28 Nov 2025

Pembukaan Soi 55 Thai Kitchen, Bukit Mertajam

Assalamualaikum readers


Pembukaan Soi 55 Thai Kitchen, Bukit Mertajam | Alhamdulillah dapat jemputan dari Epy (pengurus operasi) untuk pembukaan cawangan yang ke 30 pada 15 Nov (sabtu) lepas. Kami 3 beranak sampai ikut itenerary majlis, tunggu bayang VVIP sampai itu yang merubah segalanya 😂😂😂




Sampai di restoran, staff check nama dan terus bagi goodies, alang-alang sampai awal tu, dapat lah sembang tanya khabar Epy sekeluarga (kakak kepada classmate Nina dan hubby masa study). Snap gambar makanan sebelum majlis bermula. Rezeki 1st time cuba makanan di Soi 55. Ini antara makanan yang di hidangkan pada hari kejadian.


Stir-Fried Chicken with Basil Leaves

Stir-Fried Kailan with Salted Fish

Deep Fried Fish with Signature Chili Sauce

Thai Green Mango Spicy SomTum

Fried Chicken Wrapped in Pandan Leaves

Signature Tom Yum Seafood


Lemongrass

Alhamdulillah kenyang. Semua menu terasa dia punya masam, manis, pedas tu



Kami dapat menikmati 6 menu "wajib cuba" kalau ke Soi 55, paling best mestilah tom yam, chef original dari Bangkok. Malu-malu kucing habis 2 mangkuk 😂 Boleh tengok menu dan harga di Soi 55.



Barang yang ada dalam goodies bag


Yang mana belum pernah cuba, boleh lah cari outlet terdekat dengan rumah ya. Lokasi restoran selain Penang, seluruh KL/Selangor, Putrajaya, Seremban dan Kuantan. Boleh tengok sini outlet Soi 55.

18 Nov 2025

US Pizza Sedap!

Assalammualaikum readers


US Pizza Sedap! | Kali ketiga order US Pizza sebab sedap dan lembut. Salah satunya dah stop makan brand yang lain demi saudaraku. Antara pizza brand local yang ramai orang ingat kepunyaan overseas. Nononononooooooo



"US" pada nama tu refer pada "us" (kita in Malay), kalau tukaq jadilah "Kita Pizza" 😂 Company under Muslim Bumiputera. Yang mana suka makan pizza tu jangan risau dah ada pilihan lain. Bulan lepas anak beranak craving pizza. Area rumah ni outlet paling dekat ialah Raja Uda tapi paling Nina suka outlet Greenlane.


US Favourite Beef Pizza

Chicken Classic Pizza dapat hangit!! Tukang masak ni masak sambil marah atau fikiran dah sampai rumah tapi badan di dapur


Malangnya, selepas beberapa minit order, dapat notification 'hujan lebat'. Ahhh sudah jangan tiba-tiba cancel order. Dah kebulur dan malas nak drive cari makan. Alhamdulillah dalam 35 minit tengok rider on the way, hati berbunga dah 🌸 


Dalam FP dah ada hujan walaupun area rumah masih belum hujan

Suka order guna FP, setiap kali nak bayar akan dapat diskaun yang sama


Ini baru 1st time dapat pizza hangit, kalau outlet Greenlane memang pizza tiptop! Husnuzon sudah. Yang belum cuba, boleh cuba tau gerenti tak menyesal.

10 Nov 2025

Makan Di Nasi Kandar Imigresen, George Town

Assalammualaikum readers


Makan Di Nasi Kandar Imigresen, George Town | Sehari sebelum hubby ke KL minggu lepas, dia bawa makan sini. Nasi kandar imigresen antara yang sedap di tekak kami sebagai orang local, kalau pelancong tu mungkin selera lain. 



Ayam atas paha crunchy


Selain Imigresen, suka makan di Yusof Relau, Nasi Dalca Rahim, Hameediyah dan Ramzan. Nasi Imigresen antara yang popular sejak tahun 1949 dari orang Tamil-Muslim yang datang dari India. Mulakan operasi berdekatan bangunan Imigresen Pulau Pinang dan nama itu kekal hingga sekarang.



Boleh makan di meja yang disediakan atau makan dalam Asia Cafe

Nasib dapat parking, jalan sikit saja dah sampai


Disebabkan berniaga di lorong pasar, mungkin pelancong kurang tahu lokasi sebab nak cari parking tu susah. Tapi orang Penang perkara tu biasa lah. Park tempat lain dan kena jalan. Nanti dah ada LRT mungkin keadaan masih sama 🤣 Lokasi waze saja confirm sampai.

3 Nov 2025

Makan Di Nando's Queensbay Mall

Assalammualaikum readers


Makan Di Nando's Queensbay Mall | 3 hari sebelum hubby dan mama mentua (ikut panggilan macam Fanny 😆) ke KL minggu lepas, kami ke QB cari baju kemeja untuk abah mentua pakai di majlis pertunangan Aufa (sepupu hubby). Sorry gais tiada gambar exclusive sebab Nina dan 3 adik ipar tidak ikut.


Mediterranean Rice + Chips + 1/4 Chicken (Nina)

Peri-Peri Wedges + Chips + Mediterranean Rice + 1/4 Chicken (Mama Mentua)

Sebelum masuk Nando's nak aiskrim Burger King, tak manis macam Mixue


Temanya Nude, nasib baik cari 1 mall yang besarnya lebih kurang 1Utama dan lastly jumpa baju di butik Unta Aktif Camel Active 😌 Walaupun perut lapar seronok sebab hubby belikan sepasang baju untuk Nina dan Harraz, terus hilang lapar. Hahaha. Tak minta belikan baju, rezeki jangan di tolak.


