16 Jul 2014

Anugerah Syawal TV3 (2014)

Salam Readers..


Telemovie Love You Mr. Arrogant Raya, Saya Sebenarnya Isteri Dia dan Kampung Girl | Tiga telemovie raya yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Woahh.. malam raya dah plan nak layan LYMA. Terpacak depan tv tu tanpa gangguan. Hahaa.. 





Jadual tayangan LYMA Raya, SSID Raya & Kampung Girl Raya . Kesinambungan drama adaptasi novel dalam telemovie raya, berikut jadual siarannya.


Malam Raya: LYMA Raya  -  9.00 malam
Raya Pertama: SSID Raya - 9.00 malam
Raya Kedua: Baju Raya Yaya -  10.30 pagi
Raya Ketiga: Kampung Girl Raya -  9.00 malam





Telemovie LYMA Raya akan ditayangkan pada malam raya 27 Julai 2014 pukul 9 malam.


Sinopsis:


Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Lebih2 lagi setelah mereka dikurniakan anak lelaki.


Sherry yang dulunya jahat muncul semula. Adakah Sherry akan buat perkara yang sama? 





Tayangan pada malam hari raya pertama. Dalam gambar ni, Izzue macam Dennis Trillo ( Marcel Temptation of Wife)


Sinopsis:


Firash dan Syafa di kurniakan sepasang anak kembar. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Rania pula kembali untuk mengganggu rumah tangga Firash dan Syafa. (Sumber: Zura Asyfar)





Ash dah tak sehensem masa kahwin dengan ain. Kena buli dengan isteri dia. Telemovie Kampung Girl Raya raya ke 3


Sinopsis:


Ain sarat mengandung 9 bulan dan mengidam pelbagai makanan yang pelik seperti daging unta, cempedak dan daging landak. Oleh itu, suaminya Asyraf harus memenuhi hasrat isterinya itu. 




p/s: Perasan tak LYMA dan SSID Raya kali ni berlaku konflik bila kena hadap semula musuh2 yang nak meruntuhkan rumah tangga diaorang? Jeng.. Jeng. Kita saksikan nanti tau. 

Kalau terlepas tengok a.k.a sibuk beraya boleh tengok di TONTON


8 comments:

  1. Paling tak sabar nak tgk LYMA :)

    ReplyDelete
  2. time raya jarang tengok tv :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nina, rasanya mesti terlepas tengok ni. takpe skrg dah ada ID tonton. ahhahaha

    ReplyDelete
  4. wahh...bnayaknya citer drama kesinambungan sempena raya..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Zumal tak sabar nak tengok drama LYMA Raya tu :))

    ReplyDelete
  6. semuanya x tgk sbb tv dah di kongker utk main games ;-(

    ReplyDelete
  7. Hohoho.. terlepas sebab masa tayangan dok busy habiskan novel (ahaks)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.