Assalammualaikum.
Disaat ini, berada di rumah berseorangan. Terus terang, aku takda kekuatan nak menaip entry nie. Takda niat langsung nak kembali ke zaman dulu-dulu. Aku juga manusia biasa bukan robot yang boleh sesuka hati dipermainkan. Bila rosak dicampak ke dalam tong sampah, dan beli yang baru. Kalau bercakap soal hati, aku agak emotional. Minta maaf, orang lain tak rasa apa yang aku rasa dulu. Bila bercakap atau text dengan Hanie. Mesti dia akan bertanyakan tentang "kami". Pika buat kami berkawan, walhal dia dulu suka bergaduh dengan ex.
Bukan senang nak serahkan semula hati kepada dia. Bila teringat balik kata-kata yang keluar dari mulut dia malam itu. Rasanya takmo berkawan semula. Selama setahun lebih aku tanam benci dalam hati. Tapi itu dulu, sekarang aku dah boleh maafkan kesalahan dia. Bila dah berpisah baru kita tau cerita sebenar, baru nak jelaskan semua. Terima kasih kepada "orang ke3" dan sekarang kau dapat bf baru. Itu semua cerita lama. Allah dah balas perbuatan dia. Nak berkawan dengan bekas kekasih boleh tapi..
Elakkan bercakap tentang hal lampau.
Sejarah kekal dan dibiarkan menjadi sejarah. Sepatutnya lebih elok kalau tak sentuh isu-isu yang membawa kepada perpisahan kerana dikhuatiri akan timbulnya perbalahan. Memang terjadi dan jangan dipanjangkan.
Jadikan masa lalu sebagai panduan untuk menjadi lebih baik.
Analisis semula sebab berpisah itu. Sebagai contoh, jika berpisah disebabkan oleh ego, maka elok lah memperbaiki diri. Cuba elak daripada melakukan hal yang sama untuk kali kedua.
Manusia tak lepas dari kesilapan. Itu lumrah. So, lets face the fact, kita sendiri pun pernah buat salah. Aku gembira tengok dia berubah. Mungkin kerana faktor umur. Takmo nak amek tau pasal hubungan dia sama ada dah berpunya/belum. Kami berkawan tanpa berhubung. Cuma sekali sekala, lepak dan sembang itu pun kalau balik Ipoh. Aku juga takmo bagi HARAPAN bahawa aku masih sayangkan dia. Tak baik main-mainkan perasaan orang. Nanti kena kat diri sendiri baru padan muka.
Mesti rasa susah kan nak terima balik bila hati dah terasa.
ReplyDeleteApepun, sis, be strong! Mungkin ada hikmahNya.
Entah la..kadang2 takut benda yg sama berulang.
DeleteIn Shaa Allah kuat.
comei2 anak org jepun ni....larik tajuk plak...ahakz
ReplyDeleteHahaha.. kan..kan. Jeles kot.
Deletetp seeloknya di elakkan kan..
ReplyDeletekata org, x bkwn pon tak..berkawan pon tak..kiranya klo tserempak still btegur sapa.. mknanya stakat tu jela..
tp, apa2pon percaya pd jodoh..
Hurm.. Betul jugak tu.
DeleteAminn..
be strong.. aku tak pernah berada di tempat kau but then aku paham. Huhuh. Mohon kuatkan semangat untuk diri kau walau seluruh manusia d dunia ni buat kau menangis. Sekurangnya kau ada TUhan lagi. =)
ReplyDeleteHuhu.. tq krn memahami.
DeleteTiada lg air mata buat lelaki. Allah itu ada disisi =)
tengs 4 this.
emm... deno belum ada pengalaman bercinta.. still single.. em, ada ke org nak pada org sakit mcm deno?
ReplyDeleteHuhu.. nina skrg pun single.
DeleteEh jgn ckp mcm tu. Jodoh deno ada tu :)
kalau minat jelaskan... jangan sampai kang nmpk dengan org lain meraung lak kome dalam bilik.. heeee
ReplyDeletebest of luck..
Hahaha.. tak minat pon tempoyak
Deletesekali tgk mcm pnh tgk muka laki ni..huhu
ReplyDeleteHehe.. really. muka dia memang fames kt ipoh.
Deletesusah la nak kawan dengan ex sebab ex aku masih ada hati kat aku haha.
ReplyDeleteWow.. macam sama je situasi. haha
Deletesebenarnya benda nie tak salah jika kedua-dua pihak telah over each other dan mereka tahu peranan dan batas mereka sebagai kawan..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Yup, betul kata awk.
DeleteSo, in reality.. we just frens.
berkawan tak salah... letak harapan pun juga tak salah...... cuma kalau jodoh itu suratan...... pasti bersatu juga....
ReplyDeleteErm.. jodoh itu still lg samar2.
DeleteMemang sukar melupakan cerita cinta yang lalu, tapi jodohkan di tangan Tuhan, sejauh mana kta lari, lagi dekat cinta menghampiri..
ReplyDeleteJadi jangan menolak, takut nyesal ;)
Betul tu akak.
DeleteSkrg nie tak tolak tak lari. Nina ditengah2 :)
berkawan lebih baik dari bercinta...jika ada jodoh tak ke mana
ReplyDeleteYa, suka ayat akak tu :)
Deletebetul jgk tuh ,,kalau nk kwn balik dgn ex..xperlulh bercerita pasal hal hal yg lepas..
ReplyDeleteYeahh.. buat bergadoh balik je.
Deleteboleh je nak berkawan...tapi jgn nak ungkit sangat kisah yang silam....
ReplyDeleteHuhu.. skrg kawan tapi gadoh jugak lepas tu baik.
Delete