11 Dec 2025

Walch Washing Machine Cleaner

Assalamualaikum readers


Walch Washing Machine Cleaner | Sebelum ni ada shared guna Det*** untuk cuci mesin basuh tapi selepas tau kena stop beli terus cari alternatif lain. Cari dan cari maka jumpa brand Walch ni di Shopee. Selidik background, asalnya company Germany dan tidak menyumbang kepada negara Isra** (faham kan maksud Nina).


Harga 1 botol RM 14.49 tapi dapat beli dengan harga RM 13.29

Maaf blur pulak


Guess what? Lepas cuci, kotoran keluar lagi, last cuci awal bulan 9 haritu tapi selepas cuci guna Walch, rupanya lebih banyak kotoran keluar. Alhamdulillah dah jumpa yang bagus confirm takkan tukar brand lain. Tak sia-sia beli sebotol dan 'tub clean' . Walch washing machine cleaner ini sesuai untuk front load dan top load. Ada 3 jenis bau : Original, Pine dan Lemon.



Ada juga kotoran yang melekat di lantai bilik air tapi agak geli nengoknya


Ada nampak mana-mana seller akan buat promotion beli 2 atau 3 botol sekali gus harga lebih murah. Tambah-tambah nak dekat dengan sale 12.12 😁 Lepas ni boleh borong sebab dah nampak kesan.

13 Oct 2025

Swiss Thomas Chopper Blender Dari Blogger CCL

Assalammualaikum readers


Swiss Thomas Chopper Blender Dari Blogger CCL | Alhamdulillah rezeki komen secara berjemaah pukal bulan ogos lepas selain dapat hadiah tudung, dapat blender ni dari blogger CCL atau Lyana. Semoga murah rezeki CCL. Baru ada masa nak publish dalam blog.


Swiss Thomas Chopper Blender


Sebenarnya dah lama Nina aim nak beli chopper blender dari Swiss Thomas ni, dah masuk cart tapi tak ada rezeki, dalam TikTok kerap sold out. Selepas 2 hari, bagi details thru email pada CCL, hubby terima parcel dan dia terus buka. Pelik soalan dia, "Bila u beli blender ni? Tak bagitahu pun nak beli" 😂 Confius nak jawab sebab tak jangka CCL nak bagi hadiah blender.


Terima kasih CCL. Semoga murah rezeki



Tak sabar nak buat green tea blended guna chopper ni. Untuk kisar bahan masakan dalam kuantiti sedikit sesuai lah guna chopper blender ni. Sesuai juga blend makanan bayiNanti kalau dah guna Nina review ya.

2 Oct 2025

Wanginya Downy Daring Dan Golden Luminous

 Assalammualaikum readers


Wanginya Downy Daring Dan Golden Luminous | Dalam banyak-banyak koleksi Downy yang Nina cuba, dua-dua ini ngam dan bau tak busuk bila bercampur dengan peluh. Sebab bila hubby kuat berpeluh baru boleh tahu Downy mana yang sesuai, ada yang wangi lepas cucian tapi rupanya tak ngam dengan peluh badan sendiri. Guna separuh pun dah cover cucian untuk 9kg. Kadang keluar rumah pun tak pakai parfume sebab pakaian dah wangi, kalau pakai memang pening lah.


Downy antara produk di bawah MyKasih. Tiap-tiap bulan sold out.


Sebelum ini dah cuba PassionFrench Lavender dan Adorable Bouquet tapi guna 1 atau 2 kali saja lepas tu tak repeat dah. Maka tetap setia dengan Daring dan Golden Luminous (disebabkan limited edition, dah discontinued), nak cari stok Daring di Lotus dan Mydin pun tak banyak, kadang sold out tinggal yang tak wangi 😂 Merata lah mencari stok sebab produk Downy under MyKasih.

11 Sept 2025

Dettol Washing Machine Cleaner

Assalammualaikum readers


Dettol Washing Machine Cleaner | Lama tak share 'home product' . Disebabkan barang ni memang mantap terus rasa semua isi rumah, mak-mak wajib BELI! Ikutkan Dettol ni dah lama masuk cart Shopee tapi belinya tak pun, atas nasihat abang LG, setiap 2 atau 3 bulan sekali wajib 'tub clean'. Sudah termiss sebulan lebih dari tempoh tarikh yang sepatutnya cuci. Dettol washing machine cleaner ni sesuai untuk front load dan top load.


1 botol RM 13.82 (250 ml)

Klik untuk baca description


Minggu lepas, balik rumah mil, dia auto mengadu, mesin basuh dah bau hapak, baju tak bau sabun/softener. Kesian jugak mesin tu 2 kali sehari depa guna, maklum la penghuni rumah 9 orang maunya tak busuk 😂 Sah-sah takda orang cuci.


1 botol untuk 1 cucian


On the spot order, compare harga Shopee dengan TikTok, Nina beli di tt. Courier pun laju dalam masa 2 hari terima barang. Buka parcel terus cuci mesin, geli noks lepas buka pintu, tak tau lah bila last depa cuci mesin sebab dah setahun tak duduk sebumbung. Sepatutnya mesin front load guna liquid detergent tapi tidak, dats why lagi cepat berkeladak.



