20 Jul 2023

Ice Blended Green Tea Latte McDonalds

Assalamualaikum readers


Ice Blended Green Tea Latte McDonalds | Bagi peminat green tea atau matcha ni mesti tertunggu-tunggu menu ini dari McDonald's kan macam Nina. Tiap-tiap tahun McD keluarkan menu ni tapi bermusim lah. 




Ice blended green tea McD ada dua jenis saja, satu green tea dan satu lagi green tea latte. Antara dua jenis air ni, lebih suka latte dan warna airnya lebih gelap dari ice blended green tea. Harga dalam RM 13.11




Sedap ke tidak? Of course lah sedap. Rasa green tea yang tak terlalu kuat, mungkin sebab latte kan. Secara jujur lebih suka matcha green tea lagi-lagi perisa aiskrim yang biasa dijual di Family Mart. Selain sedap, aiskrim pun murah. 


16 Jul 2023

McDonalds Green Tea Chocolate McFlurry

 Assalamualaikum readers


McDonalds Green Tea Chocolate McFlurry | Hasil bacaan review di TikTok, untuk green tea/matcha lover dorang lebih suka request tak nak coklat. Ada sesetengah McD tu bukan tolong kacaukan jadi tak nampak macam McFlurry tapi lebih kepada aiskrim sundae 😂


McDonalds Green Tea Chocolate McFlurry - RM 6.51 (walaupun tanpa coklat)



Rasa coklat yang di letakkan tu overshadow rasa green tea. Staff McD pun lain branch lain caranya. Mostly yang pi beli aiskrim di branch yang ramai orang akan rasa tak puas hati. Kena faham lah dorang tak menang tangan nak buat seperti yang customer request. Jadi nasihat Nina, pi lah cari branch yang tak crowded, senang cerita kalau dalam mall tu selamat sikit dari tepi jalan, ada drive thru.





Tak nak merugikan duit, Nina pun request tanpa coklat. Lebih selamat dan happy. Lain orang lain seleranya, yang belum cuba cepat-cepat terjah McD sebab promosi ini hanya sementara waktu.

21 Jun 2023

McDonalds McFlurry Lotus Biscoff

 Assalamualaikum readers


McDonalds McFlurry Lotus Biscoff | Nampak iklan terus ter-order 😂 Sebab lama tak ke McD. Entah tengok makanan/burger macam sooo boring. Duit pun jimat sebab kurang makan fast food ni. Sekali sekala boleh lah, itu pun kalau ada menu best. Siapa dah try menu baru ni?



Kenapalah dorang tak kembalikan menu-menu yang best macam ni 👇


* Green Tea McFlurry

* Mango Sundae

* Aiskrim Cheesecake

* Aiskrim Hersheys

* Durian McFlurry

* Aiskrim Cendol


Banyak lagi menu-menu dessert yang sedap tapi berjanggut nak tunggu 'comeback' tu. Baca review, ada kata best, ada yang cakap tak best. Kita cuba dulu aiskrim terbaru dari McD ni.



Rasa McFlurry Lotus Biscoff ni biasa-biasa saja. Sama macam aiskrim vanila lain yang dicampur dengan Biscoff crumbs. Tiada yang istimewa aiskrim ni, hanya nama saja WOW! Selera tekak masing-masing lain kan, terpulang. 


Crumbs cuma ditabur atas aiskrim. Bukan di blend dengan aiskrim. Nasihat untuk mak-mak diluar sana, kalau sayangkan duit RM 7.00, elok pergi beli aiskrim vanila dengan biskut biscoff buat sendiri. Boleh makan berulang kali. Boleh buat menu rahmah kat rumah kannnn 😆

21 Mar 2023

McDonalds Beef Foldover

 Assalamualaikum readers


McDonalds Beef Foldover | Hari jumaat lepas, balik kerja terus ajak hubby pi McD. Katanya bini mengidam nak makan foldover yang hanya keluar setahun sekali saja. Itu pun kena makan sebelum bulan ramadhan. Bila dah masuk ke pertengahan bulan puasa, mesti McD dah stop jual foldover.


