31 December 2018

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Assalamualaikum Readers
 
 
 
Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Hai, tak sabar nak skincare review kali ini. Nina susah nak share review tentang skincare kecuali Nina gunakan produk tu. Pencuci muka yang tengah Nina gunakan sekarang ialah ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dari brand Hansaegee Nature. Ini brand dari Korea dan Nina juga salah seorang membership, dulu selalu beli barang make up. Bahan-bahan yang digunakan untuk produk ini semestinya 100% berkualiti dan dari bahan semulajadi. Pencuci dari brand Hansaegee Nature amat sesuai untuk semua jenis kulit.
 
 
 

 
 
 
Bila kulit muka kita ada masalah macam jerawat dan kulit muka berminyak, tak boleh simply main pakai sebarangan produk pencuci muka sebab kadangkala bahan-bahan dari produk itu tak sesuai dengan kulit kita, malah akan membuatkan kulit muka menjadi semakin teruk. Sebelum Nina gunakan sebarang skincare, firstly mesti baca dahulu ingredients produk.
 
 
 



 
 
Pencuci muka ini mengandungi bahan tea tree oil yang membantu masalah kulit berjerawat. Bahan lain seperti aloe vera, lavender dan lain-lain yang dapat membantu mengawal minyak di muka, membersihkan liang pori yang tersumbat, melembap dan melembutkan kulit muka. Mula-mula risau juga nak bertukar pencuci muka tapi bila first time pakai wah terus fall in love. Dari dulu lagi, daun lidah buaya dan tea tree oil banyak digunakan dalam produk kecantikan dan tak dinafikan kedua-duanya perfect combination.
 
 
 
 
 
 
Tea tree leaf oil bertindak merawat masalah kulit berminyak, mengurangkan infeksi kulit dan melicinkan kulit. Sangat sesuai untuk kulit muka berjerawat, tak menghakis kulit muka dan membuatkan kulit menjadi kemerah-merahan sekaligus merosakkan kulit. Selain dari dua bahan utama itu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni turut mengandungi Salvia Officinalis (Sage), Leaf Extract, Lavandula Augustifolia (Lavender) Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract dan Jasminum Officinale (Jasmine) Extract.
 
 


 
 
Apa yang best produk ni? Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan yang basah. Bila muka basah, lebih banyak buih-buih yang terhasil. Best pakai, lepas cuci muka terasa segar dan lembab. Tidak mengeringkan kulit sama sekali.
 
 
Kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
 
  • Membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kulit.
  • Membantu mengatasi masalah jerawat di muka.
  • Mengeluarkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit.
  • Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit berminyak, kulit kering dan kulit combination
  • Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
  • Mengawal minyak
  • Jenis texture : Foam
  • Harga RM 65.00 (150ml)
 
 

 
 
 
Cara penggunaan
 
  • Basahkan muka dan tapak tangan.
  • Picit cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih.
  • Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
  • Buih akan menjadi semakin banyak pada kulit yang basah.
  • Bilas wajah.
 
 
Sudah seminggu Nina pakai produk ini, tak ada lagi masalah lain. Ok saja. Ada sesetengah produk kalau tak sesuai terus kulit muka reject (jadi gatal). Paling best lepas cuci kulit terasa smooth dan kesan minyak berlebihan kurang sedikit. Teksturnya sangat ringan pada kulit.
 
 
 

 
 
Kepada yang tengah cari skincare dari bahan-bahan semulajadi, boleh try produk Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sekali guna dah jatuh hati.
 
 

 
 
 
 
 
 
 


11 comments:

  1. the only bubble cleanser i pernah try is from yadah. tapi rasa tak puas sebab bubble kot. rasa too gentle but of course it's my preference only

    ReplyDelete
  2. the only bubble cleanser i pernah try is from yadah. tapi rasa tak puas sebab bubble kot. rasa too gentle but of course it's my preference only

    ReplyDelete
  3. product berasaskan aloe memang bagus. soothing kulit =D

    ReplyDelete
  4. singgah n folow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. produk korea pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  6. yuuuuhuu !!
    psssst !! ada sesuatu untuk akak disini. cepat cepat !!
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2019/01/top-commentators-2018-blog-siti-yang.html

    ReplyDelete
  7. First time tahu diaroang ada bubble cleanser. Sebelum ni, ramai orang update satu cream diaorang je.

    ReplyDelete
  8. hellooo makcik !! bila nak kasi details ni hahaha..
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2019/01/top-commentators-2018-blog-siti-yang.html

    ReplyDelete
  9. mcm tau2 je pencuci muka sy dah habis yaaa ;-)

    ReplyDelete
  10. Wah.. semulajadi.. Menarik.. Ada aloe lagi..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com