25 Jun 2023

5 Jenis Checkup Penting Buat Wanita

 Assalamualaikum readers


5 Jenis Checkup Penting Buat Wanita | Pada 8 Mac setiap tahun, tarikh ini sangat bermakna kerana ia merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Wanita memainkan peranan yang penting di dalam keluarga terutamanya sebagai seorang ibu, kita harus memandang serius soal kesihatan. Sangat penting untuk rajin bawakan diri masing-masing untuk buat pemeriksaan kesihatan walaupun nampak remeh dan rasa badan masih sihat.

Terdapat 5 saringan kesihatan yang di sarankan untuk dibuat melalui tweet Dr. Kamarul Ariffin. Ini penting untuk memastikan korang sihat dan dapat jalani hidup dengan lebih berpotensi. 


1. Pemeriksaan Payudara


Wanita perlu memeriksa payudara mereka sendiri setiap bulan untuk memastikan tiada benjolan atau perubahan pada bentuk payudara. 


2. Mammogram


Wanita berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani mamogram setiap dua tahun sekali untuk mengesan kanser payudara pada awalnya. Walaupun ianya tidak menyenangkan, tetapi dapat mengesan kanser pada peringkat awal.


3. Pap Smear


Pemeriksaan ini untuk mengesan kanser serviks. Ia perlu dilakukan setiap tiga tahun sekali setelah usia 21 tahun atau mengikut nasihat doktor. Jangan malu untuk melakukan pemeriksaan ini. 


4. Pemeriksaan Kesihatan Reproduktif


Wanita disarankan menjalani pemeriksaan ini secara berkala. Ini membantu mengesan masalah seperti kanser ovari, cyst, endometriosis dan fibroid pada peringkat awal dan untuk menjaga kesuburan wanita.


5. Pemeriksaan Darah


Pemeriksaan secara berkala untuk mengesan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Membantu mengesan masalah kesihatan lain melalui darah.


Dalam banyak-banyak pemeriksaan, tak pernah buat lagi mammogram. Yang lain, alhamdulillah Allah masih berikan kesihatan. 

6 comments:

  1. kanser payudara antara penyumbang kematian tertinggi di malaysia..so mmg wajar wanita kerap buat pemeriksaan ke atas aset ni

    ReplyDelete
  2. pemeriksaan darah tu ramai x buat. biasa dah pregnant atau start sakit2 baru nak buat check

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak pernah lagi buat mammogram walaupun dah cecah usia 40-an. Takut sebab dengar pengalaman orang yang dah pernah buat katanya sakit sangat payudara tu ditekan oleh mesin pengimbas dengan kuat.

    ReplyDelete
  4. Tahun nie tak berjaya buat lagi pemeriksaan darah.. papsmear tu nak kena buat appointment nanti..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.