31 May 2021

Apa itu Simian Line?

Assalamualaikum Readers


Pernah dengar Simian Line atau garis lurus tapak tangan. Sudah baca terus belek tangan bapa, rupanya sebelah kiri simian line 😬 setakat ni mak, Nina, hubby dan Harraz normal. 


Simian line atau simian crease


Personaliti anak yang ada simian crease ni agak berbeza. Simian crease tu line straight yang tak putus di atas tapak tangan. Ia berkait rapat dengan genetik ibu bapa. Puncanya masih belum diketahui. 


Ada yang cakap simian liner ni kalau tempeleng orang boleh mati terus. Tak pasti bab tu tapi ada ustaz share kebanyakan pemimpin-pemimpin islam zaman dahulu juga tapak tangan simian line pada masa sama berjiwa kepimpinan, kuat keazaman dan mati berdarah. Ini bukan ramalan tapak tangan. Kena banyak membaca baru tahu syndrome ni disebabkan apa. Just nak share kot-kot family ada macam ni. 

 

29 May 2021

Farm Fresh Chocolate Milk

Assalamualaikum Readers


Farm Fresh Chocolate Milk | Seperti tau-tau nak lockdown, Nina borong susu Farm Fresh sekotak tapi tahan tak sampai 5 hari dah habis 🤣🤣 Sedap minum hari-hari, lepas bersalin ni jadi seorang yang suka minum susu tak kira flavour.


Farm Fresh Chocolate Milk


Nak beli kotak besar ada jual di Mydin (tempat covid tu)

Susu Farm Fresh semua sedap


Perisa coklat ni sedap dan tak berapa pekat tapi secukup rasa. Minum tak sejuk pun sedap. Shake shake dulu. Susu coklatnya light sahaja. Yang belum pernah cuba, boleh cari nanti. Nak lockdown mesti masing-masing duduk rumah habiskan masa dengan makan 🤣


28 May 2021

Jangan Buat Simbol Cinta

Assalamualaikum Readers


Salam jumaat buat semua 🙋🏻‍♀️ Harap bertabah bila kena total lockdown untuk lagi sekali. Mental koyak tapi bersabar demi keluarga tercinta harap suatu hari boleh berjumpa lagi. Sebelum tu nak share pasal selfie buat simbol love tu.




Last selfie raya tahun ni ada buat 🤦🏻‍♀️ Ampunkan dosaku ya Allah. Memang tak tahu pasal ni. Pakat-pakat tiru konon simbol love yang dibuat orang Korea 🤭😅 Rupa-rupanyaaaa. 

 

27 May 2021

Sitz Bath Bagus Untuk Wanita Dan Remaja

 Assalamualaikum Readers


Sitz Bath Bagus Untuk Wanita Dan Remaja | Sebelum deliver ada kawan suggest buat sebab dia pun baru habis berpantang. Zaman tok Nina pun dah buat tapi mak tak amalkan sangat.


Beli di farmasi

Garam bukit guna sikit dan larut dengan air suam

Bahan untuk buat sitz bath

Hanya jual di Shopee


Hari pantang ke 30, jumpa info sitz bath dalam FB. Rupanya banyak manfaat untuk perempuan. Sesuai diamalkan untuk jaga kebersihan peribadi kita. Boleh war-war untuk isteri, adik dan anak.







Nina buat sitz bath bila luka bersalin dah baik masuk hari ke 35. Guna air suam. Sangat melegakan otot-otot pelvis 🥰 Nanti nak amalkan selalu. 


Bahaya Ummu Sibyan Pada Bayi Dan Ibu Hamil

 Assalamualaikum Readers


Bahaya Ummu Sibyan Pada Bayi Dan Ibu Hamil | Sejak Harraz discharge tak pernah sekali pun hubby dan Nina biar menangis terutama menjelang waktu maghrib, tak nak terkena sawan tangis. Alhamdulillah. 


Style tidur macam kucing maktok. Haha


Semalam dalam pukul 9.00, tengah tidur dan menangis sambil mata tertutup. Maksunya cakap sebelum tu tengok cicak. Dalam hati dah risau sebab terlupa nak tutup pintu waktu maghrib 😌 








Ummu Sibyan bukan wanita yang baik, dia mampu membahayakan bayi dan wanita hamil. Jin perempuan yang suka mengganggu bayi (bawah 2 tahun) dan wanita hamil. Wajah mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Boleh mengikat rahim wanita (tak boleh mengandung) dan membunuh janin dengan cara menendang (keguguran).


Please take note ibu-ibu, nampak remeh tapi membahayakan. Jin-jin ini akan mengganggu anak-anak adam sehingga kiamat.


