Assalammualaikum readers
Main Layang-Layang Di Pantai Samila, Songkhla | Habis naik atv di Chang Puak Camp terus drive ke Samila Beach. Tempat wajib kalau ke Hatyai mesti ke Songkhla. Perjalanan lebih kurang 1 jam. Itu pun tiap kali datang Songkhla tak cukup masa nak terjah old town di sana sebab banyak street art macam di Penang!
![]() |
Macam Jeepney di Filipina |
Pantai Samila berhubung dengan pantai Chalatat. Kedua-dua pantai bersih tetapi setiap kali datang Nina tak pernah nampak orang mandi, berenang atau surfing. Tiada aktiviti jet ski macam di Batu Feringghi. Mungkin kerana lautan yang luas, angin yang kuat menjadi faktor utama, setiap pantai ada bendera merah.
Pantai Samila terkenal kerana pasir putihnya yang lembut, air laut yang jernih dan pemandangan yang indah dan udara yang segar. Peniaga-peniaga di sini kurang fasih berbahasa melayu. Kalau musim air pasang besar dan tinggi, tiada pelancong selfie di patung duyung.
Patung duyung dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus menggunakan tembaga tapi lama kelamaan bertukar menjadi warna keemasan. Kisah seorang nelayan ternampak ikan duyung sedang sikat rambutnya dengan sikat emas.
![]() |
Sebelum balik ke Hatyai, wajib beli aiskrim kelapa, nickname nama suami |
![]() |
The Central Mosque of Songkhla - Masjid Ini menjadi saksi rakyat-rakyat Malaysia yang bernikah bersama isteri ke 2 |
Berakhir sudah perjalanan ke Songkhla menaiki kereta. Ada rezeki dan masa nak bawa anak ke Zoo Songkhla pula.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.