5 Jul 2025

Makanan Halal Di Central Hatyai

Assalammualaikum readers


Makanan Halal Di Central Hatyai | Pengalaman cari makanan halal di 3 negara ini iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam agak mengelirukan, confuse sebab non muslim pakai tudung/hijab 😂 Jadi kena berdiri lama di depan kiosk, restoran atau kedai tepi jalan, tengok ada tatu atau tidak, anjing ataupun apa-apa yang tidak related dengan Islam.



Wajib beli sebab sedap dan fresh, simpan dalam fridge pun masih sedap

Wajib singgah sini beli daging dan nasi putih


Entah kali ke berapa repeat


Salah satunya yang perlu ada perasaan was-was tentang peniaga di dalam Central mall ini, ada yang tidak tahu berbahasa Melayu, pakai hijab tapi nampak rambut, kuku panjang, tatu itu terus reject 🙅❌ Nina juga tidak masuk ke KFC dan McDonalds. Lebih info boleh refer tips-tips cari makanan halal Hatyai di Tiktok.


Ada di Penang tapi tiba-tiba ter-order


Wajib beli air longan

Fresh

Wajib beli buah di sini buat kunyah-kunyah dalam kereta

Menu yang sama, tempat makan yang sama. Kerabu maggi, order di sebelah kiosk buah-buahan tadi. Mereka berjiran

Makan di sini, tahun lepas di dalam masih ada meja untuk makan, mungkin crowded atau rakyat Malaysia pengotor, lepas makan sampah tak buang, kesemua meja sudah tiada.

Kawan belanja. Terima kasih Ika


Belok kiri masuk parking, sebelum masuk akan ada pemeriksaan check bonet


Jadikan makanan yang ada dalam entri ini, menu yang sama dari kiosk yang sama, peniaga pun muka yang sama sebabnya tiap kali beli mesti record 😆 Tak berapa suka pi Khlong Hae Floating Market sebab tengok peniaga lagi pengotor, masak kuali tidak basuh/basuh guna air sungai. Boleh kena food poisoning.


Banyak spesis, ambil letak balik, jalan sana sini, sanggup tengok makeup berjam-jam, kesian suami dan anak, kena tunggu sambil duduk di lantai. Dah macam gelandangan

Terpaksa lah sound sebab Nina tak suka shopping makeup dalam keadaan crowded, confirm salah beli shades

Brand local Thailand tapi semua shades hanya available di Bangkok sahaja. Gigih cari dalam website Watson's 

2 barang saja tapi waste time almost 30 minutes

RM 42.83, worth it ke tak? Macam mahal untuk barang local

Paling mudah bawa budak ni. Belikan aiskrim saja mood baik sampai border


Selain makan, dalam mall ini boleh shopping, paling ramai shopping makeup. Nina masuk sekali hanya beli makeup adik ipar itu pun crowded dengan rakyat Mesia. Tahu kenapa crowded?? Banyak yang jadi patung, berdiri tapi tak beli, terpaksa sound 😂 Tak berapa best shopping sebab duit Ringgit jatuh, currency Bath lagi tinggi. Harap tips cari makanana halal ni membantu.

27 Jun 2025

Makan Di Kaitod Decha (Bangloh), Hatyai

Assalammualaikum readers


Makan Di Kaitod Decha (Bangloh), Hatyai | Makan malam di Kaitod Decha, ada tiga branch tapi setiap kedai service dan layanan lain-lain. Yang Nina makan ini, macam susah sikit nak dapat parking, lokasi betul-betul tepi jalan utama. Masa sampai agak crowded dengan orang Malaysia.


Iced Pulled Milk Tea - 35 Bath (teh ais pekat, sedap)

Spicy Squid with Salad - 329 Bath

Stir Fried Beef with Kale & Oyster Sauce - 129 Bath 


Hubby tengok harga, agak mahal sikit dari restoran yang lain mungkin sebab ada nama atau branding. Nak cepat dapat makanan, kami hanya order 2 menu saja untuk lapik perut, habis makan terus gerak balik hotel. 


Sebelum naik bilik, jalan-jalan dulu cari aiskrim

Duit baru, sayang nak guna tapi inilah duit yang melayang di Kaitod Decha

Gambar restoran, ambil di FB

Gambar FB

Kalau lepas convert harga makanan untuk 3 orang bawah RM 50 rasa masih berbaloi, kalau lebih tu agak mahal sebab menu yang dipilih 2 nasi putih + 2 lauk + 2 air total semua convert Ringgit dalam RM 70++. Gilak!! Nasi shared dengan Harraz. Salah kami juga tak survey harga dulu sebab letih nak cari restoran lain.


