3 May 2021

Senarai Barang Bersalin Di Hospital

 Assalamualaikum Readers


Senarai Barang Bersalin Di Hospital | Sekejap dah masuk bulan 5 dan pantang hari ke 28. Selagi tak habis pantang, entri banyak share pasal pregnancy 😝 layankan niche blog yang berubah tu. Simpan untuk reference sendiri dan readers.


Stok makanan itu penting. Lebihkan bawa stok yang menambah tenaga selepas bersalin. Memang akan letih dan sentiasa rasa nak tidur

Bawa makanan yang sesuai untuk orang berpantang. Ingat walaupun stay 2 3 hari tapi once dah bersalin memang kena pantang



Nasib bawa 2 beg saja. Hakikatnya menginap 4 hari, baju hospital sponsor 😂😂 Ada juga barang yang hubby tolong beli masa Nina masih di wad. Dah serupa supir, ke hospital sehari 4 kali tengok anak dan beli makanan untuk bini. Makanan hospital ada sedap ada yang tak 😅 (menu tak sesuai untuk orang pantang). 


Kat bawah ni antara barang-barang yang wajib bawa selain makanan incase terpaksa staycation lama sikit dalam wad due to baby masuk NICU atau Jaundice. Benda ni kita tak boleh agak. 


Pakaian bawa sikit sahaja. Macam dalam gambar

Tak digalakkan lepas bersalin guna pad biasa sebab kuantiti darah yang keluar banyak

Guna spender pakai buang. Mudah tak payah nak basuh bila kena darah . Beli di Watsons hanya RM 7.80

Start dari bersalin terus minum Flavettes ni hari-hari sebab nak bagi luka cepat baik


Lepas beberapa jam bersalin, mandi terus pakai, memang best sebab badan rasa panas dan kurangkan angin dalam badan


Earplug ni sangat membantu sebab waktu nak tidur tu memang bising

Hubby beli untuk mudahkan bekal susu badan untuk nurse incase anak kena tahan di wad

Kena pakai sebab bra akan basah bila susu badan terlalu banyak


Harap entri ni membantu, jangan risau doa semuanya dipermudahkan. Allah uji tanda sayang okay 👍🏻💪🏼


12 comments:

  1. tips yg bagus utk mum-to-be..

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk rujukan ni. Pengalaman orang boleh jadi rujukan untuk kita dimasa akan datang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : ya untuk rujukan bersama 😁😁

      Delete
  3. Biasa laaa tuu nina..tak move on lagi ms ngandung tuu kan..ambik masa sebenarnya.hahahahahah

    Kemainnnn siap bawak jajan 😆😆 nadyya masa nk besalin bawak 3 hari punyaaaa pakaian gak. Last2 tak kene masok wad pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadya : betul masih tak percaya dh sebulan berlalu. Hahahah

      Jajan tu untuk mengunyah lps bersalin asyik rasa lapar 🤭🤭

      Delete
  4. Lepas bersalin memang terasa habis tenaga. Kak Amie pula tak pernah bawa makanan. Kakak ipar dan suami hantar makanan dan minuman, waktu tu zaman tak ada covidlah. Paling nikmat, dalam keadaan letih, kakak ipar hulur horlick panas. Aduhai....terima kasih kakak ipar kesayanganku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie : Zaman covid ni terpaksa lah tunggu suami hantarkan makanan. Nk air bancuh sendiri huhu

      Delete
  5. Tips yang berguna sangat . Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti.

    ReplyDelete
  7. nasib baik org sebelah katil x minta makanan... hehehe... kalau tak nanti berlaku urusan jual beli dlm wad bersalin ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com