12 Apr 2013

Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalammualaikum.


Salam Jumaat di hari segala penghulu hari. Hari yang berkat dan masih lagi bernyawa sambil layan blog bersama susu dutch lady full krim yang menjadi fav aku. Harini baru dapat baca dan publish 146 komen dari entry Cik Ted aritu. Hadoii..memang takda masa bukan taknak publish. Berapa banyak perkataan hari daa.. Hehe. Dah adore dengan SSID nie. Kenapa la tayang seminggu sekali je. Aku memang tak sabar nak tengok episod ke 3. Seronok sebenarnya tengok Izzue dengan Tiz dan aku memang suka tengok baju dan tudung yang Tiz pakai. Cantik kesemuanya dan salah satu tudung tu dari Radiusite. 





Sinopsis: 


Syaf tak pernah terfikir jodohnya dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish. Mereka sudah merancang untuk berkahwin. Kerana satu peristiwa di sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy, akhirnya Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan. Datin Farizah, menasihati Firash untuk berkahwin dengan Syaf. Firash menentang habis-habisan kerana tak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula syaf 4 tahun lebih tua darinya. Perkahwinan dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga dijemput termasuk bapa kandung Firash. Farish membawa diri di hari perkahwinan adiknya dan terlibat dengan kemalangan. Firash melarang Syaf untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka. 




Kehidupan Syaf sebagai isteri tidak dipedulikan dan status mereka masih dirahsiakan. Firash dan Syaf tinggal berasingan dan Firash masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu, hanya kata-kata sinis Firash. Suatu hari Datin merancang mengadakan kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf dijemput kerana dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan. Haa.. nantikan kisah selanjutnya.




Malam nie mesti sedih tengok Fezrol Khan meninggal. Lepas tu minggu berikutnya hanya Syaf dengan Firash. Aww mesti sweetkan kalau baca novel. Aku still lagi tunggu baucer buku. Akan aku cari novel tu sampai jumpa walaupun harapan agak tipis. Nevermind, aku nak tengok jugak Izzue. Sebaya aku rupanya dia nie. Tengok biodata baru tau. Mohon balik Klate mengundi deh. Kecek klate pulok ambo nie. Senyum sokmo bak kato Sha. 

10 comments:

  1. hahaha hensem2, tajuk cerita dia pun best.. alangkah bgusnya kalau dia buat komik.. huuuuu

    ReplyDelete
  2. tak tengok tadi.. deno tengok raja lwak .. hehe..

    btw, nina gtau tadi nak add fb deno kan.. nina ada add fb deno tak? sbb deno tak tahu nama fb nina apa.. deno jenis kalau tak kenal tak approve.. hehe.. kalau nak add, bg msj kat deno eh? baru deno tahu siapa.. sng2, nina like je fanpage deno : Blog DayangDeno :)

    ReplyDelete
  3. cite nie pun adaptasi drp novel ek? tak taw coz tak pernah bace..huhu..pe pun cite nie best, suke tgok..

    ReplyDelete
  4. salam nina...eh sama plk dgn nama ank sulung pcl..haa kan.., dok sebut nama pcl...sebenaqnya x jd hal pon , yg penting kita ikhlas blogging..nk inform nih.. mulai dari hari ni pcl n mama'D bergabung dalam blog http://mamadianasajacaripasal.blogspot.com ...silakan singgah :))

    ReplyDelete
  5. x ska citer psl kawen terpksa tp citer ni saya blh lyn plak haha.tu lah nape seminggu sekali ja kan?

    ReplyDelete
  6. novel ke sebenarnya??

    kite dah 2 minggu miss. nasib baik boleh catch up kat tonton.com. :D

    ReplyDelete
  7. aa xtgk pn cte ni huhuu...xsmpt lyn cite pn heee

    ReplyDelete
  8. izu islam nie karektor berubah ubah.......kekadang nampak cute... kekadang macho......

    ReplyDelete
  9. huhu jumaat ni last.bayangkan hubby pun boleh terjoin sama tengok adeihhh.suka tengok izzue dan tiz, sesuai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harini episode last.. sedih pulak. Hehe.. diorang memang sweet :)

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com