Beef Foldover - RM 14.14 (Ala Carte) & Iced Lychee Berry - RM 4.72 (sedap dan tak over manis)




Sebagai duta McD tak diiktirafkan, haruslah tahu setiap season akan keluar makanan apa. Nasib baik tahun ni, McD dah tak keluarkan edisi Fish Foldover sebab tersangatlah tak laku dan bau hanyir. Yang ada tahun ini hanya daging dan foldover ayam sahaja. 




Bentuk foldover masih sama, rasa sama dan harga pun sama. Makan pun dah rasa kenyang sebab roti pita dan 2 kepingan daging bersama sos istimewa. Yang belum cuba, boleh terjah untuk berbuka atau moreh nanti!

10 May 2022

McDonalds Macaron Sedap Ke

Assalamualaikum Readers


McDonalds Macaron Sedap Ke | Raya ni nak jumpa kedai melayu yang bukak pun susah dari Penang hingga ke Kedah macam tulah. Seminggu kot! Hari raya ke 4 dan 5 Nina dah start kerja memang lunch order saja. Bosan makan McD tapi apa kan daya, restoran fast food yang lain pun full. Nasib ada manager tolong orderkan, sambil tengok dia order di screen ternampak macaron ni.


McDonald's Macaron

Chocolate, Raspberry & Caramel Biscuit


Promosi bulan ini





Ada 4 jenis flavour dan kesemuanya manis sangat! Jarang dapat jumpa macaron yang kurang manis tapi sedap. Rasanya kena buat sendiri. Haha.. Not bad jadilah dari tak jumpa langsung macaron yang murah. Nina beli di McD dalam Lotus. Tak ramai macam drive thru. Hanya edisi terhad sahaja. Bukan semua branch McD ada.


21 Mar 2022

McDonalds Spicy McCrispy Chicken

Assalamualaikum Readers


McDonalds Spicy McCrispy Chicken | Sebagai duta tak rasmi, kan dah bagi tahu McD tiap-tiap bulan ada menu baru. Nina tak sempat try air matcha, semua tempat sold out/end of stock. So kita try burger baru ni.



1 set RM 12.97


Rasanya boleh tahan, tak pelik tapi spicy tu ada dan patty betul-betul crispy. Kena makan semasa masih panas. Sesetengah McD memang letak sos melimpah ruah. Comot betul bila makan 😅😂 Cuba try sebelum kehabisan stok. Jangan kata Nina tak payung. 

23 Feb 2022

McDonalds Spicy Sesame McChicken With Egg

Assalamualaikum Readers


McDonalds Spicy Sesame McChicken With Egg | Musim covid mengganas ni, nak keluar beli makan untuk lunch pun takut sebab kedai makan yang selalu pi tu crowded dan tutup (syak kena covid). Pilihan yang ada nak tak nak bawa bekal, order FP atau puasa 😌


McDonald's Spicy Sesame McChicken With Egg - RM 15.85


Makan panas-panas sedap!



Pejam mata order McD jelah. Ada hari Harraz ok ada hari mood dia nak jadi koala tak dapek mak nak masak 😂 Menu terbaru dari McD. Ada pilihan nak telur atau tak. Boleh tahan pedas sos burger. Telur dan patty pun besar. 


Overall puas hati dengan rasa gabungan McChicken dengan telur. Tak rasa pelik. Kalau ada orang nak belanja pasti nak lagi 😅

5 Nov 2021

Nasi Lemak McDonalds SCM Cutlet Sedap

Assalamualaikum Readers


Salam jumaat dan selamat bekerja buat semua. 1st day kerja harap dipermudahkan Allah. Terima kasih yang sudi drop komen, ada masa Nina bw 😘 Siapa peminat nasi lemak mcd? Sedap ke tidak. McDonald's mengeluarkan set ayam baru untuk nasi lemaknya. Boleh pilih nak SCM atau GCB seketol atau berketol-ketol.





