24 Jun 2023

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki?

Assalamualaikum readers


Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki? | Terfikir jugak sebab ada anak teruna yang dah masuk 2 tahun 2 bulan. Bila tanya bapaknya, dia kata awal lagi tapi tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk bersunat? Lagi pun, tak nak terikut dengan anak orang lain.


Sunat bayi lelaki sudah menjadi kewajipan dalam budaya masyarakat Melayu beragama Islam. Namun, amalan sunat anak lelaki tidak lebih daripada sekadar memenuhi tuntutan agama dan budaya.



Maksud Sunat Bayi Lelaki


Sunat atau khatan bermaksud satu prosedur yang dilakukan bagi membuang kulit kulup yang terdapat pada kepala zakar bayi lelaki. Apabila kulit kulup ini dibuang, maka bahagian hujung kepala zakar akan terdedah.


Di negara-negara Amerika Selatan, kebanyakan bayi lelaki akan disunat dalam tempoh 10 hari pertama selepas kelahiran. Biasanya, ia hanya dilakukan dalam masa 48 jam sahaja selepas dilahirkan. Manakala dalam budaya masyarakat Melayu, amalan sunat bagi lelaki lebih kerap dilakukan apabila mereka sudah mula mencapai umur kanak-kanak.


Umur yang sesuai untuk sunat anak lelaki


Untuk pengetahuan semua, sunat anak lelaki ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ini bermaksud, anak boleh disunatkan tanpa mengira tahap umur mereka.


Memandangkan proses berkhatan ini sedikit menyakitkan, doktor akan berikan bius setempat (local anesthetic) untuk memberikan rasa kebas pada bahagian kulup yang akan dibuang.


Peranan ibu bapa penting kerana anak semakin dewasa dan akan mengalami kesan psikologi berkenaan prosedur berkhatan yang menyebabkan mereka berasa takut.



Kebaikan sunat anak lelaki


Ada beberapa kebaikan jika mengkhatankan anak lelaki sewaktu mereka masih bayi iaitu memudahkan proses pembersihan kemaluan bayi.


Apabila bayi lelaki telah disunatkan, zakar mereka akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan, membantu kurangkan risiko jangkitan bakteria dan jangkitan saluran kencing (UTI) sehingga 90%.


Cara berpantang selepas sunat anak lelaki


Bayi atau kanak-kanak yang telah berkhatan masih perlu menjalani beberapa pantang untuk memastikan mereka cepat sembuh dan tidak mengalami masalah lain. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa ialah:


* Pastikan mereka berehat sepanjang tempoh berpantang. Elakkan anak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang bersifat lasak seperti menaiki basikal/motosikal.

* Berikan anak (kanak-kanak sahaja) ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu.

* Pastikan hujung kepala zakar sentiasa dalam keadaan kering dan bersih. Bengkak pada peringkat awal selepas bersunat akan surut dalam beberapa hari.


Kesimpulannya, terpulang pada ibu bapa masing-masing. Dengan teknologi perubatan moden, tidak perlu risau untuk mengkhatankan bayi lelaki lebih awal daripada biasa. 

5 comments:

  1. jangan sunat laser nanti kena bahan😀😁

    ReplyDelete
  2. Saya takde anak lelaki jadi tak pernah terfikir pulak soalan ni. Tapi penah dengar orang dulu2 kata kalau sunat awal sangat kulit tu boleh bercantum balik, nanti kena sunat 2x pulak 🤔

    ReplyDelete
  3. Jaman wak dulu sunat bila dah habis darjah 6

    ReplyDelete
  4. Lagi awal lagi mudah nak jaga kot eh..

    ReplyDelete
  5. ye mmg dgr nya awal lagi baik. skrg ada klinik khas pun yg buat sunat bby ni kan

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.