26 May 2021

Farm Fresh Mixed Berries Yogurt

 Assalamualaikum Readers


Farm Fresh Mixed Berries Yogurt | Kembali lagi dengan entri promote 🤪 Nabati habis dah so Nina try susu pulak. Setakat ni memang hantu Farm Fresh. Semua flavour sedap. Yang mixed berries ni beli sebelum bersalin, baik habiskan.






Setakat ni jumpa pek kecil yang besar tak nampak dijual pulak. Botol macam ni mudah dibawa ke mana saja. Minum sejuk atau tak pun sedap. Rasa masam manis dan lemak yogurt sekali teguk dah habis. Yang belum cuba boleh cari. Di Shopee bersepah orang jual. Boleh beli yang mixed semua flavour 😋

25 May 2021

Selesai Daftar Vaksin Sekeluarga

 Assalamualaikum Readers


Selesai Daftar Vaksin Covid 19 Sekeluarga | Sebelum ni was-was nak daftar sebab katanya ibu mengandung dan menyusu tak sesuai nak divaksin, mak pun was-was. Sejak kes naik mendadak ni, mak ubah fikiran. Alhamdulillah lega tak perlu nak explain panjang lebar. 





Kawan sekolah pun selamat divaksin dan pregnant 6 bulan. Baru malam ini, Nina daftar anak beranak 😅 Semoga dipermudahkan urusan. Walaupun parents umur 70++ ke atas tapi menjadi tanggungjawab Nina untuk menyelamatkan nyawa sebab mak antara orang berisiko (diabetis & darah tinggi). Sebagai anak tunggal siapa lagi nak jaga parents kalau bukan Nina.



Hari-hari doa minta Allah jagakan parents


Terfikir kalau parents meninggal sebelum di vaksin alangkah menyesal seumur hidup 😭 Yang mana parents masih takut nak vaksin tu, tolong explain baik-baik supaya dorang terbuka hati nak vaksin. In Shaa Allah ❤️


Susu Kurma Dan Pisang Nilofa Biasa Saja

 Assalamualaikum Readers


Susu Kurma Dan Pisang Nilofa Biasa Saja | Lately, kontroversi sang Nilopa ni makin buat orang meluat bukan makin sayang. Sejak nikah macam-macam hal 🤦🏻‍♀️ Hubby kata Allah tengah uji pasangan tu nak ke arah kebaikan atau sebaliknya. Entri emo nii 😆



Susu kurma Farm Fresh & Goodday sedap lagi

Tahun ni founder tukar kulit packaging susu


Alhamdulillah Nina bukan fanetik sangat, tak pernah lagi beli tudung or baju raya cap hajah yang mahal kalah Jovian 😂😂 Cuma nak try sedap sangat ke susu kurma mixed pishang ni atau susu kurma brand lain sedap lagi. Setakat ini saja try susu hajah. Harga yahudi, susu murah banyak lagi yang sedap. Emo pulak dengan hajah ni tak takut Covid.


Susu keluaran baru tahun ni . SIL beli, minum sekali lepas tu terbiar dalam kotak. Nampak sangat tak sedap


Alkisah, susu ni sebenarnya dah expired walaupun disimpan beku dalam peti ais. Nak minum sebelum bersalin (3 bulan dalam fridge) 🤣😂 Baru semalam hubby bagi minum. Kitaorang pun tak tahu dah expired. Rasa pelik kurma campur pisang dan bau pisang tu kuat, tak rasa kurma pun 😅 Semoga Nina tak cirit pagi ni  😑 Usah jual brand tapi rasa ke laut. Ikutkan hati nak campak dalam laut kalau boleh naik Penang bridge 🤪🤣


24 May 2021

Dove Exfoliating Body Polish Pomegranate Seeds And Shea Butter

 Assalamualaikum Readers


Dove Exfoliating Body Polish Pomegranate Seeds And Shea Butter | Baru ada feel nak scrub badan lepas terjumpa dalam Shopee. Ada promo terus order 😆 Selagi tak beli asyik teringat. Salah satunya nak hilangkan daki dan kesan hari-hari apply minyak di kaki dan perut. Nasib baik tak ada stretch marks di perut cuma Linea Nigra 😆 


Dove Exfoliating Body Polish Pomegranate Seeds & Shea Butter

RM 11.90


Line di perut tu memang ada cuma sebelum ni tak jelas, bila dah scrub makin kurang line tu. Nak jadi seperti sebelum pregnant ambil masa. Not bad scrub dove ni setanding dengan harga, BBW tetap di hati. Bau shea butter tu wangi dan buat kulit lembut. Sukanyaa.



Nampak biji-biji merah dari buah delima


Nampak perbezaan walaupun guna sedikit


Dove exfoliating body polish ada 3 jenis. Boleh pilih nak cuba yang mana satu. Biji scrub sangat smooth, tak keringkan kulit atau lukakan kulit. Boleh cari di Shopee harga lebih murah tau.

