23 Dec 2021

MUTYARA - Jamu Gugusan Sumatra Untuk Wanita

Assalamualaikum Readers


MUTYARA - Jamu Gugusan Sumatra Untuk Wanita | Last makan jamu masa berpantang lepas tu stop sebab effect susu badan, Harraz susah nak berak. Hubby yang belikan jamu ni sebab kesian tengok bini hari-hari letih lepas balik kerja, fokus anak pulak. Alhamdulillah badan tak letih, period teratur dan sesuai untuk ibu yang menyusu. Kami berdua consume makan 👍🏻👍🏻






Siapa tak kenal produk kecantikan dari menantu Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin. Diusahakan dari tahun 2018 dengan menggunakan resepi turun temurun. Telah diolah rasanya dengan menambah beberapa makanan sunnah supaya rasanya tak pahit.






Dengan tagline : BUKAN SEKADAR JAMU. Mutyara fokus untuk membantu memperbanyakkan susu badan, merawat masalah dalaman dan luaran wanita, meningkatkan tenaga, mengurangkan kesakitan semasa period, mengembalikan seri wajah dan Mutyara boleh diamalkan seawal usia 16 tahun.  


KANDUNGAN JAMU MUTYARA :


Menggunakan bahan-bahan alam tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan dengan menggabungkan 15 bahan iaitu : 


  • Kurma - memanaskan badan
  • Madu - merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Delima - membantu merawat masalah keputihan
  • Manjakani - mengecutkan rahim/peranakan
  • Akar Serapat - membuang angin
  • Kacip Fatimah - memulihkan tenaga
  • Ekstrak Yis - membantu melawaskan pembuangan
  • Cayenne - anti bakteria/merawat kegatalan
  • Halia - membantu merawat kulit 
  • Cranberry - anti penuaan/awet muda
  • Ubi Bit - membantu menambah susu badan
  • Kunyit - membantu proses detoksifikasi
  • Habatussauda - membantu menurunkan berat badan
  • Halba - menganjalkan aset wanita (payudara & punggung)

Untuk sesiapa yang mengalami masalah kesihatan sebab tindakbalas Mutyara terhadap sistem badan setiap individu berbeza. TAK BOLEH makan sekiranya :

  • Hamil
  • Period
  • Pesakit cyst
  • Pesakit fibroid
  • Darah tinggi


11 Dec 2021

Bayar Saman Cermin Gelap Di JPJ Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers


Bayar Saman Cermin Gelap Di JPJ Pulau Pinang | Banyak cobaan harini nak selesaikan saman tertunggak, selagi tak settle tak boleh print roadtax. Salahkan diri sendiri kena saman, dah nampak pegawai JPJ nyorok tepi semak, lalu jugak 😅😅






Sempena hari bayar saman dari JPJ dan PDRM, marilah bayar. Jangan cakap orang kena saman ni buat jenayah, kadang dah berhati-hati pun kena saman jugak dan yang bersih dari saman tu hati-hati la ye. 


Urusan di JPJ Seberang Jaya cepat dari Batu Uban. Beratur dari 8.20 pagi, 15 minit pengumuman sistem down. Nina hantar hubby pi kerja. 9.45 pagi sampai terus beratur (sistem ok). Ini semua trick nak orang balik 😂😂 


Perbezaan ketara bila tak ada tinted. Hubby kata macam duduk dalam aquarium


Koyak tinted serupa koyak duit RM 400

Semuanya cashless. Bayar saman guna card credit atau debit


Di kaunter tak boleh bayar sebab kereta tak buat inspection (buang tinted hadapan, kiri dan kanan pemandu), notis hadir ke mahkamah pun tak pi (sarat preggy). Pi ofis hubby, dia tarik tinted 😂




Sampai JPJ Batu Uban, pegawai test cermin, ambik gambar kereta, check enjin. Dah ok, boleh terus beratur. Beratur 45 minit, pegawai  'pening' bagi no giliran bilik lain, dah tu dapat no baru. Naik bilik 5 (atas). Tunggu giliran, swap kad debit dah settle!


Nina tak marahkan husband sebab dia yang pasang tinted 80% gelap semua cermin atas faktor KESELAMATAN & KESELESAAN isteri dan anaknya. Antaranya :


1. Bahaya drive waktu siang dan malam, orang jahat ni merata kita yang tak tau.


2. Bully road suka kacau


3. Cuaca di Mesia ni panas, sampai ke paha rasa bahang kalau tak tinted.


4. Orang tak nampak apa kita buat dalam kereta etc, melalak, menangis, gaduh, korek hidung.


Next : pi pasang tinted balik 🤣😅 Dah la balik kerja malam, drive sorang. 


