22 Jun 2025

Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall

Assalammualaikum readers


Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall | Bagi yang belum tahu, Cafe Amazon berasal dari Thailand. Sebelum dibuka di Malaysia, mestilah terpaksa menikmati kopi di Hatyai/Dannok 😂 Kalau dulu, wajib lah beli sebab minuman yang limited tapi sekarang tidak lagi.


Iced Chocolate (hubby) - RM 11

Iced White Choc Macchiato - RM 13 (always fav)


Vibes lepak di Cafe Amazon pun rasa lain sebab cafe di sana di tepi-tepi jalan atau highway dan bermotifkan cafe dalam hutan. Nama pun Amazon, kalau di Malaysia tak berapa best sebab semuanya dibuka di dalam mall. Harga untuk 1 cup masih affordable. Jangan convert ke bath sudah.


25 Nov 2024

Salah satu cafe dengan interior duyung


Coffee lovers wajib cuba, setakat ini kopi-kopinya amat sesuai di tekak kecuali hubby, 1st time dia minum kopi Nina, malamnya tak boleh tidoq 😅 Confirm lepas ni dia tak ajak lepak lagi. Kononnya nak merasa vibes Amazon di branch depan Samila Beach tapi tak dapat sebab anak main layang-layang tak nak balik. Di situ situ siap ada monyet lagi.


Yang belum pernah cuba, boleh cuba ya, setanding dengan kopi local. Masih berfikir kenapa kopi Starbucks mahal, guna biji kopi dari langit kah? Nasib dah boikot.

16 Feb 2023

Bask Bear Coffee Sedap?

Assalamualaikum readers


Bask Bear Coffee Sedap? | Salah satu benda yang dipengaruhi dari blog Anies. Dah lama nak cuba cuma takut tak halal. Sampai lah ter-rajin nak check di website Jakim. Minggu ni, hubby balik lewat tak dapat dia nak kutip di office. Terus wasap SIL bongsu, dia onz nak datang ambil. Sebagai upah belanja BBC.


Bask Bear Coffer hanya RM 25.40 . Overall rasa kopi yang sedap, tak pekat dan tak over manis macam Starbucks

Salted Caramel Hazelnut Macchiato - RM 12.90 (pilihan Aqilah)

Sea Salt Chocolate Chip - RM 11.90 (pilihan Nina)


Paling best nak order sebab ada promo dalam Food Panda, siap free delivery tapi hanya air dan popcorn saja available. Next time boleh terus ke branch yang ada berdekatan USM. Baca review not bad. Terliur tengok menu mac & cheese dan tosties yang ada 😋



Paling suka packaging yang BBC sediakan. Memang semua di letakkan dalam beg kertas walaupun order thru FP. Sangat recommended untuk dicuba!

26 Sept 2022

Super White Coffee And Creamer

 Assalamualaikum readers


Super White Coffee - Coffee & Creamer | Habis sepaket kopi French Roast terus mencari kopi brand lain pulak. Ada promo di Mydin, itu yang grab. Jangan disebabkan promo terus grab Nina oii. Menyesal sambil taip ni haa..



Yelah fikirkan satu brand mesti lah sedap macam flavour hazelnut tu rupanya tidak!! Betul orang kata kopi ni kena try and error baru tahu yang mana sedap ke tak. Rasa kopi pioorrrr dan pahit betoi, susah tekak deme nak menelannya. Sesuai untuk peminat kopi pekat. Nak minum elok letak creamer dulu, yang pasti tiada creamer walaupun tulis di paketnya.



Mungkin kesalahan yang Nina buat ni sebab terlupa nak baca review dulu 😂 Harap ada hamba Allah dalam opis ni akan habiskan 14 sachets tu. Hahaha. 

12 Sept 2022

Frenche Roast Salted Caramel

 Assalamualaikum readers


Frenche Roast Salted Caramel | Akhirnya jumpa juga flavour salted caramel. Jatuh cinta dengan flavour ini dan Tiramisu Latte. Rasa kopinya lembut dan sedap. Bila bancuh tu bau salted caramel menusuk ke hidung. Waktu kacau tu semerbak bau wangi.


