20 Apr 2016

Makanan Basi Di Secret Recipe

Salam Readers..


Makanan Basi Di Secret Recipe? Eh jap resto ni di Penang bukan di KL. Balik dari tengok Huntsman haruslah ternak lemak. First time dalam hidup dihidangkan dengan makanan basi di restoran yang agak famous. Siapa tak kenal Secret Recipe (SR). Kalau dengar mesti orang terbayangkan kek-kek yang sedap tu. Mak rasa nak marah tapi tak tunjuk muka marah, mak rasa nak complain tapi sampai kaunter tak complain. Alhamdulillah, boleh sabar lagi. Tiada adegan cucuk chicken chop tu dengan garfu sambil buat perangai annoying. Hee..


Ayam kenapa engko basi haa? Den lapor ni


Sejak kes Secret Recipe dikatakan tak HALAL toyyiban tu, makin teruk pula service, ke SR branch sini je yang problem. Hurm itu kena selidik nanti. Apapun, geram jugak lah sebab orang tengah lapar dan serve makanan teruk, dari bau dah boleh tahu. Harga boleh tahan mahal, rasa tak berbaloi nak bayar sebab tak makan langsung kecuali minum air. Salad pun dah layu di tasik madu. Restoran ni masuk rejected list dah. Goodbye !


MENU :

1 Crispy Chic Salad - RM 16
1 Mushroom Chicken - RM 18
1 Iced Lemon Tea - RM 6.80
1 Strawberry Orange Splash - RM 8.80

SUBTOTAL (inc tax) - RM 46.79
GST 6% - RM 2.81

TOTAL = RM 49.60
*tak berbaloi nasib kawan tolong bayarkan. 
 

13 comments:

  1. eh, sis, kenapa tak komplen? sayangnya...maybe boleh dapat menu baru sis. saya ingat lagi masa minum dalam kedai airport Changi singapore, air minuman saya ada lalat, makcik kwn saya terus buat aduan kat kaunter. terus dia tukar baru dan tak kena cas pun...masa tu saya makan dengan makcik kawan saya (penduduk tetap) singapura. makcik tu ckp, orang singapore sangat alert dengan hak2 pengguna...pekedai2 sana mmg takut kalau kena komplen

    ReplyDelete
  2. Dahsyat ah. Tak complain ke? Hak pelanggan kot. Kita bayar. >,<

    ReplyDelete
  3. Kenapa x komplen?? Bahaya tuh..
    Ish.. X kanlah xtahu makanan tuh dah basi..

    ReplyDelete
  4. Jarang kedai2 macam nie hidang benda yang basi sama macam jarang jarang lan update blog...hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Ayam basi? Bahayanya!

    Hai, Nina. Akak baru baja reply Nina kat IG. Tu yang datang menyinggah :)

    ReplyDelete
  6. kenapa tak complaint jer nina.. agak2 la bagi lauk basi..aduhaiii

    ReplyDelete
  7. bismillah. Allahu. tumpang sedih atas kejadian ni :(

    ReplyDelete
  8. alahaiii nape x komplen je..sedap2 je depa bg yg basi tu
    ini tidak adil tuk kita sebagai pelanggan yang bayar ok
    lenkali sila komplen adik yang saborin haha

    ReplyDelete
  9. erkkk kenapa tak komplen???!!! alhamdulilah tak pernah lagi kena kes terus cenggini

    ReplyDelete
  10. Nampak ayam tak terliur pun pelik jah tengok ayam tu

    ReplyDelete
  11. Hi there, I enjoy reading all of your article. I wanted to
    write a little comment to support you.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com