23 Dec 2018

Review Filem : Aquaman

 Assalamualaikum


Filem Aquaman yang ditunggu-tunggu, akhir keluar juga.  Filem terbaru dari superhero DC. Pastinya buat mereka yang mengikuti perkembangan superhero Justice League akan puas hati apabila selesai menonton filem ni. Boleh dikatakan filem Aquaman adalah filem terbaik keluaran DC, lebih baik dari Superman dan Justice League atau Wonder Women.


Jika nak dibandingkan filem Aquaman ini setaraf atau lebih baik dari siri Marvel Thor, dari segi GCI lebih hebat dari Asgard.



Sinopsis Aquaman :


Mengisahkan mengenai raja yang berdarah separa manusia dan Atlantis, Arthur Curry (Jason Momoa) yang meningkat dewasa dan kebolehannya tersendiri. Dunia Atlantis yang diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dari Bumi menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berperang antara sama sendiri. 


Kebolehan Arthur bercakap dengan ikan-ikan


Khuatir akan peperangan tersebut akan menghancurkan dunia, Mera (Amber Heard), seorang puteri raja dari Atlantis telah bertemu dengan Arthur untuk kembali menuntut takhtanya sekali gus menyelamatkan dunia dari peperangan.


Mera makan bunga ros. Scene kalakar pun ada

Laki tak guna, apa dia buat pada mother Arthur

Abang tiri Arthur

Perebutan kuasa untuk menjadi 'King of the Ocean' antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan. 


Atlantis sama hebat macam Asgard?

Perang di Atlantis


Aquaman memang agak pelik di imaginasi. Kisah Atlantis dan juga  manusia bercakap dalam air. Tentang adik beradik tiri. Filem arahan James Wan tidak pernah mengecewakan. Kebolehannya mengarah Fast & Furious 7 dan kini filem superhero.



Berjayakan Arthur menyelamatkan ibunya dan Atlantis, apa yang terjadi pada ibunya selepas kembali ke Atlantis, sama-sama saksikan.


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com