Frenche Roast Salted Caramel



Bila minum jangan la expect salted caramelnya pekat. Rasa mild saja tapi not bad. Enjoy minum panas atau sejuk. Try la! 


25 Aug 2022

Frenche Roast Tiramisu Latte

Assalamualaikum readers


Frenche Roast Tiramisu Latte | Rasanya finally i found new coffee for my tekak dan mengubati rasa pening/sakit kepala bila stress di ofis. Perasan sejak minum dah tak sakit kepala dan seangkatan tapi risau jugak hari-hari minum kopi. Dah jadi ketagih dan bila bancuh bau aroma kopi dia tak tahan. Harga dalam RM 14.90


Frenche Roast Tiramisu Latte

Tak sampai 2 minggu dah habis 1 paket


Rasa kopinya lembut di lidah dan sedap. Rasanya sikit manis, tapi lemak sedap. Rasa kopi tak terlalu pekat dan kuat. Kurang caffeine kot. Cons kopi ni adalah, tak berjaya hilangkan mengantuk nina. Last-last kena spare jugak jajan. Mengunyah untuk hilang mengantuk. 


Brand ni keluaran Power Root


Tak sia-sia beli kopi ni untuk diminum di office, duit company haruslah survey dulu brand yang separa 'mahal'. Nanti nak cuba salted caramel pulak. Kopi ni boleh minum waktu petang atau malam la. Yeaayy


p/s : Alhamdulillah jimat duit dah lama tak minum Starbucks. Semoga Nina istiqhomah. 



2 Jul 2022

Wonda Kopi Tarik

Assalamualaikum Readers 


Wonda Kopi Tarik | Lama tak minum kopi Wonda. Terpengaruh dengan iklan yang menari-nari di blog dan TV. Nina beli di 7E. Nampak laku keras sebab tinggal 5 tin saja 😅😂 Tangan pun terus grab sambil mata bersinar tak sabar nak minum. Nasib tak bawa Harraz, kalau tak berebut 2 beranak.


Wonda Kopi Tarik


Wonda kopi tarik ni rasanya light dan sedap kopinya walaupun tak rasa kopi tarik sebenar, lebih kurang macam pokka. Kalau minum confirm boleh tidur juga kecuali nak stay berjaga malam digalakkan minum 3 tin. Banyakkan? Lebih baik tak payah, risau pulak gula banyak dalam badan.


24 May 2022

OldTown White Coffee Salted Caramel Sedap!

 Assalamualaikum Readers


OldTown White Coffee Salted Caramel Sedap! | Nina beli di Happy Mart, turun office nak cari air lain tapi ambil air lain. Nasib bukan pengaruh iklan dan dah lama rasanya tak makan di OldTown. Kalau makan pun tak pernah lagi order mana-mana kopi.


Rasa salted caramel yang tak berapa kuat


Tak pasti sejak bila jadi peminat kopi, yang pasti pengaruh dari hubby, once dari dating sampai sekarang. Air kopi fav dia sama, Nina yang suka cuba bermacam jenis kopi. Hee.. Barulah boleh review, nama pun kawen dengan blogger 😂

13 May 2022

Starbucks Caramel Macchiato Frappuccino

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Caramel Macchiato Frappuccino | Alkisah keluar beli barang office dan dahaga sebab Penang sekarang panas terik melampau. Singgah Starbucks tepi Sekolah Convent Light Street. Area situ semua bangunan lama sejak dan dekorasi pun antik. Tak sangka nak cuba air perisa baru warna biru sold out 😂 cari merata sejak raya lagi. 3 jenis flavour air baru nak cuba semua tak ada. Terpandang caramel macchiato ni.


Starbucks Caramel Macchiato Frappuccino RM 22.50 (add caramel upside down RM 3.00) = RM 27.05
Agak pricey tapi sekali sekala boleh la


Banyaknya caramel. Thank you barista




Sungguh sedap, manager tolong suggestkan sebab susu full cream habis, tukar ke susu oat dan ditambah caramel up side down. Nampak tak, bila tukar susu terus rasa air pun berubah. Mostly pi lah mana-mana branch Starbucks dalam Penang ni mesti jumpa manager yang always 'suggest' tanpa di tanya. 