Siapa yang order seafood akan kena sembelih. Haha.. 1st and last makan sini. Viral dalam tiktok tapi mahal, baik cari restoran lain. Tak recommended 👎 Kalau di Malaysia dapat set ikan lagi. Tak percaya? Boleh tengok senarai menu dan harga di google. 

24 Jun 2025

Marita Dim Sum Halal Hatyai

Assalammualaikum readers


Marita Dim Sum Halal Hatyai | Dim Sum Halal Sedap Di Hatyai | Kalau boleh nak clearkan gallery phone yang penuh dengan gambar makanan tapi kemalasan bab nak edit tu. Kisah sedih nak try Dimsum Chabura tapi 2 kali, kami pi sentiasa tutup. Hubby baca review dia kata kurang sedap.


Tom Yam Kung, Telur Dadar & Nasi

Aroi! (Sedap), puas hati udang besar

Milo + Thai Tea


Sooo balik dari Pantai Samila, sampai Marita Dimsum ni lebih kurang 8.30 malam, menu pun banyak dah habis, kedai pun dah kurang orang. Order untuk alas perut kami 3 beranak, hubby cakap esok pagi kita breakfast di sini. Alang-alang dia sebagai driver memerangkap biro cari makan ikutkan saja. Mood nak cepat-cepat checked in hotel, nak tidur.



9.28 pagi, kami check out dari hotel terus tuju ke Marita, perjalanan 30 minit juga, masa sampai tak ramai orang lagi tapi polis Thai sedia menunggu di depan restoran, dia tolong hubby parking depan pintu masuk. Service tiptop. Dari segi harga, mungkin akan berubah-ubah ikut currency semasa. Untuk 1 pinggan dimsum harga hanya 25 bathBoleh bayar cash, QR atau kad kredit.



Green Tea, Fried Gyoza, Alaska Crab Stick Dim Sum

Shrimp Dumpling

Salted Egg Bun - recommended 


Rambang mata tengok pelbagai jenis dimsum dan nugget, sosej yang disusun dalam peti, pilih saja nak makan apa, nanti staf akan tolong panaskan dan goreng. Bonus datang awal tak perlu berebut sebab yang bikin ramai tu orang Malaysia juga. Macam dapat makan free saja. Next time datang Hatyai masukkan Marita Dimsum dalam list. Waze saja confirm jumpa.

17 Jun 2025

Main Layang-Layang Di Pantai Samila, Songkhla

Assalammualaikum readers


Main Layang-Layang Di Pantai Samila, Songkhla | Habis naik atv di Chang Puak Camp terus drive ke Samila Beach. Tempat wajib kalau ke Hatyai mesti ke Songkhla. Perjalanan lebih kurang 1 jam. Itu pun tiap kali datang Songkhla tak cukup masa nak terjah old town di sana sebab banyak street art macam di Penang!



Macam Jeepney di Filipina



Pantai Samila berhubung dengan pantai Chalatat. Kedua-dua pantai bersih tetapi setiap kali datang Nina tak pernah nampak orang mandi, berenang atau surfing. Tiada aktiviti jet ski macam di Batu Feringghi. Mungkin kerana lautan yang luas, angin yang kuat menjadi faktor utama, setiap pantai ada bendera merah.





Pantai Samila terkenal kerana pasir putihnya yang lembut, air laut yang jernih dan pemandangan yang indah dan udara yang segar. Peniaga-peniaga di sini kurang fasih berbahasa melayu. Kalau musim air pasang besar dan tinggi, tiada pelancong selfie di patung duyung.


Patung duyung dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus menggunakan tembaga tapi lama kelamaan bertukar menjadi warna keemasan. Kisah seorang nelayan ternampak ikan duyung sedang sikat rambutnya dengan sikat emas. 



Sebelum balik, wajib beli aiskrim kelapa, nickname nama suami

The Central Mosque of Songkhla - Masjid Ini menjadi saksi rakyat-rakyat Malaysia yang bernikah bersama isteri ke 2


Berakhir sudah perjalanan ke Songkhla menaiki kereta. Ada rezeki dan masa nak bawa anak ke Zoo Songkhla pula. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com