So far memang suka lah ayam nasi lemak ni sebab dah di potong siap. Sebelum ni susah sikit nak makan sebab ayam seketul. Rasa sambal tetap tip top. Pedas. Alang-alang borong nasi lemak, nampak aiskrim durian comeback terus order. Fav aiskrim sebab isi durian padu. Bosan makan nasi berlauk boleh cuba nasi lemak McD ni.


20 Oct 2021

Creamy Cheese Spicy Chicken Burger McDonald's

Assalamualaikum Readers


Creamy Cheese Spicy Chicken Burger McDonald's | Dah cuba menu terbaru dari McD. Kelakar baca review sebab ramai kata sedap ada juga komen menu rotate dari McD. Alhamdulillah branch yang Nina order ni, dorang letak krim keju tu banyak. Kalau tak, jadi spicy chicken mcdeluxe 😆😅


Creamy Cheese Spicy Chicken Burger







Bila buka memang betul sebiji spicy chicken mcdeluxe yang membezakan krim, keju dan sayur. Suka tengok bentuk roti burger ni, gebu dan rasa tak sabar-sabar nak makan ditambah aroma burger yang sedap. Terdapat juga pilihan telur. Kalau belum cuba dapatkan sebelum beralih musim. 


7 Oct 2021

Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s

 Assalamualaikum Readers


Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s | Sambungan dari entri 'Apple Crumble' . Memandangkan time Nina beli kek ni order sekali dengan Apple Crumble Cheesecake. Hehe.. Alang-alang drive thru kita sauk 2 kek sekali gus. Makan sampai muak. Kek pandan gula melaka ni made by Secret Recipe tapi kalau masuk SR memang tak pernah ada. 


Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s





Setakat ni memang pandan gula melaka memang viral. So far menepati citarasa Nina dan tentulah sedap! Rasa pandan dilapisi 2 layer gula melaka bersama topping kelapa parut. Setakat ni 3 kali dah repeat order kalau terjah McD. Jangan lupa try tapi kek ni bukan limited edition, jangan risau 😆😋


27 Sept 2021

McDonald's McFlurry Popping Candy

Assalamualaikum Readers


McDonald's McFlurry Popping Candy | Benda baru lajuuu macam ketapi. Alang-alang teman hubby tapau beli lunch terus singgah McD. Drive thru jelah hari bekerja sebab tak ramai. Jangan terpengaruh dengan iklan sebab rupanya jauh beza 🤣🤣 Rupanya lebih kurang Sea Salt


McFlurry Popping Candy - RM 6.13

Ada sesetengah McD macam kedekut sikit sprinkle candy based tengok ig story orang 😅



Ini semua pengaruh blogger Anies. Dia tag di ig 😛🤭 elok je kami tubuhkan group mari gemok bersama-sama. Hahah.. Yang menariknya sprinkle candy yang colourful tu. Bila kunyah rasa letup-letup dalam mulut. Ditambah dengan kecantikan blue syrup, rasanya masin-masin gituw. 


Banyak blue syrup di bawah


Kalau makan kena gaul semua baru rasa balance. Last-last tinggal baki blue syrup memang tak makan dah. Hee. So farrrr lepas habiskan memang manis, mengundang kencing manis 😂 Cukup lah try, no repeat.


30 Aug 2021

McDonalds Burger Daging Rockin BBQ

Assalamualaikum Readers


McDonalds Burger Daging Rockin BBQ | Siapa dah cuba mesti nak lagi kannn. Minggu lepas drive thru McD lepas hantar baju di dobi. Alang-alang tunggu baju settle di basuh, ternak lemak dulu. Ada 2 jenis burger. Nina pilih daging, hubby pula ayam.


Burger daging yang sedap bersama sos BBQ meleleh




Burger ayam Rockin BBQ lebih banyak sayur dari daging. Sedap juga!