Mungkin dah di train macam tu. Rezeki Nina juga tak pernah jumpa mana-mana staf yang annoy. Nanti korang boleh cuba air starbucks tukar susu tak kira frapp atau panas. Especially yang tak suka susu tu.


28 Mar 2022

Kopi Saigon Penang

Assalamualaikum Readers


Kopi Saigon Bandar Perda | Kopi Jalanan Pulau Pinang | Kopi ni mengimbau kenangan sewaktu di Ho Chi Minh, hari-hari pekena kopi bersama blogger Anies 😄 selagi tak balik orang kata. Bila jadi fenomena setiap minggu officemate order, Nina curious sedap sangat ke? 


Kopi Saigon Bandar Perda

Matcha (sedap dan pekat, tak rasa pahit teh hijau)

Kopi Karamel (rasa sedap juga campuran kopi dan karamel. Rasa sebati)

Kopi Vanilla pilihan hubby lagi sedap! Nina tumpang sedut pun banyak
Cawangan baru Kopi Saigon di Bayan Lepas


Manfaatkan minggu terakhir bekerja di company sebelum resign dan puasa, pi lah cari kedai kopi tu sambil video call kawan sebab cari tak jumpa-jumpa 😅 Not bad, ada macam-macam flavour rupanya, tengok dalam Food Panda kurang pilihan.







Harap ramai anak muda boleh berjaya dan peniaga bumiputra dapat bertahan cari rezeki. Area bandar perda (UiTM Permatang Pauh) memang lubuk peniaga. Kalau terlajak kaki, singgah-singgah la ya.

8 Mar 2022

Super White Coffee Hazelnut

Assalamualaikum Readers


Super White Coffee Hazelnut | Tuan blog dah insof sikit sebab hubby tiap-tiap bulan pesan, jangan minum Starbucks sangat kita bukan orang kaya 😅 Ni haa bini cari kopi tak have-have tapi bayar RM 12.60 jugak la. Nina try minum di ofis sebab pelik asal kopi ni 'laku keras' sampai bos beli 4 bungkus.






 

Rupa-rupanyaaa lagi bertambah sedap bila minum sejuk. Time bancuh sambil kacau pun perghh aroma kacang hazel tu naik juling biji mata. Kalau beli Nescafe, serbuk kopi macam sikit tapi kalau kopi Super puas hati minum.

17 Jan 2022

Starbucks Caramel Cream Frappuccino Sedap

Assalamualaikum Readers


Starbucks Caramel Cream Frappuccino Sedap | Pilihan Menu Starbucks Yang Sedap | Tiap-tiap bulan akan aimm makanan/minuman apa yang nak dicuba lepas tolak segala commitment. Kerja 8 jam sehari, belanja diri why not. Sekarang pula apps FP dan GF mesti ada bahagian 'popular'. Mudah nak pilih.



Caramel Cream Frappuccino (Venti) RM 16 - drive thru 10% RM 1.60 = RM 14.40


Permulaan tahun 2022 ni, coffee addicted more worst then last year nampaknya 😓😓 Bangun 3 4 kali susukan anak penyebab kurang tidur. Orait, menu air dan kek Starbucks ni 1st Nina cuba. Terus fall fall in loveee! Manager pula yang buatkan. 


Terliur tengok

Tiramisu not bad, cuma di bawah tak makan sebab pahit kopi - RM 15.02 - drive thru 10% RM 1.50 = RM 13.52


Caramel Cream ni rasanya sedap sebab tak rasa kopi sangat, more to manis syrup caramel dan cream digabungkan dengan kek tiramisu. Gemok Nina oii, last one minum air manis dan kopi untuk bulan ni 😅😂






Disebabkan malas beratur, prefer cari branch yang ada drive thru. Mudah! Dessert ada macam-macam jenis, mengugat keimanan kalau walk in.


