29 Sept 2023

Family Mart : Matcha Vitagen

Assalamualaikum readers


Family Mart : Matcha Vitagen Dan Buttermilk Chicken Katsu Bento Sedap | Sebulan terperam dalam draf sebab gambar dah deleted dalam fon lagi lah lupa. Bila teman hubby pi buat kerja opcos lapar. Tengah malam buta pi KFC depan USM semua makanan habis, nasib ada FM ni.


Matcha Vitagen - RM 5.90



Match Vitagen ni boleh tahan sedap tapi kena minum sebelum ais cair, kalau tak memang air rasa tawar. Gabungan matcha dan vitagen warna putih. Rasa pahit matcha tu dengan manis susu kultur. Rare untuk dicuba. Nasib baik Nina tak sakit perut. 


RM 14.00

Minta staf FM panaskan sebelum makan. Makan panas-panas memang sedap, kalau tak muak sebab kuah buttermilk tu banyak

Buttermilk Chicken Katsu Bento ni ada satu saja dalam rak. Mungkin rezeki Nina dapat makan. Sebelum ni memang cepat sold out. Biasalah di Penang ni semua branch FM ramai dengan orang. Entah apa yang di beli pun tak tau lah. 


Rasa nasi bento ni macam beras Jepun. Comel bentuk nasi dia. Tapi overall ok lah sebab nasi tu blend in match dengan buttermilk. Cepat kenyang, memang tak dapat habiskan. Kalau jumpa jangan lupa try!

28 Sept 2023

Review Filem Spy Kids : Armageddon (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Spy Kids : Armageddon (2023) | Siapa yang layan movie Spy Kids dari tahun 2011 mesti tau jalan cerita macam mana walaupun pelakon bertukar-tukar. Movie ini baru saja di siarkan di Netflix.



Sinopsis :


Jalan cerita masih sama seperti filem pertama di mana ibu bapa menjadi pengintip secara rahsia dan apabila anak-anak mengetahui, mereka perlu bertindak dan menyelamatkan ibu bapa mereka.


The King

Terrence Tango (Zachary Levi) dan Nora Torrez (Gina Rodriguez) mencipta dan melindungi kod perisisian Armageddon yang sangat berkuasa. Semasa bermain game, Tony secara tidak sengaja mengeluarkan kod itu kepada jutawan teknologi, Rey Kingston "The King" yang merancang untuk menggunakan Armageddon untuk tujuan jahat dan mengubah dunia.


Lari ke rumah selamat

Password rumah selamat macam biasa kena guna nama penuh - Patricia Angelita Sorrow Feliz Rhiannon Tango-Torrez & Antonio Joaquin Cecilio Rogue Amadeus Tango-Torrez 😂


Tony (Connor Esterson) dan kakaknya, Patty (Everly Carganilla), berusaha menyelamatkan ibu bapa dan dunia apabila kod Armageddon menjadi virus di setiap sistem seperti internet, bank, tv dan orang ramai perlu bermain game seperti nak keluarkan duit di ATM, perlu main game sehingga menang baru boleh keluarkan duit.


Nak kalahkan The King perlu masuk ke dunia game

Berjayakah Tony dan Patty menyelamatkan ibu bapa mereka dan mendapatkan semula kod Armageddon?


🌟🌟🌟

27 Sept 2023

Review Filem Heart of Stone (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Heart of Stone (2023) | Movie yang ditonton sebelum admitted ward bulan lepas. Suka dengan lakonan Gal Gadot. Filem ini penuh dengan aksi-aksi menarik. Disiarkan secara rasmi pada 11 Ogos 2023 di Netflix.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang sekumpulan ejen perisik M16 iaitu Parker (Jamie Dornan), Yang (Jing Lusi), Bailey (Paul Ready) dan penggodam bernama Rachel Stone (Gal Gadot) ditugaskan untuk memerangkap Mulvaney (Enzo Cilenti) di sebuah kasino terletak di Pergunungan Alps.


Parker & Yang

Keya Dhawan

Rachel bertemu dengan penggodam hebat bernama Keya Dhawan (Alia Bhatt). Dia tahu ada sesuatu yang Keya inginkan dan kerana itu dia minta Jack of Hearts (Matthias Schweighöfermengesan lokasi Keya. Jack dan Rachel bekerja di bawah organisasi lebih besar iaitu The Charter dan mereka berdua aset bernilai di bawah kelolaan Nomad (Sophie Okonedo).


Nomad & Jack 'Heart of Stone'

'Heart of Stone'

The Charter adalah organisasi rahsia yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan secara rahsia dan mempunyai peranti berkuasa tinggi iaitu 'The Heart'. Peranti ini digunakan untuk menyimpan semua data manusia di Bumi. Sesiapa yang memiliki 'The Heart' mampu menguasai dunia. Keya mempunyai motif untuk mencuri 'The Heart' untuk agenda peribadi.



Tak pasti kenapa Rachel lebih banyak mengelak untuk spend time dengan geng M16 sedangkan banyak maklumat dia boleh dapat. Mungkin sebab selalu mengelak untuk lepak, dia terlepas siapa mole dalam geng tersebut.