22 May 2021

Jamu Rahsia Manthop Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

Assalamualaikum Readers


Jamu Rahsia Manthop Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin | Selain sakit contraction, ini masalah besar sebenarnya untuk ibu bersalin normal. Menangis lepas buang air besar, sakit dan berdarah 😭 Hubby ajak ke klinik setiap kali tengok bini keluar toilet menangis. Makan buah, chia seed, prun dan minum air tak function. 


Jamu Rahsia Manthop ni tukang urut yang suggest

Banyak khasiat. Boleh zoom bahan-bahan jamu ni



Sebelum ni tak ada masalah sembelit, mengandung pun hari-hari melabur 😂 start hari ke 7 lepas bersalin bermulanya episod ngeri. Nina whatsapp nurse, dia suggest beli ubat lembutkan najis di farmasi. Luka jahitan tak baik lagi, gapping sikit dan terpaksa berdiri bila nak buang air besar. 


Boleh beli di Shopee juga

Rasanya seakan minum jus asam jawa manis. Ambil 1 sachet setiap pagi sebelum makan. Yang best buang angin dalam badan

Ubat lembutkan najis beli di farmasi - RM 5.30 


Pengorbanan ibu tiada ganti, dah jadi mak-mak ni baru insof bila tak dengar cakap mak, bergaduh etc bila masuk alam remaja. Yang tak ada masalah sembelit pun boleh amalkan jamu Rahsia Manthop ni. Sekarang, alhamdulillah nak membuang pun mudah.


Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 


Selamat hari lahir diucapkan buat Abam Kie yang jatuh pada 19 Mei lepas. Dengan itu terhasil giveaway untuk meraikan hari lahir AK. Syarat-syarat pun simple. Meh join, mana tahu ada rezeki. Klik banner untuk join. GA berlangsung dari 19 Mei - 31 Mei 2021


21 May 2021

Tasneem Naturel Baby Balm T-Rub Bantu Membuang Angin Dan Sembelit

Assalamualaikum Readers


Tasneem Naturel Baby Balm T-Rub Bantu Membuang Angin Dan Sembelit | Jadi parents ni bukan mudah. Ini lah masa nak kenal anak sendiri sama ada sakit, lapar, sembelit etc 😅 Bila menangis sebab kembung perut kena try and error semua produk. Harraz mixed susu badan (cepat hadam) dan formula (lambat hadam). Sehari berak 2 kali dah tak risau.


Tasneem Naturel Baby Balm T-Rub - RM 48


T-Rub balm sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit birit, sembelit dan membantu masalah penghadaman 



Setiap kali Harraz kencing atau berak, Nina akan sapu T-Rub selang seli dengan minyak yuyi atau minyak nona roguy baru tak ada masalah. Selesa nak tidur, sepanjang masa kentut 😀



Tekstur krim yang cepat meresap dan tak panas



Tasneem Naturel produk essential oils dari pati tumbuhan. Umumnya, ada 4 masalah utama yang biasa terjadi pada bayi :


Anak sukar tidur

Anak tantrum, suka mengamuk

Anak selsema, batuk dan kahak berpanjangan

Anak kembung perut dan sembelit


Walaupun harga agak pricey untuk size balm yang kecil tapi demi anak pejam mata dan order thru Shopee 😀 Tasneem Naturel ada banyak lagi jenis balm untuk bayi. Boleh refer web di sini .


Senarai Pemenang Express Kad Raya GA 2.0 By Nina

Assalamualaikum Readers


Terima kasih buat semua yang sudi join GA last minute Nina sebelum raya haritu. Maklum lah ada anak kecik ni susah nak tengok blog. Kena curi-curi masa. Baru ada masa nak update senarai peserta. 




Dibawah ini, Nina listkan link peserta, ada masa boleh BW nanti 😊 Boleh email kan details nama dan alamat ke amaninamads@ymail.com


1. https://anakomak6.blogspot.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html?m=1


2. http://www.suriaamanda.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


3. https://www.tiarasaphire.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


4. http://www.zianaeunos.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


5. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


6. https://www.fairusmamat.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


7. https://ikashoid.blogspot.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


8. http://www.zukidin.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


9. https://famf-tower.blogspot.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


10. https://me-soul-searching.blogspot.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html (sudah ada details)


11. https://loveneddy.blogspot.com/2021/05/express-kad-raya-ga-20-by-nina.html


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

 


Meh support GA menarik dari Siti Yang Menaip ni. Syarat-syarat pun mudah. Klik banner untuk join ! Tempoh giveaway : 16 May 2021 - 31 May 2021 Nina pilih 


Categori Satu | NZ Fridge Magnet x 5 (5 Pemenang)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com