Puas hati tengok kotoran yang keluar. Memang banyak kotoran walaupun seminggu 3x basuh baju. Mungkin kerap basuh cadar, toto dan blanket. Lepas cuci bau semerbak lemon. Tiap kali guna memang biar pintu terbuka untuk pengudaraan.


Guna yang ini dari umur Harraz 1 tahun hingga sekarang. Untuk mesin 9kg, Nina guna separuh penutup botol sahaja, alhamdulilah baju bersih, kulit kami 3 beranak pun tak gatal sebab sisa sabun sepenuhnya tanggal. Kalau ada stain campur dengan Vanish.


Nina bab basuh baju ni memang betul-betul cerewet, bab lain ok lagi sebab kulit mudah alergik, salah guna sabun atau softener, menggatal lah jawabnya anak beranak. Once dah serasi memang tak tukar brand lain setia dengan TOP. Bab hygiene ni kena utamakan, ditambah berdarah O yang sinonim dengan darah manja. Nak basuh baju di dobi pun fikir banyak kali. 

14 Dec 2024

Tyeso Tumbler Best

Assalamualaikum readers


Tyeso Tumbler Best | Tyeso Tumbler Original | Lama betul tak tengok blog, terima kasih yang sudi baca dan drop komen. Harap idea nak taip blog tak lupus dari ingatan. Kalau post tu bermakna Nina masih lagi sihat. Alhamdulillah buat masa sekarang.


RM 31.20 (1200ml). Dah guna selama 5 bulan lebih


Sapa belum pernah guna brand Tyeso sangat recommended untuk cuba. Brand yang berasal dari China dan menghasilkan stainless steel vacuum flasks, coffee pots, travel bottles and sports bottleNina terjebak dengan colleague Watsons. Sebab banyak bercakap dan berjalan, jadi cepat dahaga. Bila ada offer dalam Shoppe terus grab untuk size paling besar iaitu 1200ml.


8 pilihan warna

Tahan sejuk selama 24 jam
(Ketulan ais jika guna buat sendiri, lagi cepat cair, kalau beli di 7E ketulan ais tahan lama. Nampak sangat ais di kedai tak bagus sebab ada bahan untuk kekalkan ketulan ais tu)


Tak mudah tumpah

Produk Tyeso ni ada bermacam jenis sesuai untuk diguna ke pejabat, sekolah, bersiar-siar atau bersukan. STAY HYDRATED. Tips nak tumbler tahan lama jangan guna untuk air suam dan air sejuk. Kalau isi air sejuk, sejuk sahaja tanpa ais atau bersama ais. Boleh beli di website Tyeso, klik sini atau di official Shoppe klik sini.

28 Nov 2023

Review Daia Softener Morning Mist

Assalamualaikum readers


Review Daia Softener Morning Mist | Alhamdulillah urusan kerja rumah seharian dipermudahkan Allah, rupanya banyak lagi pilihan barang-barang rumah. Boikott tetap berjalan ya. Dah habis pakai Downy, punyalah gigih baca review, takut tersalah beli nanti busuk pulak baju. Laki bab baju dia cerewet kalah mak datin 😤


Daia Softener Morning Mist 1.6L - RM 7.80

Suka packaging macam ni tak perlu beli botol. Harap dapat tahan sebulan


Hasil carian dan bacaan, Nina pun graplah Daia softener warna purple. Lepas basuh bau macam minyak wangi yang dituang ke atas baju. Dah kering memang bau wangi semerbak. Sukaaaa! Bau lembut dari pati bunga lavender dan rasa relax lepas angkat baju di jemuran, nak lipat pun rasa rajin 💪


Luxurious Violet (Hitam), Cheerful Bliss (Merah), Blooming Garden (Pink), Refreshing Nature (Biru)

Ada 5 jenis pilihan softener yang boleh dipilih. Dengan teknologi Bio Scent, bau kekal lebih lama selepas cucian. Rasa nak try semua! Hehe.. Boleh review lagi kan. Nasib ada brand dari Indonesia ni. Legaa bab cuci baju. Kalau semua best, nak terus setia. Nina memang setia orangnya 😆

7 Nov 2023

Scalp Massage Brush

Assalamualaikum readers


Scalp Massage Brush | Lama Nina tinggalkan blog, hidup down dengan ujian Allah. Alhamdulillah perlahan-lahan bangkit dari kesedihan. Ok dalam tempoh pantang yang 98 hari ni, shopping online tak berhenti, bosan duduk rumah. Ini antara barang yang rasanya berbaloi untuk dibeli. Beli di Tiktok harga RM 6.59 (incl shipping). 



Hikmahnya bila ada scalp yang banyak masa pregnant hinggalah Nina dah tak tahan dengan gatal di kepala dan garu hingga luka. Hasil survey tukar shampo Loreal ke Selsun Blue, alhamdulilah dah terus kurang scalp dan tak gatal lagi, mungkin asbab atas apa yang jadi di Palestine 🇵🇸 slow-slow kita tukar produk lain.