🌟🌟🌟

HELLO Frozen Yogurt

Assalamualaikum readers


HELLO Frozen Yogurt | Lama tak update blog, Nina dalam fasa berpantang dan kena terima qada Allah untuk ujian kami sekeluarga. Hujung bulan lepas, kami seisi keluarga konvoi ke Damansara untuk attend konvokesyen SIL bongsu di UiTM Shah Alam. Kalau berjalan tu mestilah ada ceritakan. Ok slow-slow update dalam blog.


 HELLO Frozen Yogurt


HELLO Frozen Yogurt ni hubby beli di 1 Utama Shopping Mall sebab dekat dengan rumah aunty Da. Nak beli llaollao tersangat lah ramai, beratur macam dapat free. Rupanya frozen yogurt ni bisnes under pelakon Sharnaaz Ahmad dan partnernya. Harga jangan tanya sebab hubby bayar. Resit pun tercicir sebab cari tak jumpa dalam beg 😂




Staf sangat friendly, since kami first time try, dorang pun suggest topping strawberi, kiwi dan boba. Boba tu rasa macam aloe vera. Sangat kena dengan tekak. Menyesal beli satu 😂 tapi disebabkan kami dah kekenyangan ternak lemak di Black Canyon, itu yang share. Maybe next time jjcm KL, boleh beli lagi. Yang mana belum cuba, kalau nampak sila terjah.

26 Sept 2023

Kelebihan Calla Milk Untuk Ibu-Ibu

 Assalamualaikum readers


Kelebihan Calla Milk Untuk Ibu-Ibu | Susu ni antara yang paling suka minum masa pregnant kali kedua ni, sebab sedap! Sesuai untuk ibu mengandung, menyusu dan berpantang. Calla milk ni berasaskan susu kambing dan tak bau hamis kambing langsung. Sedap diminum sejuk-sejuk. Letak ais, nikmat betul! Semua perisa sedap-sedap kecuali cendol, sebab tak pernah cuba dan limited edition.


Calla Milk - RM 49.90 (15 sachet). Boleh beli di Shopee


Seeloknya Calla Milk diamalkan seawal kandungan supaya anak mendapat nutrisi yang cukup sepanjang mengandung. Jangan risau jika ibu mengandung mempunyai masalah kencing manis juga boleh minum. Boleh minum sehari sekali atau sehari dua kali terpulang pagi atau petang.



Calla Milk ni membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah :


  • HB rendah
  • Alahan teruk
  • Mual / tak boleh telan susu putih
  • Susu badan kurang & cair
  • Kurang tenaga

Kelebihan Calla Milk :

  • Menaikkan HB
  • Mencantikkan kulit ibu & bayi
  • Mengelakkan jaundis bayi (kecuali ibu berdarah O, anak masih ada jaundice walaupun sedikit)
  • Membekalkan tenaga & mengurangkan alahan
  • Memperbanyakkan & memekatkan susu badan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka

25 Sept 2023

Review Filem In Time (2011)

Assalamualaikum readers


Review Filem In Time (2011) | Cuti-cuti sendirian berhad ni adalah masa nak layan movie di Netflix. Lama tak tengok lakonan Justin Timberlake. Agak lama dah movie ni tapi sebab trending di Netflix, dan belum pernah tonton why not kan. Filem sains fiksyen yang berkonsepkan "MASA" itu adalah emas/duit/segalanya.



Sinopsis :


Digambarkan pada masa hadapan, nilai wang kertas adalah tidak lagi laku dan digunakan dalam transaksi kehidupan di mana saintis moden telah mencipta gen baru 'diletakkan' di dalam badan manusia sebagai salah satu cara mengawal masa kehidupan manusia (mengelakkan lebihan populasi).


Ibu Will

Apabila mati angka akan menjadi kosong


 Bayangkan semua manusia akan kekal muda sebaik mencecah usia 25 tahun. Tiada beza antara ayah, emak, nenek dan cucu apabila semuanya nampak sebaya. Setiap gen akan menetapkan berapa lama manusia boleh hidup. Dan yang pasti seperti dunia nyata semua manusia yang kaya seolah-olah mahu hidup selamanya 'money buy everything'.



Will Salas, anak tunggal kepada ibunya yang hidup di time zone (18) iaitu kawasan setinggan di mana orang miskin di kerah untuk bekerja bagi orang kaya time zone (Greenwich). Gaji mereka di bayar dengan menambah masa yang ada di tangan, segala perbelanjaan juga di bayar menggunakan masa di tangan.


Will bertemu dengan Sylvia

Nenek dan ibu Sylvia. Semua nampak muda tapi umur dah 200 tahun lebih


Seorang yang kaya dari New Greenwich turun ke zone 18 untuk merasai kehidupan mereka. Will menyelamatkan orang kaya tersebut dari dirompak oleh 'minutesman' di kawasan tersebut. Orang kaya itu memberikan kesemua masanya kepada Will sebagai hadiah dan tidak lama kemudian dia meninggal.


