11 Oct 2023

Review Filem Love Is In The Air (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Love Is In The Air (2023) | Jatuh hati tengok view Queensland ni. Air laut yang biru dan pulau-pulau kecil dengan penduduk yang tak ramai, dari situ perlunya penerbangan untuk bawa mereka-mereka ke pekan incase ada kecemasan. Genre lebih kepada humanity bukan cinta semata-mata.



SINOPSIS :


Dana Randall (Delta Goodrem) ialah pilot untuk syarikat kecil di Queensland yang membantu penduduk di kawasan terpencil, baik yang tinggal di sana atau pelancong yang melawat.




William Mitchell (Joshua Sasse) dihantar dari London oleh ITCM Financial, firma pelaburan UK milik bapanya, Duncan ke Australia untuk menutup Fullerton Airways kerana syarikat milik keluarga Dana tidak mendapat keuntungan yang tinggi. William diberi masa seminggu oleh bapanya untuk melawat syarikat itu, menyemak kewangan syarikat secara terperinci dan kembali ke London untuk dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan membuktikan dia bersedia untuk ambil alih syarikat.


Dana pandai repair pesawat

Dana menjemput William di jeti dan membawanya menaiki kapal terbang untuk menghantar bekalan makanan pada penduduk. Bermulanya chemistry antara Dana dan William. Hari ketiga membantu Dana, bapa Will hilang kesabaran kerana tiada berita. Will cuba menyakinkan bapanya untuk tidak menutup Fullerton Airways. Jeff, bapa Dana menerima email dari ITCM Financial untuk menutup syarikat itu.


Bagus Will ni sambil menyelam minum air. Bapa hantar untuk kerja, dia boleh cari cinta pulak. Amboiii

William kembali ke London dan gagal mempengaruhi lembaga pengarah. Dana ke London membawa proposal untuk bertemu dengan Duncan, hasilnya William resigned dan bekerja di Fullerton Airways untuk kembangkan lagi business dan bapanya bersetuju dengan cadangan itu. The End.. Bijak tak Will?


🌟🌟🌟🌟


2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com