Menu-menu baru


Tahniah Aufa, macam dah nikah tapi bukan 😂

Macam biasa, dinner mesti di dalam mall, mama mentua suggest makan di Texas Chicken tapi hubby tak suka, terus laju dia masuk Nando's. Selalunya agenda begini isteri lebih arif, seronok sebab sudah setahun tak masuk makan Nando's. Senyum hingga ke telinga.

26 Oct 2025

Sedap Makan Saikok Halal Thailand

Assalammualaikum readers


Sedap Makan Saikok Halal Thailand | Sai gork atau Sai krok adalah sosej peram (fermented sausages) yang berasal dari Laos dan Thailand. Popular di utara Thailand, yang pernah ke Bangkok mungkin ada nampak dijual tapi tidak halal sebab ada campuran pork dan nasi.


Sai krok Isan daging

1 paket (30 biji) - RM 35 (harga biasa), offer RM 25. Hubby beli offer 3 paket dari RM 105 dapat RM 75. Beli lebih sebab nak bagi kawan rasa


Terima kasih kepada family Pisang, orang Bertam sebab jual benda alah ni. Dah 3 kali repeat beli saikok hasil air tangan isteri dia original orang Thai. Beli 3 paket sebab Isan ada buat offer dalam live Tiktok.


Lepas bakar mesti akan ada yang pecah sebab bukan guna kulit perut lembu

Bahan - Daging, Suhun & Nasi. Nak makan kena buang tali dulu




Rasa dia?? Rasa daging masam la 😂 cicah dengan sos cili, lagi sedap makan panas-panas dengan nasi atau ratah begitu saja. Makan tanpa cili memang tak rasa sedap.

20 Oct 2025

Makan Di Belanga Penaga

Assalammualaikum readers


Makan Di Belanga Penaga | Nama kedai unik betul 🤣 Cerita bulan lepas punya. Hubby jenis spesis suka masuk live kedai/restoran makanan dan komen, paling tak senonoh suruh Harraz masuk live tiktok tokey Ayam Gepuk Pak Raden. Nasib lah owner jenis peramah.


Nasi Goreng Udang Chicken Chop - RM 18.90 (shared dengan Harraz)

Hubby order Nasi Goreng Chicken Chop - RM 15.90


Ini pun salah satu kedai yang staf jenis melayan pertanyaan haa confirm sampai. Area Penaga juga, baru perasan malam lagi meriah dengan kedai makanan rupanya. Ada menu selain CKT dan kami pilih nasi bersama chicken chop. Boleh tengok menu-menu di Tiktok, Instagram dan FB dengan nama Belanga Penaga.


Sirap Bandung - RM 3.50 (memang pekat)


Tempat makan luas, boleh pilih nak open air atau berbumbung, betul-betul makan menghadap Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut. Park kereta pun dalam parking untuk masjid. Lokasi mudah cari, hanya ikut waze saja.


Alamat : Gerai 1, Lahar Tabut, Mukim 4 13100 Penaga, Pulau Pinang.


Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari pukul 5 petang-12 tengah malam (Tutup hari Khamis)

16 Oct 2025

Makan Di Teratak Wan Din Kali Kedua

Assalammualaikum readers


Makan Di Teratak Wan Din Kali Kedua | Hari sabtu lepas, hubby ajak breakfast kat luar, plan nak makan area Kepala Batas, sekali sampai di simpang tiga Pondok Polis Penaga melalui jalan kampung, jammed panjang, tengok waze tak ada apa-apa pun. Tak ada rezeki nak explore port breakfast orang melayu. Total breakfast RM 45.


Roti Bakar Telur Goyang - RM 6.50 (Harraz)

Budak ni habis makan sosej dia cakap mama dah tak boleh makan. Makan sosej hingga habis, roti Nina kena habiskan.


Hubby pun cari jalan alternatif lain dan bila tengok jalan dah boleh agak dia nak singgah berhenti makan di Teratak Wan Din. Tengok jam lagi 5 minit nak tutup dah, kedai dah lenggang tapi masih ada yang menjamu selera. Owner tanya pekerja, alhamdulilah makanan masih ada untuk kami 3 beranak 😂 Lepas tu ada kereta masuk, owner terus berlari inform driver kedai dah closed.


Chili Pan Mee Special - RM 12.50 (pilihan Nina) . Ini gambar makanan yang kena sabotaj, sampai terus hubby rasa dulu, owner kedai pun tegur sebab letak chili oil banyak.

Bahan : Mee, Serunding Daging, Ikan Bilis, Bawang Goreng, Daun Bawang, Telur Separuh Masak, Pak Choy, Chili Oil & Sup

Strawberry Soda Ais - RM 6.50, Kopi Hainan Vietnam Ais - RM 6.50 & Lemon Ais - RM 3.50

Lontong Biasa - RM 9.50 (pilihan hubby). Gambar asal tak sempat snap, dah masuk mulut. Gambar contoh macam ni.

Bahan : Nasi Impit, Kuah Masa Lodeh, Sambal Ikan Bilis, Telur Separuh Masak & Cili Potong.


Untuk menu kali ini, kami nak cuba yang lain pula. Sebelum order tu staf inform set Nasi Lemak dah sold out. Memang nasi lemak di TWD sedap ya. Peel hubby kalau sedap di tekak, dia akan repeat. Guna waze confirm sampai.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com