Assalamualaikum readers
Review Filem Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One (2023) | Pejam celik pejam celik rupanya ini filem ketujuh dalam siri MI dan filem yang sempat tengok pada bulan lepas sebab aksi Tom Cruise berjaya dilakukan tak seperti filem Fast & Furious yang kadang kala tak masuk akal.
![]() |
| Terima kasih hubby belanja tengok wayang. Tiket Beanie harga mahal sikit |
Dalam Dead Reckoning Part One, Ethan Hunt perlu melawan penjahat yang mengancam dunia. Kali ini, Ethan Hunt perlu melawan dengan satu senjata yang digelar sebagai 'Entiti' yang mampu untuk menembusi semua sistem keselamatan dan talian telekomunikasi dunia.
Di sebalik Entiti pula, terdapat individu bernama Gabriel yang punya sejarah silam yang panjang dengan Ethan Hunt, sebelum direkrut oleh IMF lagi. Seperti yang dijangka, sekali lagi Ethan (dan IMF) telah diperangkap. Mereka terpaksa bergerak secara analog dan offline, untuk menghentikan ancaman berupa sebuah kepintaran buatan (AI). Ethan perlu mencari kunci, yang menjadi rebutan dunia. Hanya dengan kunci itu dapat menembusi Entiti.
![]() |
| Memang layan habis bila tengok scene babak keretapi ni sebab scenery cantik! |
Dalam filem ini, Ethan perlu korbankan orang yang dia sayang. Bersama dengan pasukan IMF lain iaitu Benji Dunn dan Luther Stickell, pengembaraan Ethan kali ini penuh dengan aksi tanpa henti. Walaupun filem ini berdurasi 2 jam 43 minit tapi berbaloi untuk ditonton.
🌟🌟🌟🌟/5*











sy baca filem ni cuma raih RM400 juta je. modal RM370 juta. ada yg kata sbb Barbie dan Oppenheimer yg mn dua2 ni dah atasi MI
ReplyDeleteyang babak atas keretapi tu, kat Turkiye kan? ke...salah?
ReplyDeletedulu suka gak tgk cita2 mcm ni sbb ada cik abang tukang explain kan, now dah jarang dah...
ReplyDeleteMy hero.. kikiki.. Tapi sebab dia ada dua bahagian kan rasa macam.. nak tengok ke tak.. gitu.. kikiki..
ReplyDelete