9 Dec 2021

Tukar Tayar Kereta Selepas Tiga Tahun

Assalamualaikum Readers


 Tukar Tayar Kereta Selepas Tiga Tahun | Bermakna dah 3 tahun usia kereta pertama Nina beli. Bila kawen dengan ex mekanik Perodua, pasal kereta kena ambik port bukan setakat tahu drive saja. Bab enjin, minyak dan service kena on time baru kereta tahan lama.


Tukar tayar kereta selepas 3 tahun


Alang-alang tayar depan dah botak, pejam mata bayar RM 500 (termasuk upah pasang tayar) untuk 4 tayar, beli dari kawan hubby, boleh tahan brand Dunlop. Dalam masa 3 tahun juga, bateri kereta pun tukar sebab pakai kereta ada butang enjin start/stop ni boleh tahu bateri weak. 


Harap boleh setia dengan Axia, stay Penang ni kereta body panjang tak berapa minat sebab tak boleh nak cilok kiri kanan, susah nak cari parking etc 😅😅 

6 Dec 2021

Harraz Dah 8 Bulan!

Assalamualaikum Readers


Sekejap anak dah masuk 8 bulan. Bijak pun ya. Hari-hari cakap mama pi work, harap nanti dia faham lah bukan sesaja parents nak hilang pagi, malam baru nampak muka. Pernah dengar saparation anxiety? Bila nak kena tinggal menangis melalak. Tak nak la Harraz jadi macam tu. 


Peel baru masuk kereta nak di peluk lepas tu tidur

Pakai tudung cantik-cantik lepas tu habis kedut, kena air liur anak


1st time bawa masuk mall ahad lepas, masuk sekejap beli barang lepas tu balik, ramai orang


Semoga Allah lindungi anak-anak kita. Bila anak dah 8 bulan ni, gigi pun dah jadi 4 batang (2 bawah, 2 atas), menyembang bahasa alien, pandai jelir lidah, tarik rambut, tudung, nak susu badan dah pandai selak baju Nina 😅😅


Itu jelah perkembangan baby bila dah masuk 8 bulan ke atas, setiap bulan perangai berubah. Kena berjaga-jaga bila tidur atas katil silap sikit mudah jatuh (pernah sekali). Bahaya menanti kalau alpa. Kalau kaya sah-sah duduk rumah jaga anak 24 jam kan 😂

Makan Hokkaido Baked Cheese Tart

Assalamualaikum Readers


Makan Hokkaido Baked Cheese Tart | Sekejap dah masuk bulan Disember, kejap betul masa berlalu. Hari payday ialah hari tunaikan apa yang mengidam nak makan. Dapat makan cheese tart pun happy dah. Boleh tahan harga dalam grab food. 


Hokkaido Baked Cheese Tart Mix & Match - RM 29





Bila godek dalam GF baru perasan cheese tart ni ada buat promosi 6 flavour dalam satu kotak. Dalam 1 kotak ada tart berwarna warni dan rasa. 


Cookies & Cream Baked Cheese


Salted Caramel Baked Cheese Tart

Butterfly Pea Lemon Cheese Tart


Chocolate Baked Cheese Tart


 
Original Baked Cheese Tart


Semua sedap, puas makan. Paling suka perisa chocolate, kekacang ranggup bila di gigit, salted caramel dan butterfly pea tu ialah perisa bunga telang bersama taburan kepala parut. Jangan ingat untuk nasi kerabu saja, sekarang macam-macam dah bunga tu bertukar dalam masakan.


1 Dec 2021

Saliva Test

Assalamualaikum Readers


Pejam celik dah sebulan bekerja di kilang kejuruteraan mekanikal. Jawatan apa biarlah family saja yang tahu. Alhamdulillah seronok bekerja hari-hari ada saja benda nak gelak ketawa. Setiap 2 minggu sekali wajib buat saliva test.


Dari tak tahu sampai pro




Supervisor memerangkap kawan sekolah menengah akan remind buat test sebelum breakfast. Alhamdulillah result negatif. Risau kalau ada rakan sekerja yang tak sihat contoh simptom batuk dan selsema.


Purchase stok material

Jadi QC ni kena check barang-barang elok ke tak


Demi mencari sesuap nasi. Kalau beli di farmasi mahal, nasib free. Boss beli berkotak-kotak. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com