18 Jun 2025

Ejen Ali The Movie 2

Assalammualaikum readers


Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria | Kali kedua Nina dan hubby bawa Harraz tengok wayang dan berjaya tengok hingga habis. Sambungan dari sekuel kedua selepas filem Ejen Ali The Movie pada tahun 2019.



24 Mei (sabtu) macam biasa di TGV Cinema, 1st Avenue Mall. Parking mudah untuk late nite show.


Sinopsis :


Ali diberi mandat penting untuk mengetuai sebuah teknologi rahsia yang dikenali sebagai Projek Satria - program elit yang menggunakan sut berteknologi tinggi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Ia bertujuan melatih generasi baharu ejen M.A.T.A yang mampu menguasai 4 kemahiran utama organisasi : Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.



Namun, Misi tersebut menjadi kompleks apabila muncul Rizwan, bekas Ejen M.A.T.A bersama dua penjahat, Dos dan Trez, yang dahulu berkhidmat di bawah Uno. Rizwan yang pernah menjadi penyokong setia Ali, nampak seolah-olah mempunyai agenda tersendiri. Dia juga memohon bantuan Ali untuk menjejak dalang sebenar di sebalik siri ancaman yang menggugat keselamatan Cyberaya.




Alicia sebagai seorang Ejen M.A.T.A telah diberi peranan baru sebagai pemakaian IRIS yang sebelum ini digunakan Ali. Pada masa yang sama, Neonimus seorang penggodam misteri yang menyimpan dendam pada Ali, muncul kembali. Niat sebenar disebalik tindakannya mencetuskan kekacauan menjadi tanda tanya.



Bagi mengukuhkan pertahanan Cyberaya, agensi rahsia M.A.T.A memperkenalkan barisan Ketua Teras baharu iaitu Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), disokong oleh pemimpin berpengalaman seperti Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Perubahan ini membuka peluang untuk Neonimus mengambil kesempatan menyerang kota futuristik ini.

_____________________________


Tahniah kepada WAU Animation kerana menghasilkan animasi dari rambut ke bulu roma, setiap watak nampak sempurna. Pergerakan natural, ekspresi wajah realistik dan aksi yang macam ada dalam game. Filem ini menggunakan gabungan teknologi real-time rendering dan kecerdasan buatan untuk mempercepat dan memperkemaskan proses animasi. 


Adegan pertarungan kali ini lain, setiap pergerakan ada strategi dan emosi. Perlawanan dalam mode override antara Ali dan Alicia antara scene yang menarik. Scene penutup amat memuaskan dan ada sekuel ketiga kerana hint yang jelas Neonimus bakal datang dengan masalah yang lebih besar.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

4 Aug 2023

Review Filem Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One (2023) | Pejam celik pejam celik rupanya ini filem ketujuh dalam siri MI dan filem yang sempat tengok pada bulan lepas sebab aksi Tom Cruise berjaya dilakukan tak seperti filem Fast & Furious yang kadang kala tak masuk akal.



Terima kasih hubby belanja tengok wayang. Tiket Beanie harga mahal sikit


Dalam Dead Reckoning Part One, Ethan Hunt perlu melawan penjahat yang mengancam dunia. Kali ini, Ethan Hunt perlu melawan dengan satu senjata yang digelar sebagai 'Entiti' yang mampu untuk menembusi semua sistem keselamatan dan talian telekomunikasi dunia. 




Di sebalik Entiti pula, terdapat individu bernama Gabriel yang punya sejarah silam yang panjang dengan Ethan Hunt, sebelum direkrut oleh IMF lagi. Seperti yang dijangka, sekali lagi Ethan (dan IMF) telah diperangkap. Mereka terpaksa bergerak secara analog dan offline, untuk menghentikan ancaman berupa sebuah kepintaran buatan (AI). Ethan perlu mencari kunci, yang menjadi rebutan dunia. Hanya dengan kunci itu dapat menembusi Entiti.


Memang layan habis bila tengok scene babak keretapi ni sebab scenery cantik!


