9 Jun 2023

Review Filem Fast X (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Fast X (2023) | Bagi peminat FF macam kami laki bini ni memang tertunggu-tunggu filem ni akhirnya ditayangkan. 3 Jun lepas dapat dating berdua di TGV. Harga couple seat dengan popcorn + air hangus RM 60. Memang mahal. Filem ini rentetan daripada Fast & Furious 5. Akan ada flashback untuk filem ini. Penonton akan ingat semula. 



1st Avenue Mall


Seperti biasa, kalau tengok filem F&F ini, tolong letak tepi logik akal. Ada aksi pertempuran dalam rumah, tembak, letupan, bunuh dan sebagainya. Akhir sekali, Dante letupkan empangan pula. Lebih logik sikit berbanding terbang kereta sampai angkasa lepas macam dalam F&F 9 sebelum ini. Sebelum ini Jason Momoa terkenal dengan watak Aquaman. Untuk Fast X dia datang dengan watak ganas psycho lagi kejam.




SINOPSIS FILEM FAST X


Filem kesepuluh dalam siri Fast & Furious (Fast 10) dan kali ini lebih mengfokuskan watak Dominic Toretto atau Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante.




Masih ingatkan kegilaan Dom dan Brian, melarikan peti besi di Rio de Janeiro, Brazil sambil dikejar puluhan kereta polis? Dante ini anak kepada ketua kartel yang dibunuh, Hernan Reyes. Oleh itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya (keluarga termasak rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengan Dom) termasuk anaknya, Little B.


Litte B dah berumur 8 tahun

Dante mengebom Vatican City

Letty & Cipher di tangkap Agency


Walaupun Dante merupakan bekas pesakit Tanjung Rambutan, dia bijak dan mengkaji setiap gerak-geri Dom dan sekutunya, dan sengaja membiarkan Cipher bersusah payah mencipta teknologi baru demi menumpaskan Dom. Dia telah memasang perangkap bagi menjauhkan setiap daripada krew Dom supaya lebih mudah untuk membunuhnya. Dalam masa yang sama mencari Little B untuk dijadikan tebusan.



Uncle Jacob mati ke? Sebab tak nampak kubur

Anak perempuan Mr. Nobody pun jadi mangsa



Lastly, penutup filem ini kembalinya teman wanita Gisele Yashar (Gal Gadot) yang mati ketika jatuh dari kapal terbang dalam F&F 6 dan Luke Hobbs dalam mode tanda tanya


🌟🌟🌟🌟/5*


10 comments:

  1. percaya tak? sy x penah tgk langsung filem FF ni..🤭 dari no 1 smpi laa yg latest ni..tp pelakon2 nya sy kenal laa...

    ReplyDelete
  2. pendapat nina dgn lakonan jason mamoa mcm mn? 👍 o👎?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai dgn watak dia yg gila2 dan memang ada masalah mental

      Delete
  3. Saya tak berapa gemar filem aksi tapi suami suka cerita F&F ni, jadi nak tak nak kena tengok jugak bila dia mainkan di TV.

    ReplyDelete
  4. Bersambung ke?? Aduh.. baru plan nak tengok..

    ReplyDelete
  5. biasa tengok Fast n Furious dulu2. Utk sequel yg ni kena tunggu keluar di Netflix lah ye.. Nak tgok wayang, x de plak di Kelate.

    ReplyDelete
  6. Betul juga Mbak, menonton film ini kesampingkan logika, jadi enjoy saja nonton filmya.

    Jason Momoa kalau jadi penjahat seperti dalam film ini bisa sadis juga ya penampilannya.

    Sebenarnya saya kangen lihat Nathalie Emmanuel yang pada seri sebelumnya tampil dengan tataan rambutnya yang unik. Sayang di seri ini tataan rambutnya jadi pendek begitu.
    Tapi apapun, filmnya cukup menghibur.

    Salam,

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok rambut Nathalie yang sebelum ini lebih cantik

      Delete
  7. Cuya tak pernah layan fast furious ni...tak sape nak bawa nonton... hahahahha

    ReplyDelete
  8. Cerita ni makin lama makin mngarut. Tapi sebab dah terjebak dr awal2 mesti nak tgk gak. I'm waiting for next sbb ada the rock🤣🤣🤣

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com