Rasa sos BBQ yang pedas dan sedap bersama hirisan bawang dan tomato. Patty daging dan ayam pun tebal. Puas hati makan. Yang belum cuba dapatkan sementara stok masih ada. Hanya edisi terhad. 


7 Aug 2021

McDonalds Apple Crumble Cheesecake

 Assalamualaikum Readers


McDonalds Apple Crumble Cheesecake | Bila hubby masuk gaji, siapa lagi nak habiskan duit kalau bukan isteri 🤪🤣 Selalunya kalau behave dan mendengar kata, hubby pasti akan belanja apa saja. Alhamdulillah tak berkira. 


NEW McDonald’s Apple Crumble Cheesecake - RM 9.42


Lapisan keju dan buah epal di bawah


Untuk bulan ni borong beli 2 kek perisa baru yang McD keluarkan. Tamaknya hang Nina oii 😂 Cheat day sekali sekala. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu kek-kek dari McD semuanya dari Secret Recipe. 


Sedap kombinasi isi buah epal dan keju


Kek apple crumble cheesecake ni sedap dan sesuai untuk peminat keju dan buah apple. Sedap kombinasinya, rasa lemak keju dan manis buah epal merah. Bila kunyah rasa crunchy isi epal. Tak terlalu manis. Kalau singgah McD jangan lupa order kek ni.


5 Jul 2021

McDonald’s Sandwich Sosej Dan Omelette Keju

Assalamualaikum Readers


McDonald’s Sandwich Sosej Dan Omelette Keju | Berjaya cuba 2 menu breakfast dari McD. Yang kedua ni beli hari bawa parents pi vaksin. Sebelum ni try Sandwich Omelette Keju pun sedap. 


NEW McDonald’s Sandwich Sosej & Omelette Keju - RM 7.08 (Ala Carte)


Nampak tak daging tu separuh saja


Macam biasa order thru website McD sebab delivery murah dan penghantaran cepat. Rasa sedap bercheese tapi daging sosej tu hanya separuh 😂 tapi nina order ala carte saja sebab tak nak kopi pahit.




Sekian duta McD mewar-warkan keenakkan menu sandwich buat masa ini. 

29 Jun 2021

NEW McDonald’s McFlurry Mangga

 Assalamualaikum Readers


NEW McDonald’s McFlurry Mangga | Aiskrim ini menu comeback dari McD tapi Nina tak pernah cuba lagi. Kalau beli McD, wajib ada aiskrim baru onzz 🤭 hang kata nak pantang makan ais tapi tak boleh kan! 🤣 setiap minggu mesti ada satu hari cheat day. Sebenarnya, mangga harumanis kawan MIL poskan dari loqstaq dah habis, itu pasal terorder aiskrim ni 😆


McDonald’s McFlurry Mangga - RM 7.08

Nampak tak krim mangga, isi mangga ada dibawah kena kacau baru sedap




Rasa aiskrim ni sedap dan manis. Ada krim mangga beserta hirisan buah mangga bersama serbuk oreo. Yang penting krim mangga dan buah mangga tu banyak heheh. Maceh McD tak kedekut. Puas makan aiskrim. Yang belum cuba cepat-cepat ke McD.

27 Jun 2021

McDonalds Pai Keju Yuzu

Assalamualaikum Readers


McDonald’s Pai Keju Yuzu | Sambungan dari ‘sandwich omelette’ ada order aiskrim dan pie baru free delivery. Order McD jimat thru restoran dari FP, GF rupanya dan lebih cepat. Sebagai duta tak rasmi McD, haruslah cuba sebelum kehabisan stok atau season.  


NEW McDonald’s Pai Keju Yuzu - RM 5.19


Janji tak over manis



Rasa pai keju yuzu ni sedap tak terlalu manis, krim keju yang light, tak bau krim keju yang kuat. Yuzu fillings lebih kurang rasa peach. Satu kombinasi yang perfect. Sedap dimakan panas-panas. Kalau belum cuba, order thru website ya.

 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com