Will dituduh membunuh seorang lelaki kaya dan mencuri masanya. Dalam masa yang sama, Will bertemu dengan Sylvia Weis, anak kepada Philip Weis yang merupakan jutawan masa. Mereka berdua merompak masa dari orang kaya dan mendermakan masa tersebut kepada orang-orang miskin. Nilai murni mereka bagus tapi orang-orang tak akan rajin bekerja sebab mereka mempunyai masa yang banyak.


Will dan Sylvia merompak masa sejuta tahun di pejabat bapa Sylvia

Kalau rasa jalan cerita menarik, boleh cari di Netflix. Jalan cerita lain dari yang lain dan menguji tahap keimanan seseorang.

10 Sept 2023

Resepi Soto Ayam Mudah

Assalamualaikum readers


Resepi Soto Ayam Mudah | Nampak macam susah tapi once dah masak, eh mudah dan menjadi. Hasil masak-masak dengan cousin hubby. Ini antara menu untuk raya haji yang lepas. Cerita dia memang peram lama dalam draft.





Soto ayam ni kalau ada ketupat nasi dan sambal kicap baru kick! Nampak lah muka manusia-manusia yang tambah hingga licin. Alhamdulillah semua dapat makan. Meh nak share resepi yang diolah. Ikut citarasa sendiri.


Boleh refer video untuk cara memasak


Bahan untuk kuah soto :


1 ekor ayam (potong 6 bahagian)

2 batang serai (diketuk)

Minyak untuk menumis

1/2 paket kecil serbuk sup

1/2 paket kecil serbuk kurma

1 kiub pati ayam

2 batang daun sup (potong)

2 liter air


Bahan kisar :


1 inci lengkuas & halia

4 biji bawang merah besar

1 ulas bawang putih

1 biji buah keras & bunga lawang


Bulatkan guna scoop aiskrim


Bahan untuk begedil  :


5-6 biji ubi kentang (direbus)

2 batang daun sup (dipotong)

Sedikit bawang goreng

2 biji telur

Garam secukupnya


Bahan sambal kicap :


1 ulas bawang putih (diketuk)

3 biji cili padi

Gula & sos cili secukup rasa

3 sudu kicap


Cara memasak :


1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga sedikit garing.


2. Angkat bahan gorengan tadi dan simpan sedikit minyak gorengan. Ia buat sambal kicap lebih sedap.


3. Blend bahan gorengan bersama gula, sos cili dan kicap. Masukkan satu sudu minyak gorengan. Dah siap! Selamat mencuba.


5 Sept 2023

Makan Roti Canai Transfer Road

Assalamualaikum readers


Makan Roti Canai Transfer Road | Tempat makan ni hanya fames untuk pelancong luar sahaja, sebab apa Nina kata macam tu? sebab bila tiba cuti sekolah memang ramai yang beratur, orang local nak pi makan memang tak sanggup lah.



Roti canai telur mata + milo ais float. Pelik rasanya, aiskrim vanila ni sesuai dengan coke

Lama jugak tak makan roti canai ni, dalam setahun boleh kira hanya dua atau tiga kali sahaja. Menu pun dah tak sama macam dulu. Tahap kebersihan lagi ke laut, dulu tular kes tikus, kotor etc. Lagi satu kan lokasi tak kena sebab masak betul-betul tepi jalan, banyak debu-debu yang masuk dalam makanan dan minuman. Ini kalau bawa mak, confirm dia reject nak makan sini. 



Nina dan hubby makan bulan lepas, alang-alang tak ramai orang kami singgah nak tengok 'situasi', hubby paling tak berkenan bila kami order milo ais tapi ada aiskrim?? 😂 Rasa milo ais terus out. Terus dia tanya tukang bancuh air takut kena scam. Katanya air milo memang macam tu, atas permintaan customer. Rasanya ini yang last kami makan kat sini. 


4 Sept 2023

Resepi Roti Pita Bologna Ayam

Assalamualaikum readers


Resepi Roti Pita Bologna Ayam | Lama tak update pasal resepi ni, bukan apa dia punya malas tu nak tengok kuali pun tak nak. Haha.. Ini antara breakfast yang mudah untuk bawa bekal dan bekal terakhir sebab work from home. Dalam banyak-banyak brand roti pita tu hanya Gardenia saja tak ada bau yis yang terlalu kuat macam brand lain.


Roti Pita Bologna Ayam

Roti pita ni boleh buat macam-macam menu tau, ikut pada selera masing-masing. Makan tiga keping pun dah kenyang. Ini antara menu mudah nak buat dan cepat siap. Sesuai sangat untuk orang yang tengah diet tu. Boleh tambah lagi tomato tapi sebab tak ada, guna sayur yang ada saja.


Chicken bologna goreng sekejap dan bakar roti pita atas pan selama 2 minit

Tak ada masa nak belah dua, janji terus ngap

Teringin jugak nak buat roti pita ala Subway kan, letak sos ikut suka hati tapi tak pernah try lg. Untuk timun, Nina guna timun Jepun sebab lebih ranggup dan tak berair macam timun biasa. Selamat mencuba guys!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com