat free. Orang beri kita terima 😊

26 Apr 2024

Hadiah Dari Khairani

Assalamualaikum readers


Entri peram dari bulan Januari 2024, sebenarnya parcel ni diterima lepas Nina kembali bekerja selepas berpantang tahun lepas. Sapa Khairani tu?? Haaa dia lah yang suka bagi hadiah pada orang. Semoga murah rezeki. Aaminnn



"Assalamualaikum, 1st & foremost, terima kasih & tahniah sebab jadi top commentator kat blog saya. I really appreciate it! ☺ Ni adalah tanda terima kasih saya. Maaflah kalau ia tak seberapa. BTW, telekung & tudung-tudung ni saya dah basuh dan iron kan. So nanti Nina boleh terus pakai or simpan. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak dan selamat tahun baru 2024." -Anies-

P/s: lepas dapat ni WA saya eh!


Khairani ialah owner "Anies The Great" lah ☺ Itu pun sebab dulu masa mula-mula travel, tengok tiket flight nama lain. Terima kasih banyak Anies, semoga dapat pahala bila guna telekung dan tudung-tudung yang diberi. Speechless sebab setiap kali dapat parcel mesti ada macam-macam gift. Kamsahamida..

16 Apr 2024

Selamat Pengantin Baru Mas Hafiz

Assalamualaikum readers


Minggu hari raya aidilfitri selain saling bermaafan dan kunjung ke rumah sanak saudara kutip duit raya  ialah kenduri kahwin! Itu pun ramai lagi family abah tak turun Penang. Tahniah buat sepupu hubby Kak Mas dan Abang Hafiz. Semoga ikatan yang dibina berkekalan. Aaminn..




Selamat datang ke keluarga pak murad yang havoc ni. Hmmm tunggu gambaq photographer, nanti Nina update lain. Maaf tak snap gambar homestay area McD Karpal Singh sebab Harraz asyik cakap "Mama kat atash ada hantu" . Tengah buat goodies bag hingga pukul 3 pagi, dia boleh main di atas turun naik tangga bagitau benda sama. Haru biru..


Suka sabotaj pelamin ya. Dari kecik pantang nampak bunga

Caj lukis inai RM 20 tapi sayang sebelah tangan lagi comot kena sabotaj dengan anak


Muda lagi dah jadi tok kadi


Untuk menu makanan, alhamdulillah cousin-cousin hubby ada yang buat katering. Legaaa bab makan. Itu sajalah ceritanya. Ada masa nanti Nina bw ya. Maceh yang drop komen tanpa henti dan jemu ❤


15 Apr 2024

Nasi Lemak Cik Sue, George Town

Assalamualaikum readers


Nasi Lemak Cik Sue, George Town | Lama tak bersiaran, bukan tak ingat blog tapi masa 24 jam tidak cukup. Apa pun, Nina nak ucapkan buat semua


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR TERKASAR BAHASA DI KOMEN YA


Signage Nasi Lemak Cik Sue


Nasi Lemak Cik Sue ni berdekatan dengan komtar dan Pejabat Polis Timur Laut. Guna waze confirm jumpa. Dah jadi one of favorite place to dinner yah. Bukan saja jual nasi lemak tapi bermacam jenis makanan unsur western dan dessert pun ada. Nak cerita lagi beberapa hari sebelum raya, kami ada makan di sini, rezeki dapat jumpa owner, sangat ramah dan setiap kali raya ada servis jual rendang, lemang, ketupat dan lain-lain dengan harga berpatutan.


Nasi Lemak Smoke Duck - RM 17

Nasi Lemak Daging Harimau Menangis - RM 17

Passion Fruit Mocktail - RM 10.20

Scan untuk order makanan


Tempat makan walaupun tak luas luas tapi setiap kali jejakkan kaki tak pernah yang crowded. Ada saja tempat kosong. Yang singgah ke Penang, jangan lupa masukkan dalam list ya.


Alamat : 195, Jalan Dato Keramat,

10150 George Town, Penang.

14 Apr 2024

Pilih Bank Yang Sesuai Untuk Gaji

Assalamualaikum readers


Pilih Bank Yang Sesuai Untuk Gaji | Lama tak bersiaran, bulan puasa tahun ni slow sikit bab nak perah ayat untuk blog. Heh.. Ada terjumpa ilmu berkenaan gaji kita sesuai bank mana di FB? Alhamdulillah bila deleted yang lama buat baru, circle of friend pun less toxic jadi terjumpa lah posting yang bermanfaat macam ni.


Pilih bank yang betul dan sesuai dengan gaji sendirilah. Setiap bank lain cara kiraan dan maksimum Debt Service Ratio (DSR) pun berbeza sangat-sangat.


Bank A

Gaji RM3,500 ke bawah, 40% maksimum DSR

Gaji RM3,500 ke atas, 70% maksimum DSR


Bank B

Gaji RM2,600 ke bawah, 55% maksimum DSR

Gaji RM2,600 ke atas, 75% maksimum DSR


Bank C

Gaji RM3,000 ke bawah, 50% maksimum DSR

Gaji RM3,000 ke atas, 70% maksimum DSR


Jadi kalau gaji RM3,000 dan nak beli rumah dengan pembiayaan RM200,000 bank apa yang sesuai untuk dimohon. Katakan ada komitmen kereta RM400 sebulan. Ansuran bulanan nanti sekitar *RM1,000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun pada kadar 4.5%.


Bank A

RM3,000 x 40% = RM1,200

RM1,200-RM 400 = RM 800

Tak lulus sebab kurang daripada RM1,000


Bank B

RM3,000 x 75% = RM2,250

RM2,250-RM 400 = RM1,850

Lulus sebab lebih daripada *RM1,000


Bank C

RM3,000 x 70% = RM2,100

RM2,100-RM400 = RM1,700

Lulus sebab lebih daripada *RM1,000



Jadi tak payah lah buang masa mohon di Bank A, confirm tak lulus daripada kiraan DSR korang. Pilih bank yang sesuai dengan gaji sahaja. Tapi kena ingat, kalau tiba-tiba banker nampak kereta tertunggak, CCRIS habis lah.


Dari : Mortgage Sifu & Harith Faisal

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com