Scalp massage brush ni lembut dan best digunakan sebab kulit kepala rasa bersih dan bebas dari kegatalan. Boleh cari berus yang lembut, barulah kulit kepala tak luka. Sebelum ni guna jari mungkin tak berapa effective sangat. Recommended untuk beli.


17 Jul 2023

Downy Adorable Bouquet Wangi!

Assalamualaikum readers


Downy Adorable Bouquet Wangi! | Jalan-jalan cari barang harga Rahmah di Lotus, terus teringat French Lavender dah habis. Kena restock dua pek untuk satu botol besar. Tengok di rak, paling laku yang ini, maka Nina pun grab. Begitulah wanita, nampak barang baru semua nak try.


Downy Adorable Bouquet - RM 6.49


Downy Adorable Bouquet ni bila basuh bau bunga wangi semerbak, rasa macam sidai bunga ros 😂 Tambah-tambah bila sidah di bawah cahaya matahari terik lagi lah bau terserlah. Bau yang lembut tak terlalu menusuk sampai pening. Gituuu..


2 pek pun masih tak penuh isian untuk botol 800ml

Sesuai untuk baju baby juga!


Untuk mak-mak dan pengguna di luar sana, pilih pelembut yang ada 100% natural essential oil untuk lebih penjimatan. Zaman kera-jaan Mahalni, nak tak nak kena habiskan masa membelek jenama-jenama yang murah sikit bila ke pasaraya. So bawak lah laki hampa shopping baru dia tau harga barang zaman 2023, naik slow-slow.

12 Jul 2023

7 Sabun Jenama TOP Dengan Fungsi Berbeza

Assalamualaikum readers


7 Sabun Jenama TOP Dengan Fungsi Berbeza | Keliru antara pencuci baju cecair atau jenis serbuk? Kedua-duanya mempunyai kualiti cucian yang setanding, tetapi harga yang mahal tidak semestinya lebih berkualiti. Terdapat banyak sabun pencuci baju yang boleh dipilih dari segi jenama yang berbeza di pasaran sekarang ini.

Siapa tak nak bila baju bersih dan kekal dengan haruman yang wangi walaupun baju yang sudah di cuci dan dikeringkan dan haruman bau masih melekat pada baju. Jadi rasa-rasanya sabun pencuci baju yang mana bagus di pasaran?


Entri kali ini nak kongsikan semua sabun pencuci jenama TOP. Siapa pengguna sabun baju TOP? Tahu tak disebalik sabun pencuci ini ada fungsi yang berbeza.







12 May 2023

Febreze Inspirasi Attar Wangi

Assalamualaikum readers


Febreze Inspirasi Attar Wangi | Iklan kalau ada Mira Filzah ni memang terus cari produk tu. Nina beli time ramadhan yang ke 20. Alang-alang ke Mydin terus grab! Memang tak rugi beli sebab wangi sangat.


RM 9.99 di Mydin



Febreze Inspirasi Attar antara produk terbaru dari Febreze dan yang pertama di pasaran. Bau tak macam Attar pun, lebih kepada bau floral. Sembur 2-3 kali dan nikmati baunya yang semerbak di rumah. 



Penyegar fabrik ini berfungsi 2 dalam 1 kerana bukan sahaja membunuh kuman tetapi mengeluarkan aroma wangian Timur Tengah. Ia boleh digunakan untuk kesegaran di sejadah, telekung dan baju sesuai sangat untuk beribadah. 

16 Dec 2022

TOP Colour Signature!

 Assalamualaikum readers


TOP Colour Signature! | Siapa yang guna brand pencuci TOP pasti akan perasan ada serbuk pencuci baru yang menggunakan teknologi 5D Colour ProTech. Rangkaian TOP Colour Signature terdiri daripada serbuk dan cecair detergen. Dengan teknologi ini, cucian lebih bersih, terang, menyerlahkan warna dan melindungi pakaian


3.2KG - RM 18.90


Nina boleh mencuci kesemua item pakaian sekali gus, tanpa perlu mengasingkan sama ada ia berwarna terang, gelap, warna-warni, putih, baju baru atau lama. Tanpa perlu risau akan warna pakaian luntur. Pakaian berwarna terang akan kekal berseri dan pakaian gelap kekal gelap. Detergen baharu TOP ini mencegah fabrik dari kelihatan kusam.




Detergen ini menjadikan warna pakaian asal menyerlah dengan menanggalkan kotoran serta mencegah pakaian menjadi berbulu disebabkan geseran. Teknologi pencegahan kelunturan warna mencegah warna turun merebak ke pakaian lain. 


TOP memperkenalkan pek eko isian semula bagi detergen cecair premiumnya. Rekaan mudah dibawa dan disimpan dalam ruang yang terhad. Mengurangkan pengunaan plastik sebanyak 80% berbanding botol-botol detergen klasik. Cubalah pek eko TOP mesra alam yang turut menawarkan lebih nilai pada pembelian berbanding pembungkusan biasa.  


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com