11 Jul 2023

Jamu Punca Kanser Rahim

Assalamualaikum readers


Makan Jamu Punca Kanser Rahim | Salah satu isu yang Nina baca di majalah Pa&Ma. Kebiasaannya wanita bila lepas bersalin dan masuk usia 30-an mula terfikir untuk kekal awet muda dan bertenaga.


Ini antara situasi biasa berlaku pada kebanyakan wanita. Disebabkan inilah ramai yang ambil jamu atau suplemen. Banyak iklan-iklan yang menawarkan cantik luar dan dalam dengan makan jamu. Tetapi adakah kita pernah fikir kesan sampingan jangka panjang?


Menurut Pakar Ginekologi Onkologi, Dr Rushdan Noor, pengambilan jamu antara salah satu punca kanser rahim. Boleh klik ini untuk kes satu lagi. 


"Seorang pesakit berusia 45 tahun dikesan menghidap kanser rahim selepas mengamalkan jamu selama 10 tahun.


Beliau dikesan menghidap kanser rahim apabila mengalami pendarahan haid yang tidak tetap. CT scan menunjukkan ada sista pada ovari pesakit. Kami hairan kerana pesakit ini tidak mempunyai ciri-ciri menghidap kanser seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, infertiliti atau PCOS.


Akhirnya, pesakit mengaku makan sejenis jamu yang dikenali ramai dan sudah menjalani pembedahan mengeluarkan rahim dan kedua-dua belah ovarinya."


Setakat ini, memang tak berani nak makan jamu atau supplement. Makan sayur dan buah-buahan segar saja. Makan jamu during pantang, lepas habis pantang atau habis satu botol terus stop. My mum antara manusia yang anti jamu, seumur hidup Nina nampak akan consume ulam-ulaman saja 😂

3 comments:

  1. alamak..ye ke? kena buat pap smear ni

    ReplyDelete
  2. Bahaya kalau makan sebarangan jamu or supolement ni kan m

    ReplyDelete
  3. Allahu..bhye nya jamu ni ye..emm yaya ada juga consume jamu. kne cari alternatif lain la bg nak gnti jamu tu..huuu..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.