13 Dec 2018

Kiehls Clearly Corrective Brightening And Soothing Treatment Water

Assalamualaikum Readers


Kiehl's Clearly Corrective Brightening & Soothing Treatment Water | Panjangnya nama treatment water ni. Hahaha.. Ok ni produk ke 4 dari Kiehl's yang Nina pakai. Ada duit lebih beli 2 produk sekali gus termasuk pelembab. Lama tak share skincare, asyik peram dalam draft. Hehe.. Dah nama treatment water, jadi kerjanya merawat kulit muka. Nina ada kawasan gelap area mulut. Nina beli dari 29 Julai dan menjadi ahli Kiehl’s sampai sekarang baru setengah botol, pakai waktu malam saja.


Kiehl's Clearly Corrective Brightening & Soothing Treatment Water


Tak dinafikan produk Kiehl's ni amatlah mahal dan harga murah untuk botol size kecil. Nina pun bukan orang 'have have'. Cuma dah berdukacita dengan produk di drug store, banyak yang tak sesuai, bila pakai muka merah, gatal-gatal. Bila dah jumpa solution haruslah melabur sikit. Apa yang best produk ni. Sales advisor pun ada bagi tahu produk ni hanya memutihkan kulit muka saja, jadi yang nak putih dan nampak glowing tu boleh la dapatkan sample percuma.


Putih-putih melati

Kalau rajin baca boleh baca

Sebelum guna kena shake dulu ya



Apa yang best Kiehl's Clearly Corrective Brightening ni :

  • Bahan utamanya Liquorice Root, dikenali sebagai bahan pelembap dan mengandungi Vitamin C yang dapat meredakan keradangan kulit.
  • Sebelum guna kena shake dulu. Paling nina suka sebab ada shining dalam botol ni.
  • Produk ni non-sticky dan mudah pakai dan cepat serap.
  • Alcohol free
  • Harga 200ml - RM 173.30
  • Membuatkan parut-parut dan warna kulit tak sekata pudar sedikit demi sedikit.
  • Mencerahkan kulit with a subtle glow. Memang best!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh tahan selama 12 bulan selepas dibuka dengan hanya 3 titik setiap penggunaan. Sangat jimat. Beli produk mahal kena pakai sikit-sikit. Haha
  • Lepas sapu dimuka, kulit nampak glowing dan rasa tak nak pakai make up.
  • Cara guna dengan drop ke kapas dan lap dimuka tapi Nina pakai terus ke muka rasa feel dia lain macam.
  • Produk Kiehl's ni ambil masa yang lama untuk nampak resultnya, kena sabar berbulan-bulan. Yelah muka dah memang tak pololes mesti makan masa nak nampak elok kulit tu.
  • Bila pakai sebelum tidur, bangun esok pagi masih rasa kulit muka lembab.
 

7 comments:

  1. bestnya sebab alcohol free.. Biar lambat kesannya dari yang mendadak..

    ReplyDelete
  2. brg mahal mmg gitu... kalu murah tu hahh produk sampah yg 1/2 jam dah putih tu hehehe

    ReplyDelete
  3. kawan mek pun pakai yang ni. memang agak bagus untuk kulit dia. tapi sies memang mahal ! lebih mahal daripada kluaran korea.

    ReplyDelete
  4. Teringin nak try product kiehl's tapi mahal sangat :')

    ReplyDelete
  5. Alah apa salahnya muka sendiri Nina....hihi... duit pun duit sendiri kann hihi...
    Mahal sikit tak pe, janji sesuai dengan kulit muka kita

    ReplyDelete
  6. mahal tapi berbaloi takpe Nieyl..

    ReplyDelete
  7. uuish ok sangat tu Nina sebab pakai berbulan2.. invest mahai tu sekali time beli ja.. lepas tu bulan2 xyah fikir..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com