21 Nov 2025

Aiskrim Matcha Ai-CHA Sedap!

Assalammualaikum readers


Aiskrim Matcha Ai-CHA Sedap! | Ini baru pertama kali cuba jenama aiskrim dari Indonesia! Macam yang Nina cakap, kalau kurang manis dan kurang rasa susu mesti suka. Ikut selera masing-masing, ada yang komen suka aiskrim yang kuat dengan rasa susu, baik makan aiskrim susu saja 😂😂 Terima kasih Nabila sebab belanja kami 3 beranak.


Salamat po, ate

Hanya RM 2, rasa seimbang antara pahit matcha asli dan manis lembut. Tekstur agak creamy dan lembut.


Outlet yang kami tuju mestilah Sungai Dua, depan USM. Balik dari sesi berenang Harraz, pekena aiskrim Matcha, masa taip ni craving juga lah. Sekarang musim hujan lagi syiok.


Nina cakap, mama suka bunga lily pink ni, dulu cari nak buat hand bouquet nikah tak ada stok lily pink 😅


Dah tak payah masuk mall, banyak pilihan makanan ada area USM ni, itu tak kira cafe-cafe dalam USM lagi, keluar masuk ikut gate Minden Height.


Di asaskan pada tahun 2019 oleh The Lie brothers. Jangan risau sudah dapat sijil halal, cuma dari Jakim masih belum nampak. Selalunya proses agak lama tapi disebabkan bisnes franchise memang berkembang dengan laju. Negara central Asia pun ada.

18 Nov 2025

US Pizza Sedap!

Assalammualaikum readers


US Pizza Sedap! | Kali ketiga order US Pizza sebab sedap dan lembut. Salah satunya dah stop makan brand yang lain demi saudaraku. Antara pizza brand local yang ramai orang ingat kepunyaan overseas. Nononononooooooo



"US" pada nama tu refer pada "us" (kita in Malay), kalau tukaq jadilah "Kita Pizza" 😂 Company under Muslim Bumiputera. Yang mana suka makan pizza tu jangan risau dah ada pilihan lain. Bulan lepas anak beranak craving pizza. Area rumah ni outlet paling dekat ialah Raja Uda tapi paling Nina suka outlet Greenlane.


US Favourite Beef Pizza

Chicken Classic Pizza dapat hangit!! Tukang masak ni masak sambil marah atau fikiran dah sampai rumah tapi badan di dapur


Malangnya, selepas beberapa minit order, dapat notification 'hujan lebat'. Ahhh sudah jangan tiba-tiba cancel order. Dah kebulur dan malas nak drive cari makan. Alhamdulillah dalam 35 minit tengok rider on the way, hati berbunga dah 🌸 


Dalam FP dah ada hujan walaupun area rumah masih belum hujan

Suka order guna FP, setiap kali nak bayar akan dapat diskaun yang sama


Ini baru 1st time dapat pizza hangit, kalau outlet Greenlane memang pizza tiptop! Husnuzon sudah. Yang belum cuba, boleh cuba tau gerenti tak menyesal.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com