23 Aug 2023

Donut Peach, Buah Kayangan Viral

Assalamualaikum readers


Donut Peach, Buah Kayangan Viral | Akhirnya jumpa juga Donut Peach, buah kayangan viral, harga pun masih mahal namate 😂 Antara buah Donut Peach dan Shine Muscat, alhamdulillah buah anggur jadi pilihan anak. Jimat duit mak (tangan di bahu, mata ke atas). Mungkin sebab tekstur isinya yang lembik masam manis tu.


Donut Peach RM 22


Donut Peach atau flat peach yang sedang viral ni datangnya dari Spain. Patutlah kemain mahal harganya. Harga untuk 7 biji dalam RM 22. Memang ini yang pertama dan terakhir beli. Haha..


Sengaja Nina beli yang kulit buahnya merah-merahan supaya balik rumah terus boleh makan. Buahnya elok dan pelbagai rupa bentuk. Rupa buah memang macam donut.


Isi buah dari jenis Golden Peach. Ada sesetengah orang makan dengan kulit tapi Nina lebih suka kupas kulit


Pertama kali juga makan buah peach sebenar. Buah donut peach ni ada juga dari Turki. Yang Nina beli ni jenis golden peach. Alhamdulillah, lepas makan tak jadi alahan. Ada juga orang yang alah dengan buah ni peach ni sampai viral masuk hospital. Yang belum cuba tu, boleh lah buat rasa-rasa, sementara masih viral.

22 Aug 2023

Subway Chicken Slice And Egg

 Assalamualaikum readers


Subway Chicken Slice And Egg | Bila dah terlalu bosan breakfast benda-benda basi macam roti canai, roti bakar, nasi lemak etc maka kaki melangkah masuk ke Subway. Haa gitu, mengenangkan masa untuk bersalin tak lama lagi, harus berpantang maka layankan jelah tekak ni.


Subway Chicken Slice And Egg

Untuk footlong harga dalam RM 20++


Rupanya Subway ada menu breakfast bersama pilihan minuman panas, ada kopi, teh tarik dan lain-lain. Sekali sekala breakfast gaya English ni. Alang-alang rasa murah terus order sandwich 'footlong' terus untuk makan lunch nanti.



Apa yang menarik, ada tiga jenis pilihan roti sandwich iaitu Chicken Slice & Egg, Tuna & Egg dan Egg & Cheese. Harga bermula dari RM 8.60. Harga dan menu Rahmah ni jangan tak cuba, sementara stok dan promosi masih ada. 

19 Aug 2023

Shine Muscat, Buah Anggur Viral

Assalamualaikum readers


Shine Muscat, Buah Anggur Viral | Entri edisi peram, banyak benda nak update tapi tahap kesihatan tak mengizinkan. Baru semalam discharge dari hospital. Ini antara buah viral yang sempat Nina grab di Econsave.



Balik dari mengundi terus bawa mak beli barang dapur. Nak beli buah donut peach tak ada yang memikat hati sebab warnanya tak merah. Buah shine muscat ni menarik sebab seakan anggur tapi bentuknya bulat dan cantik!



Shine Muscat ni katanya buah anggur premium Jepun tapi yang Nina beli ni dari China. Buahnya ranggup dan tanpa biji. Isi buahnya jernih dan manis. Harraz paling suka, jatuh cinta pada kunyahan pertama 😂 Dia memang hantu anggur. Harga untuk satu bekas dalam RM 11. Boleh tahan murah! Mungkin dah lama viral kot.


11 Aug 2023

Nak Mengandung Wajib Minum Marigold HL

Assalamualaikum readers


Nak Mengandung Wajib Minum Marigold HL | Blog semakin sendu dan tenggelam timbul, ini tak boleh jadi. Biasalah jadi mak buyung ni, double penat! Dari zaman sekolah memang suka minum air brand Marigold tak kisah susu atau pun perisa buah-buahan.



Rupanya bila tengok bahan-bahan yang ada dalam susu Marigold HL ni ada terselit asid folic. Tak perasan pulak susu brand lain ada ke tak sebab Nina hanya beli susu brand ini termasuk Dutch Lady tak pun Farm Fresh sebab Harraz boleh tumpang sekaki. Biasalah budak tu nak susu pishang la, susu kurma 😂 Bak kata semua jenis susu lah dia akan cuba.



