Assalamualaikum readers
Makan Jamu Punca Kanser Rahim | Salah satu isu yang Nina baca di majalah Pa&Ma. Kebiasaannya wanita bila lepas bersalin dan masuk usia 30-an mula terfikir untuk kekal awet muda dan bertenaga.
Ini antara situasi biasa berlaku pada kebanyakan wanita. Disebabkan inilah ramai yang ambil jamu atau suplemen. Banyak iklan-iklan yang menawarkan cantik luar dan dalam dengan makan jamu. Tetapi adakah kita pernah fikir kesan sampingan jangka panjang?
Menurut Pakar Ginekologi Onkologi, Dr Rushdan Noor, pengambilan jamu antara salah satu punca kanser rahim. Boleh klik ini untuk kes satu lagi.
"Seorang pesakit berusia 45 tahun dikesan menghidap kanser rahim selepas mengamalkan jamu selama 10 tahun.
Beliau dikesan menghidap kanser rahim apabila mengalami pendarahan haid yang tidak tetap. CT scan menunjukkan ada sista pada ovari pesakit. Kami hairan kerana pesakit ini tidak mempunyai ciri-ciri menghidap kanser seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, infertiliti atau PCOS.
Akhirnya, pesakit mengaku makan sejenis jamu yang dikenali ramai dan sudah menjalani pembedahan mengeluarkan rahim dan kedua-dua belah ovarinya."
main beli je jamu tak periksa habis-habis bagus ke tak ada kesan ke tak. setakat dpt approval dr KKM tu belum cukup lagi
ReplyDeleteyang sebenarnya baik sblm atau selepas bersalin, seharusnya jaga makan minum. jgn berlebihan. kalau ambil jamu tapi tak control mkn minum... bersenam pun jarang2... lps tu...haaa faham2 je laa kan...
ReplyDeletealamak..ye ke? kena buat pap smear ni
ReplyDeleteBahaya kalau makan sebarangan jamu or supolement ni kan m
ReplyDeleteAllahu..bhye nya jamu ni ye..emm yaya ada juga consume jamu. kne cari alternatif lain la bg nak gnti jamu tu..huuu..
ReplyDelete