Dalam filem ini, Ethan perlu korbankan orang yang dia sayang. Bersama dengan pasukan IMF lain iaitu Benji Dunn dan Luther Stickell, pengembaraan Ethan kali ini penuh dengan aksi tanpa henti. Walaupun filem ini berdurasi 2 jam 43 minit tapi berbaloi untuk ditonton.


🌟🌟🌟🌟/5*

9 Jun 2023

Review Filem Fast X (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Fast X (2023) | Bagi peminat FF macam kami laki bini ni memang tertunggu-tunggu filem ni akhirnya ditayangkan. 3 Jun lepas dapat dating berdua di TGV. Harga couple seat dengan popcorn + air hangus RM 60. Memang mahal. Filem ini rentetan daripada Fast & Furious 5. Akan ada flashback untuk filem ini. Penonton akan ingat semula. 



1st Avenue Mall


Seperti biasa, kalau tengok filem F&F ini, tolong letak tepi logik akal. Ada aksi pertempuran dalam rumah, tembak, letupan, bunuh dan sebagainya. Akhir sekali, Dante letupkan empangan pula. Lebih logik sikit berbanding terbang kereta sampai angkasa lepas macam dalam F&F 9 sebelum ini. Sebelum ini Jason Momoa terkenal dengan watak Aquaman. Untuk Fast X dia datang dengan watak ganas psycho lagi kejam.




SINOPSIS FILEM FAST X


Filem kesepuluh dalam siri Fast & Furious (Fast 10) dan kali ini lebih mengfokuskan watak Dominic Toretto atau Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante.




Masih ingatkan kegilaan Dom dan Brian, melarikan peti besi di Rio de Janeiro, Brazil sambil dikejar puluhan kereta polis? Dante ini anak kepada ketua kartel yang dibunuh, Hernan Reyes. Oleh itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya (keluarga termasak rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengan Dom) termasuk anaknya, Little B.


Litte B dah berumur 8 tahun

Dante mengebom Vatican City

Letty & Cipher di tangkap Agency


Walaupun Dante merupakan bekas pesakit Tanjung Rambutan, dia bijak dan mengkaji setiap gerak-geri Dom dan sekutunya, dan sengaja membiarkan Cipher bersusah payah mencipta teknologi baru demi menumpaskan Dom. Dia telah memasang perangkap bagi menjauhkan setiap daripada krew Dom supaya lebih mudah untuk membunuhnya. Dalam masa yang sama mencari Little B untuk dijadikan tebusan.



Uncle Jacob mati ke? Sebab tak nampak kubur

Anak perempuan Mr. Nobody pun jadi mangsa



Lastly, penutup filem ini kembalinya teman wanita Gisele Yashar (Gal Gadot) yang mati ketika jatuh dari kapal terbang dalam F&F 6 dan Luke Hobbs dalam mode tanda tanya


🌟🌟🌟🌟/5*


22 Jun 2022

Review Filem : Uncharted (2022)

Assalamualaikum Readers


Review Filem : Uncharted (2022) | Filem Uncharted Adaptasi Dari Game Di PlayStation | Filem kedua Nina tengok bagi tahun 2022. Setiap kali ada peluang bila anak toknya bawa keluar. Kami akan grab 'us time'. Lama tak dating berdua, kalau ada anak tak gamak nak tinggal. Patut hubby nak sangat tengok filem ni rupanya adaptasi dari game.



Bagi gamers PlayStation, Uncharted salah satu game yang telah terjual lebih 41 juta unit sejak tahun 2017 lagi. Kami decide tengok di Gurney Plaza hujung bulan 3 lepas. Baru ada masa nak review. Kalau pi hari ahad, kena naik moto kalau tak hadap lah jammed.


SINOPSIS :


Uncharted mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Nathan Drake dari seorang bartender menjadi pencari harta karun yang perlu mengembara untuk mencari harta misteri di seluruh dunia dalam masa yang sama sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.