Seperti yang kita sedia tahu, asid folic ini tak perlu tunggu mengandung baru makan, start dari sebelum majlis kahwin dah perlu ambil sebagai langkah persediaan. Salah satunya nak menguatkan rahim dan untuk kesuburan wanita. Ia juga menjadi makanan tambahan untuk badan, lebih kurang macam supplemen. Jadi mengapa perlu habiskan duit beli supplement, kalau boleh dapat dari sekotak susu.

10 Aug 2023

6 Topping Sedap Di llaollao

Assalamualaikum readers


6 Topping Sedap Di llaollao | Siapa yang teringin nak cuba llaollao (yaw yaw) tapi tak pandai nak pilih topping, meh Nina share. Nanti kalau singgah mall boleh terus beli! Salah satu fav aiskrim yogurt dan harga bukan kategori Madani Mahalni. Paling suka yogurt in black 😋


llaollao menyediakan pelbagai jenis topping yang terdiri daripada sauce, buah-buahan dan juga biskut. Yang biasa beli tu, takkan nak mengulang topping yang sama. Mesti sudah bosan, bukan? Apa salahnya cuba topping baru pulak. Meh tengok 6 topping sedap ini !


#1 Pistachio Sauce

Credit brgsjks

Pistachio sauce ini menjadi kegemaran ramai termasuk Nina disebabkan rasanya yang sangat unik. Rasa kacang pistachio yang nutty dan tidak terlalu manis ini memang sesuai di makan bersama yogurt.


#2 Ovomaltine Sauce

Credit ayue

Siapa peminat Ovomaltine? Jangan risau kerana IIaollao sediakan. Rasanya memang sedap di makan bersama yogurt yang masam. Antara kombinasi yang menarik bersama Ovomaltine sauce ialah buah-buahan seperti mangga dan melon.


#3 Chips Ahoy

Credit ctjamil

Selain sauce dan juga buah-buahan, biskut Chips Ahoy menjadi kegemaran ramai. Biskut ini susah sikit nak dapat di pasaran, maka boleh cuba rasa di llaollao. Kombinasi menarik ialah Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce atau pun Chocolate Hazelnut Sauce.


#4 Oreo Crumbs


Oreo memang sesuai dimakan dengan apa-apa sahaja dessert, betul tak? Kombinasi yang sesuai dimakan bersama ialah Chocorock Sauce dan juga buah-buahan.


#5 Strawberry

Credit azimshahrahman

Rasa masam manis buah strawberi dan di makan bersama yogurt, memang nikmat! Boleh lah cuba masukkan strawberi sebagai topping untuk yogurt ditambah Chocorock Sauce atau Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce.


#6 Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce

Credit nrainqsrh

Antara topping paling popular di llaollao dan sesuai dimakan bersama yogurt. Walaupun rasanya agak manis, tetapi masih boleh dimakan. Boleh tambahkan dengan buah-buahan yang sedikit masam.

4 Aug 2023

Review Filem Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One (2023) | Pejam celik pejam celik rupanya ini filem ketujuh dalam siri MI dan filem yang sempat tengok pada bulan lepas sebab aksi Tom Cruise berjaya dilakukan tak seperti filem Fast & Furious yang kadang kala tak masuk akal.



Terima kasih hubby belanja tengok wayang. Tiket Beanie harga mahal sikit


Dalam Dead Reckoning Part One, Ethan Hunt perlu melawan penjahat yang mengancam dunia. Kali ini, Ethan Hunt perlu melawan dengan satu senjata yang digelar sebagai 'Entiti' yang mampu untuk menembusi semua sistem keselamatan dan talian telekomunikasi dunia. 




Di sebalik Entiti pula, terdapat individu bernama Gabriel yang punya sejarah silam yang panjang dengan Ethan Hunt, sebelum direkrut oleh IMF lagi. Seperti yang dijangka, sekali lagi Ethan (dan IMF) telah diperangkap. Mereka terpaksa bergerak secara analog dan offline, untuk menghentikan ancaman berupa sebuah kepintaran buatan (AI). Ethan perlu mencari kunci, yang menjadi rebutan dunia. Hanya dengan kunci itu dapat menembusi Entiti.


Memang layan habis bila tengok scene babak keretapi ni sebab scenery cantik!


Dalam filem ini, Ethan perlu korbankan orang yang dia sayang. Bersama dengan pasukan IMF lain iaitu Benji Dunn dan Luther Stickell, pengembaraan Ethan kali ini penuh dengan aksi tanpa henti. Walaupun filem ini berdurasi 2 jam 43 minit tapi berbaloi untuk ditonton.