14 Jan 2022

ZUS Coffee Sedap Juga

Assalamualaikum Readers


ZUS Coffee Sedap Juga | Disebalik kisah vaksin bapa terpaksa cancel semalam. Geram punya pasal, tanya encik Ahmad nak kopi tak, dia onzzz. Here we go. Lama tak belanja dia. Segan jugak, asal balik jenguk parents lupa sebab dorang sibuk layan cucu. Pilihan menu di ZUS Coffee selain kopi, coklat, kek, roti, sandwich, ada muffin dan spaghetti.


ZUS Gula Melaka (kanan) Nina - RM 8.90 & Spanish Latte (kiri) bapa - RM 10.50

Packaging pun kemas dan tak menyusahkan customer. Btw ZUS tak macam Starbucks. Semua air dijual dalam size yang sama kecuali kalau dine in


Branch ZUS Coffee ni baru buka setengah jam dari rumah mak. Anak beranak peminat kopi, ada geng nak cuba. 1st time minum not bad. Worth it 👌👌 Nina tak install apps, kalau tak boleh beli air percuma satu. Sokay, next time repeat dengan hubby pulak. Tunggu order pun sekejap saja, baru duduk dah dipanggil nama.


Comel!

Biscoff Baked Cheesecake - RM 12.72 . Rasanya sedap!


Overall, boleh dikatakan sedap walaupun tak cuba semua jenis flavour dan makanan. Boleh diterima tekak rakyat Mesia. Ini brand local bukan international. Dah banyak branch di semenanjung mostly di KL/Selangor. Nanti cuba lah.

19 Nov 2021

Menu Sedap The Coffee Bean And Tea Leaf

 Assalamualaikum Readers


Menu Sedap The Coffee Bean & Tea Leaf | The Original Mocha Ice Blended &  Jalapeno Cheese Bagel With Cream Cheese | Alang-alang balik dari bawa mak inject vaksin booster, dengar dapat upah 🤣😅 terus drive thru. Siapa nak habiskan duit mak kalau bukan Nina. Hahaha (gelak panjang dalam hati).


The Original Mocha Ice Blended - RM 14.80 . Sedap rasa kopi bercampur whipped cream, tak rasa muak sebab tak manis sangat.


Harap mak ok lepas cucuk Pfizer. 1st time mencuba kopi brand ini sebab sebelum ni more to Starbucks. Ya ampun serius sedap dan rasa kopi sebenar tanpa over manis. Terus jatuh cintaaa pada sedutan pertama 🤩 syahdunya ayat. Terpengaruh dengan beberapa blogger.


Jalapeno Cheese Bagel - RM 8.96. Sedap dimakan, dengan pembeli lebih dari RM 25 ke atas, dapat kad.


Nikmat makan dengan cream cheese, rasa pedas cili, lemak masin cheese sikit


Jalapeno cheese bagel


Kena makan panas-panas, ranggup dikunyah. Sedap gila! Cili jalapeno tu pedas tapi sedap. Roti bentuk donut dengan taburan cheese dan jalapeno. Dihidang bersama cream cheese. 


Next time ada duit lebih sikit nak cuba menu lain pulak. Semalam pun rambang mata, tak tau nak order apa. 

19 Oct 2021

Pokka Premium Cappuccino

 Assalamualaikum Readers


Pokka Premium Cappuccino | Bersambung edisi promote kopi Pokka. Kalau perasan sebelum ni, waktu masih bekerja di B Braun, setiap hari boleh cuba minuman secara percuma. Peminat kopi 'light' boleh cari. Yang penting rendah lemak. Tak risau kalau minum banyak.


Sesuai di minum untuk hilangkan mengantuk bekerja waktu siang


Pokka Premium Cappuccino ni sangat sesuai dibawa ke mana saja dan sesuai untuk semua peringkat usia. Setakat ni tak jumpa lagi orang gemok mengaku minum kopi. Berat badan naik ni kadang bukan sebab makan nasi banyak tapi gemok disebabkan gula berlebihan dalam badan. Rasa cappuccino yang tak pekat, jangan risau masih boleh tidur malam. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com