Street-smart Nathan telah direkrut oleh Victor Sullivan, iaitu "otai" dalam dunia pencarian harta karun. Victor merupakan sahabat baik kepada abang Nathan iaitu Samuel Drake. 




Misi mereka adalah untuk mendapatkan semula kekayaan yang dikumpul oleh Ferdinand Magellan (penjelajah Portugis) yang telah disembunyikan lebih 500 tahun lalu di House of Moncada. Dalam masa yang sama, menjadi pencarian Santiago Moncada (Antonio Banderas) dan kuncu-kuncunya. 


Sangat jahat dan liat nyawa nak mati
Nathan berjaya merungkai kod di setiap poskad kiriman abangnya


Penceritaan filem ni sangat mudah difahami tanpa perlu tahu gamenya. Menarik filem ni ada banyak aksi serta 'puzzle' untuk dirungkaikan. Bukan itu saja, view laut yang cantik dan bangunan-bangunan lama yang masih utuh. Lokasi shooting sekitar Barcelona, Girona, Valencia, Berlin dan scene jumpa 2 kapal tu di Lloret del Mar sepatutnya shotting di Khao Phing Kan, Phuket tapi disebabkan pandemic tak dapat. 


Siapa suka filem aksi, wajib tengok. Nina bagi 🌟🌟🌟🌟

30 May 2022

Review Filem : The King's Man (2022)

 Assalamualaikum Readers


Review Filem : The King's Man (2022) | Kisah Asal Usul Agensi Kingsman | Filem pertama bagi tahun 2022 pi tengok dengan hubby sebab Harraz diculik. Ada la 'dating time' berdua lepas balik kerja 8 Jan lepas. Haaa, lama dah tapi baru ada masa nak update dalam blog. Busy dengan kerja, tak sempat nak tengok blog.




Kami decide nak tengok di 1st Avenue Mall, mall lain memang penuh la bila weekends. Harga tiket boleh tahan RM 42 untuk 2 orang tak termasuk popcorn+coke. The King's Man merupakan filem ke 3 dan last tengok sebelum pandemik. Lama jugak tu nak tunggu filem ke 3 ni.




SINOPSIS :


The King's Man mengisahkan Duke of Oxford, ahli Red Cross yang ingin mengubah dunia berdasarkan kepercayaan "pacifist" beliau. Semasa satu misi bantuan ke Afrika Selatan di dalam peperangan Boer, beliau telah kehilangan isteri dan sebelum meninggal isterinya meminta berjanji untuk tidak mendedahkan anak mereka, Conrad kepada peperangan atau situasi bahaya.






12 tahun kemudian, dunia semakin kacau dan bakal berlaku perang dunia pertama. Conrad mencapai umur dewasa dan sukar Duke nak melindungi anaknya dari kejahatan dunia. Apa berlaku bila Conrad mati dalam peperangan, dan Duke bersama pekerjanya yang setia terpaksa menyelamatkan dunia. Filem yang menarik untuk ditonton. Kena tengok sebab dalam filem ni kita akan tahu serba sedikit tentang sejarah dunia.


Watak Rasputin ni macam tok bomoh


Dia tak suka perempuan, dia gay sebenarnya

Conrad ni mati sia-sia, pengajarannya tolong dengar nasihat ibu bapa



Filem ini dilhamkan dari watak-watak dan kejadian sebenar yang berlaku pada perang dunia pertama tapi bukan mengikut 100% fakta sejarah. Contohnya sejarah Rasputin serta raja-raja British, Jerman dan Russia yang sebenarnya merupakan sepupu. Sedikit sebanyak boleh menilai yang mana fakta sejarah dan bukan. 



Polly ni banyak nasihat dan bagi semangat pada Duke lepas kematian Conrad


Part paling tak suka bila nyawa Rasputin liat nak mati. Bermacam cara King's Man buat untuk matikan musuh dan cara dia konon nak sembuhkan kaki Duke. Haha.. Ada part geli, kelakar dalam filem ni. Boleh cari dan tengok di Netflix. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com