12 Oct 2023

Review Filem Nowhere (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Nowhere (2023) | Trending di TikTok, ramai yang review movie dari Spain 🇪🇸 ni.Filem ini ditayangkan pada penghujung bulan September hingga kini di Netflix.



Filem ini secara amnya tidak mempunyai ramai pelakon kecuali ketika babak permulaan sahaja. Selepas itu, hampir 90 peratus hanya fokus seorang pelakon utama yang memegang watak Mia. 


SINOPSIS :


Kisah sepasang suami isteri iaitu Mia (Anna Castillo) dan Nico (Tamar Novas) yang melarikan diri dari rejim totalitarian. Sepanyol melaksanakan rancangan 'tak cukup untuk semua', sumber yang ada tidak cukup. Pihak berkuasa mula membunuh orang tua, ibu hamil dan kanak-kanak bertujuan mengurangkan populasi penduduk.



Nico bercadang untuk lari ke Ireland bersama Mia yang sarat mengandung. Salah satu cara untuk lari dengan menggunakan kontena. Mia dan Nico mula dalam satu kontena, tetapi Nico diarahkan masuk ke kontena yang lain. Semasa pemeriksaan pihak berkuasa Mia sempat bersembunyi, malangnya orang lain dalam kontena itu dibunuh.



Dalam perjalanan di atas kapal, ribut kuat dan banyak kontena terjatuh ke dalam laut termasuk kontena yang Mia ada. Bermulanya survival seorang wanita untuk terus hidup di tengah laut yang luas.



Akhirnya Mia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Noa. Makanan dan minuman semakin habis, Mia perlu cari jalan untuk terus hidup bersama bayinya. Mia dapat idea tebuk kontena guna cordless, dapat tangkap ikan dan tadah air hujan guna tapaware.



Hampir sebulan Mia berada di tengah laut. Dia mula menyediakan rakit untuk anaknya dan mencari daratan selepas ternampak burung camar. Kontena juga sudah tidak dapat menampung air dan mula tenggelam. Akhirnya, dia dan bayi diselamatkan oleh nelayan.


Kesimpulannya :


Boleh nampak cara Mia nak survive, bayi direct lahir dalam air laut (part ni Mia telanjang bulat), tebuk dinding kontena guna cordless, bateri habis guna pisau lipat, makan uri dan ikan mentah, paha Mia terkoyak tu seriau tengok! jahit luka di paha, tali earphone buat jala ikan. Tak logiknya, tengah laut boleh call laki, ada line pulak dan bateri fon tahan lama 😅


Part yang tergantung di endingnya, Mia sampai negara mana? Dan apa yang terjadi pada anak pertama Mia. 


🌟🌟🌟🌟🌟


2 comments:

  1. Ye eh part leh call laki dia tu..haha.. Sy x tengok lagi..tapi nampak ramai cakap best ini ceritaaa

    ReplyDelete
  2. mungkin ada part 2 kot... jeng jeng jenggg

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com