21 October 2014

Setahun Bersama Mattel Inc.


Salam Readers..


Setahun dah ke? Harini genap angka 1 dari 21102013-21102014. Kejap je masa berjalan, dah setahun "kerja di Mattel". Dah semakin sayang dengan kawan2 sekerja. Bergaduh, bergurau, kena marah tu biasa la. Adat kerja, semua tu kejap je dan hadapi dengan tenang. Dalam setahun ni boleh hadapi kerenah operator pun dah cukup bagus. Layankan jer.. Ramai yang confuse dengan company ni juga. Meh nak story mory cikit.






Mattel Inc.
Beribu pejabat di El Segundo, California, US. Mempunyai beberapa branch Mattel di seluruh dunia. Di Asia terdapat 4 iaitu di Bangkok, Malaysia, Indonesia dan China. Sudah 33 tahun bertapak di Malaysia. Nak tahu lebih boleh baca sini "wiki Mattel" dan kalau nak tengok the latest Hot Wheels dan Barbie boleh ke website "Mattel.com" :)

Mattel Malaysia - di kawasan perindustrian bebas Prai, Penang hanya memproses kereta mainan Hot Wheels. Kiranya Malaysia khas buat Hot Wheels saiz kecil.

Mattel Bangkok - hanya memproses Hot Wheels bersaiz besar. Seperti trak. Saiz barbell (roda) juga besar.

Mattel Indonesia - memproses Barbie Doll dan anak patung lain.

Mattel China - Lebih kepada Tool. Menghasilkan acuan (Mold) untuk dibekalkan ke Mattel Bangkok dan Malaysia. Juga memproses Barbie dan Hot Wheels.

Company hasilkan Hot Wheels untuk current export markets ke Argentina, Australia, Brazil, Chile, Colombia, Hong Kong, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, UK dan US. 

Nak buat kek untuk birthday tahun depan la. Heee. Amacam


Cabaran bila study lain tapi kerja lain. Memey dah lari bidang. Nasib baik ada geng budak Multimedia. Huhu.. Ada yang tak sabar nak tengok koleksi Hot Wheels nina tak? Hihi


17 comments:

Farrah MF said...

Oh, baru jelas...
Semoga karier Nina terus berkembang bersama Mattel!

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ingatkan hot wheels mmg dicipta bersaiz kecik.
Rupenye ada yang besar kat Thailand.

Kathy R'bain said...

eh..mana pergi header blog sis?

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Wah, dah setahun yer kerja situ Nina... Boleh rekomen zumal tak? Hehe ;)

Vee Sandi said...

malaysia utk kereta kecil jer ... confirm nina dah ada byk koleksi ni ...

Belog Santai said...

Alhamdulillah..Happy Anniversary Nina..semoga terus berjaya k...

Jomsantaisekejap Jss said...

Ohhhh kisahnya. Macam itu ye cerita dan sejarahnya...
Semuga sentiasa ceria dan happy di tempat kerja...

Khai♥Rin : anies said...

TAHNIAH! TAHNIAH! CPT JE KAN MS BERLALU

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Wahhhh...wan sgt suka hot wheel. Leh dapat memurah x? Hehehe...

ain syafieqa said...

Ooo..kerja kat situ rupanya..patut la sibuk je.hehe

Liza Licha said...

seronoknya kerja mattel. banyak design cantik2. hihi

Ezad Skytech said...

hee...study bidang lain kerja di bidang...da rezeki kat situ...kita terima je kan...sy pun sama...belajar lain..kerja lain...lari sikit2 la...Alhamdulillah...bertahan lebih 2 tahun...hee

tiga lalat said...

Salam. Hee saya pun suka beli mainan kereta model kecilan mattel ini. Ada tak buat model kereta buatan malaysia proton perodua kah?

Hikayat Seorang Budak said...

pergh, mesti banyak kan koleksi hot wheels nina :)

Lan Careno said...

Hai... Nak tanya skit... Klau nak bli mainan direct kat kilang Mattel boleh ke? Kot dia ada Shop sendiri kat sana...

Amanina Mads said...

Lan Careno : Hai.. Maaf orang luar tak boleh masuk. Jual untuk employee saja.

Anonymous said...

assalamualaikum...
ingin beli hotwheels la....
saya dh pm kt email.....
dari ppkpfaridz@gmail.com

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com