Assalammualaikum.
Selamat hari sabtu semua, harini cuti dan agak seronok makan nasi minyak panas-panas diwaktu hujan. Memang tak jadi aku nak sambung berdengkur dengan aroma nasi tu. Wallahh! Nampak tak orang France makan nasi minyak. Hihihi, perasan. Oke la, kalau rajin mesti ada ja benda yang nak dimasakkan. Nina nak share dengan korang semua resepi nasi minyak karrot yang resepinya dari idea mak yang nak tambah karrot tu. Hee, jom salin cepat!
Cara-caranya (Bahan A):
Tumis bawang dan sedikit halia (ditumbuk) terlebih dahulu, kemudian masukkan lengkuas, serai, cili kering (diblend bersama), dan masak sehingga naik minyak. Masukkan santan, sdikit gula, garam, asam keping (ikut citarasa) dan sedikit daun dari India (mamak pun taktau daun apa, kalau nak beli daun tu cakap je nak daun dari India, memang wangi daunnya). Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan masak hingga sebati.
(Bahan B):
Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk seperti bawang, halia dan kayu manis. Kemudian masukkan air, susu, sedikit serbuk kurma dan parutan karrot tadi sehingga mendidih. Selepas itu masukkan beras dan daun pandan. Beras basmathi memang serap air, kalau terlebih air pun tak apa, basuh dulu taw beras tu. Masak dalam rice cooker lagi senang.
(Bahan C):
Potong timun, nanas dan bawang besar, kemudian masukkan sos arnab, gula, garam dan kacang tumbuk. Gaul sehingga sebati. Siap dan makan!
Bahan-bahan A (Ayam masak lengkuas)
Ayam (ikut suka)
Lengkuas, Serai, Cili kering
3 Bawang kecil
Sedikit halia
Santan
Bahan-bahan B (Nasi minyak)
3 Cawan beras (nak elok guna Basmathi)
1 Cawan susu (sebarang susu)
1 Batang karrot (diparut)
Sedikit kayu manis (ditumbuk)
Sedikit serbuk kurma
4 Cawan air
Bahan-bahan C (Kerabu)
1 Batang Timun
Sebiji Nanas,
2 Biji Bawang (besar)
Sos (cap Arnab)
Sedikit garam dan gula
Kacang tumbuk
Cara-caranya (Bahan A):
Tumis bawang dan sedikit halia (ditumbuk) terlebih dahulu, kemudian masukkan lengkuas, serai, cili kering (diblend bersama), dan masak sehingga naik minyak. Masukkan santan, sdikit gula, garam, asam keping (ikut citarasa) dan sedikit daun dari India (mamak pun taktau daun apa, kalau nak beli daun tu cakap je nak daun dari India, memang wangi daunnya). Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan masak hingga sebati.
(Bahan B):
Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk seperti bawang, halia dan kayu manis. Kemudian masukkan air, susu, sedikit serbuk kurma dan parutan karrot tadi sehingga mendidih. Selepas itu masukkan beras dan daun pandan. Beras basmathi memang serap air, kalau terlebih air pun tak apa, basuh dulu taw beras tu. Masak dalam rice cooker lagi senang.
(Bahan C):
Potong timun, nanas dan bawang besar, kemudian masukkan sos arnab, gula, garam dan kacang tumbuk. Gaul sehingga sebati. Siap dan makan!
Semasa tengah taip entry nie, aku dah tambah nasi tu 2 kali. Hehe, sedap taw! Tak payah tunggu nasi minyak kat kenduri. Buat nasi minyak sendiri pun oke jugak. Orang lelaki pun boleh try, terutama yang bujang tu. Selamat Mencuba ^_____^
oh sedapnyaaa nasi minyak!!!!!! kalau pandai masak macam sis ni kan senang, tak payah nyusahkan mak.. huaaaaaaa lepas tu ade ayam masak merah pula di situ.. perghhhh pengsan! >.< lapau
ReplyDeleteSedappp laaa ena!! lagi sekali bg jeles. Hehe
DeleteEh jgn pengsan nanti xdpt makan ^^
Wow...sedapnya...terliur tgk ni ha. :)
ReplyDeleteHehe.. nanti try la buat :)
Deletefirst time dengar nasi minya karot
ReplyDeletep/s: AL-FATIHAH buat rakan SLE... arwah adik Farah Najwa...
Hehe.. saja je tambah karrot :)
DeleteAl-fatihah..deno kuat ya.
sedap tu......
ReplyDeleteSedap remy.
Delete