21 Apr 2013

Marah Tanda Sayang Benci Tanda Rindu

Assalammualaikum.


Seringkali kita tersalah mentafsir apa yang ada dalam hati mereka bila mereka sedang memarahi atau lebih tepat menegur kita. Seringkali kita menjauhkan diri apabila dimarah kerana berkecil hati apabila ditegur. Aku juga begitu, selepas dimarah mahupun diherdik, aku duduk lalu berfikir mengapa aku dimarahi? Apakah tindakan yang aku buat sehingga mereka memarahi aku? Sentiasa positif, kenapa kita dimarahi. Seteruk mana diherdik ayah, sesakit mana dileteri ibu, sebenci mana ditegur rakan, setakut mana ditengking guru. Ingat mereka sentiasa ada alasan tersendiri untuk memarahi dan menegur. 


Seseorang tidak akan menegur tanpa sebab yang kukuh. Mungkin kerana sikap kita yang negatif membuatkan mereka berfikiran begitu. Marah tanda mereka benar-benar ingin kita berubah dan benar-benar mengambil berat terhadap kita. Jangan sesekali membenci, kerana sejauh mana anda membenci pasti dia selalu bermain difikiran anda. Setiap kali membenci, setiap kali itu anda memikirkan mereka. Jangan cepat kita rapuh, jangan cepat membuat rumusan. Sebaliknya berfikirlah mengapa mereka marah dan menegur. Sudah pasti ada kesalahan yang kita lakukan dan perlu kita perbaiki supaya tidak dipandang serong oleh yang lain. Bencilah jika kita rasa itu terbaik kerana setiap kali kita membenci mereka akan tetap kita fikirkan. 



Namun ingat, jangan sekali biarkan ego menguasai diri. 

30 comments:

  1. Tu lah I rather prefer kena marah dari silent treatment, makan hati mcm tu.
    Cuma kadang-kadang ada juga yg jenis semuanya yg kita buat tak kena, asyik nak marah je.
    Kalau parents sekarang pula ada yg marahkan anak sebab stress di tempat kerja or so, yg sometimes menyebabkan kadang-kadang anak tu didera, nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kadang2 org saja nk lepaskan geram pada kita.
      Macam parents tu, bertimbang rasa sikit pd anak2. kesian budak2 kena dera.

      Delete
  2. betul tu,, ika setuju,, nice entry,, :D

    ReplyDelete
  3. saya pun org yg x ska kena marah..haha.

    ReplyDelete
  4. setuju...
    ambil positif... adakalanya kenyataan juga amt myakitkan kan..

    ReplyDelete
  5. Konsep memberi nasihat dan menerima teguran perlu ada dlm setiap diri kita...sometimes org suka bg teguran dan nasihat tp bila berbalik pada diri sendiri x boleh terima...entry yg bagus :)

    ReplyDelete
  6. Insaf sekejap baca. Ye betul, jgn ego & berfikiran negatif.

    ReplyDelete
  7. Itulah tandaa Nina kalau marah atau benci mesti bersebab. Samalah dgn rasa suka dan sayang mesti ada sebabnya kan..

    ReplyDelete
  8. Always think +ve, baru kita tak rasa tertekan walaupun kena marah :D

    ReplyDelete
  9. parah kalau ego kuasai diri.. huhu

    ReplyDelete
  10. mungkin. Aku pun tak tahu. kadang3 manusia ni suka sangat terikut emosi lebih lagi perempuan.. ehehehe

    ReplyDelete
  11. selalunya bila orang tegur kita...itu tandanya dia sayang dan ambil berat kat kita :)

    ReplyDelete
  12. Tajuk entri ni ssuai utk insan kesayangan je.
    Utk yg lain, mmg betul2 marah..betul2 benci. ^__^

    ReplyDelete
  13. Btul. Kta kna fikir positif.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum amanina....betul tu jangan biar ego menguasai diri kita...:)

    ReplyDelete
  15. betul tu...pokok pangkalnya .. (cheeehhhh) :p kita msti berfikiran positif...

    ReplyDelete
  16. banyakkan sabar dan merendahkan diri lebih baik, namun kena usulkan pendapat jg dgn ikhlas..

    ReplyDelete
  17. wow.....i pun kena positif sekarang ni...selalu kena marah ni...

    ReplyDelete
  18. betul tu.. kadang2 org xfaham.

    kalau hana kena marah, hana diam je.. hehe xfikir plak sebab apa.biarlah

    ReplyDelete
  19. betul....marah2 sayang......benci2 merindu......

    ReplyDelete
  20. tiada siapa yang sempurna kan sis?

    ReplyDelete
  21. tapi kalau nak marah tu jangan pula sampai menyakitkan hati insan tersayang.. kita pun ada perasaan dan maruah juga.. hehe.. tiba-tiba emo pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu. marah biar berpada-pada

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com