🌟🌟🌟🌟/5*

3 Aug 2023

Tips Pilih Tembikai Manis Sedap

Assalamualaikum readers


Tips Pilih Tembikai Manis Sedap | Buah tembikai menjadi kegemaran anak. Harraz boleh habiskan separuh tembikai. Beli sebiji besar makan sehari dah boleh habis. Untuk beli buah tembikai ni memang agak mencabar sebenarnya. Silap pilih dapat buah tembikai yang tidak elok isinya dan rasa tawar.



Kerana itu untuk beli buah tembikai kena ambil tahu dulu tips dan petua untuk pilih buah tembikai yang manis sedap berjus. Barulah tak menyesal bila beli nanti. Meh nak kongsi tips:


#1 Kenal jantina buah tembikai


Rupanya buah tembikai ini ada jantina (jantan dan betina). Macam mana nak bezakan? Bagi buah tembikai jantan, bentuknya agak lonjong dan besar. Mempunyai biji dan air yang banyak makan tembikai jantan lebih sesuai untuk di buat jus.



Manakala buah tembikai betina pula bentuknya lebih bulat dan kurang biji, lebih padat serta manis isinya, maka buah tembikai betina lebih sedap untuk dimakan begitu saja.


#2 Ada tompokan 'jaringan lebah'


Selalunya ramai yang lebih suka pilih buah dengan permukaan yang bagus. Untuk buah lain okay tapi untuk buah tembikai jangan ikut cara itu.



Buah tembikai yang ada tompokan 'jaringan lebah' adalah lebih bagus kerana isinya sangat manis hingga disukai lebah untuk hinggap.


#3 Tompokan kuning pada buah tembikai



Pilih buah tembikai yang ada tompokan berwarna kuning krim atau oren pada bahagian bawahnya. Warna kuning krim atau oren menandakan buah sudah lama berada di atas tanah dan sudah betul-betul masak berbanding dengan tompokan warna putih.


#4 Belang buah tembikai lebih sekata dan gelap warnanya



Belang buah dengan jalur yang sekata pada kiri dan kanannnya serta warna gelap mempunyai isi yang manis.


#5 Tekstur lebih licin dan berkilat


Tekstur permukaan kulit buah tembikai yang lebih licin dan berkilat menandakan ianya telah masak dengan sempurna berbanding buah dengan permukaan yang kasar.


#6 Bila timbang agak berat


Tembikai yang lebih berat bermakna isi kandungan air di dalamnya lebih banyak. Biar ia nampak kecil, tapi jika timbangannya berat maka buah tembikai itu sangata manis dan berjus.


#7 Tangkai buah kering


Tangkai yang kering dan kecut bermakna buah tembikai benar-benar telah masak dengan sempurna berbanding dengan tangkai yang basah dan berwarna hijau.


Dikhuatiri buah tembikai telah dipetik secara sengaja tanpa menunggu buah itu masak sepenuhnya.


#8 Tepuk dan jentik buah


Tujuan untuk mendengar bunyi dari dalam buah. Hanya tepuk atau jentik buah tembikai dengan perlahan, jika ia mengeluarkan bunyi seakan-akan kosong, itu bermakna buah tembikai sudah masak sempurna.


Semoga menjadi pembeli yang bijak di zaman Mahalni. Untuk buah tembikai susu tak pasti pulak tips sama ke tak. Kena kaji dulu sebabnya dalam rumah tak ada peminat buah tembikai susu.

2 Aug 2023

Magnum Matcha Crumble

Assalamualaikum readers


Magnum Matcha Crumble | Aiskrim yang tengah viral sekarang ni. Merata cari tak jumpa, sampai lah pi 7E pukul 10 malam semata-mata nak beli roti, tengok ada 3 paket terus grab! Alhamdulillah ada rezeki nak cuba. Memang sejenis peminat matcha ni, asyik terliur tengok iklan dalam Tik Tok.


Magnum Matcha Crumble - RM 5.30


Sedap bila gigit crumble



Magnum Matcha Crumble rasanya yang unik dengan kombinasi coklat yang ranggup di luar dan aiskrim matcha di dalam. Terus rasa aiskrim ini menjadi luar biasa. Cumanya bukanlah tersedap sangat. Rasa matcha yang biasa dan tak terlalu kuat tapi mewah dengan salutan coklat Belgium.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com