30 Aug 2022

Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau

Assalamualaikum Readers


Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau | Unplanned trip ni selalu terjadi dalam family in-law. Tup tup sampai, orang kata know know arrived. Nina tak tau pulak marka (bf) cousin hubby dari Florida fly ke Malaysia so FIL bawa David jalan Taiping & Batu Kurau 2 hari lepas. Dia punya seronok main air sampai luka kaki, the next day jadi penunggu atas batu tengok orang mandi.


Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau


Arif Homestay ni dekat dengan 2 kawasan air terjun iaitu Sempeneh dan Ayer Itam. Dalam 30 minit perjalanan. Kalau ke Batu Kurau jangan lupa terjah 2 air terjun ni. We oulsss mandi puas-puas. Homestay ni ada 3 rumah teres, jadi kami book 2 rumah untuk 2 hari 1 malam. Harga tak pasti, fully sponsor. Yang pasti murah dari Chalet Latip


Tiada sofa untuk homestay Nina stay dengan hubby termasuk David. Ada 2 bilik. Sebuah lagi homestay yang in law stay lengkap dengan sofa

Untuk 2 homestay tiada water heater. Memang best sebab air kuat dan sejuk

Owner sangat peramah, semoga terus berjaya dan murah rezeki


Perisa strawberi dan keladi RM 5

Air terjun sempeneh

Kembali ke pangkal jalan. Sudah masuk tol jambatan ke 2


Kalau port makan, kami akan serbu selera makan area balai bomba Taiping. Wajib ke situ. Breakfast di sponsor cousin hubby yang stay di Batu Kurau. Tunggu la musim buah tahun depan, in shaa Allah akan ke sana lagi. Tak ada rezeki nak bawa Harraz masuk Night Safari sebab hujan lebat dari petang ke tengah malam. 


Kemudahan yang disediakan :


1. Dua bilik air

2. Aircond setiap bilik

3. Iron & Iron board

4. Sejadah

5. Hanger

6. Bantal lebih

7. Di homestay ada 2 pool

8. Kettle

9. Mug


25 Aug 2022

Frenche Roast Tiramisu Latte

Assalamualaikum readers


Frenche Roast Tiramisu Latte | Rasanya finally i found new coffee for my tekak dan mengubati rasa pening/sakit kepala bila stress di ofis. Perasan sejak minum dah tak sakit kepala dan seangkatan tapi risau jugak hari-hari minum kopi. Dah jadi ketagih dan bila bancuh bau aroma kopi dia tak tahan. Harga dalam RM 14.90


Frenche Roast Tiramisu Latte

Tak sampai 2 minggu dah habis 1 paket


Rasa kopinya lembut di lidah dan sedap. Rasanya sikit manis, tapi lemak sedap. Rasa kopi tak terlalu pekat dan kuat. Kurang caffeine kot. Cons kopi ni adalah, tak berjaya hilangkan mengantuk nina. Last-last kena spare jugak jajan. Mengunyah untuk hilang mengantuk. 


Brand ni keluaran Power Root


Tak sia-sia beli kopi ni untuk diminum di office, duit company haruslah survey dulu brand yang separa 'mahal'. Nanti nak cuba salted caramel pulak. Kopi ni boleh minum waktu petang atau malam la. Yeaayy


p/s : Alhamdulillah jimat duit dah lama tak minum Starbucks. Semoga Nina istiqhomah. 



24 Aug 2022

Jacob Baked Crisps Original

Assalamualaikum readers


Jacob Baked Crips Original | Edisi promote makanan yang ter-grap di 7E. Bila tak pi dengan mandor, boleh grap apa yang patut dicuba. Kalau tak sedap tolak tepi at least dah merasa dan boleh review dalam blog. 




Nina membesar dengan brand Jacob, dari biskut yang original sampai la bercream tapi mostly yang ada krim tu kurang makan. Bila keluarkan kerepek untuk kuruskan badan ni lagi lah suka. Rasa snek ni biasa saja, lebih suka sour cream & union. 


22 Aug 2022

Aiskrim Nestle Gold Cappuccino

Assalamualaikum Readers


Nestle Gold Cappuccino | Lama tuan blog tak bersiaran. Sejak berurusan dengan Intel, masa nak update blog di opis pun yeeelek. Aiskrim ni merata petrol pam ada. Nina dah makan dua kali dan rasanya cukup setakat itu.


Nestle Gold Cappuccino Ice Cream


Nestle gold cappuccino terasa aiskrim ini bau kopi walaupun tak kuat. Kalau nak makan aiskrim kopi betul, rasanya bancuh kopi dan bekukan 🤣🤣 Lapisan luar agak manis tapi di dalam terasa kopi yang mild. Kena cuba baru tahu apa yang Nina cuba nak sampaikan. 





Aiskrim ni banyak stok di Petronas. Kalau balik kerja singgah isi minyak pi la jeling-jeling dalam tong aiskrim, jangan jeling cashier. Haha


18 Aug 2022

Mafia Kunafa Viral Di Chulia Court, Penang

Assalamualaikum Readers


Mafia Kunafa Viral Di Chulia Court, Penang | Bukan makan di restoran Halab tapi sebaris dengannya. Owner kunafa ni nama Shaniena (fames di Tik Tok). Gadis siam Kedah yang dah bermastautin di Penang. Nina pernah jumpa 2 kali tapi segan nak tegur. Usia tak sampai 20 tahun dah berjaya dalam business.


Mafia Kunafa Viral Di Chulia Court, Penang


Nampak kami laki bini mudah terpengaruh dengan benda viral tapi kunafa ni sebab hubby tak pernah makan masa pi Istanbul. Balik kerja terus drive beli tak ramai orang macam waktu malam atau weekend.



Apa itu kunafa atau kanafeh (baca sini).  Sejenis dessert dari Timur Tengah. Dilapisi gula, keju dan ditabur dengan kacang pistachio yang dihancurkan. Sedap dimakan panas-panas. Kalau sejuk dah tak rasa keju.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com