13 Jul 2014

Sinopsis Drama Rindu Awak 200% (Akasia Tv3)

Salam Readers..


Besok berakhirnya drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Mesti rindu Abang Zen dan Indah nanti. Drama baru menggantikan KTAR ialah Rindu Awak 200% . Jangan terkejut pelakon2 dari drama KTAR termasuk Ariana Rose pun ada. Kalau nak tau siapa pelakon KTAR dalam drama ni ialah abang Epul (ex tunang Indah), Hasma (kawan Indah) dan Samuel kawan Tengku Adam Mukhriz dalam Ariana Rose. Ingat lagi Jonathan Putra ? Hehee.








SINOPSIS NOVEL RINDU AWAK 200%

Zill Faezrul Iqbal terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya atas pilihan bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan berkahwin dengan Armel kerana masih lagi terkenangkan kekasihnya yang sudah meninggal dunia 5 tahun lalu. Manakala, Armel juga tak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas kekasih Armel cemburu dan membuktikan dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju berkahwin dengan Zill. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. Armel langsung tak kenal suaminya sendiri. Zill sentiasa menghilangkan diri dan menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel terfikir siapakah gerangan Zill Faezrul, seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque? 


Armel Aisya - Gadis kejutan budaya bila belajar di Universiti Chicago, US membuatkan ibu bapanya merancang menjodohkan Armel dengan anak abang angkatnya, Zill Faezrul. Ini membuatkan Armel marah pada ibunya. Di Chicago, Armel berkenalan dengan Raizil Dillen dan berubah menjadi liar dan perbuatannya dihidu oleh orang tuanya di Malaysia. Kerana perbuatan itu, Armel terpaksa menerima hukuman menerima lelaki yang bakal di jodohkan ibu bapanya. Selepas pulang ke Malaysia, Armel kecewa kerana Raizil menganggap Armel bukan calon siteri yang sesuai, Armel rasa tertipu. Kemudian, Armel ditunangkan dan mereka tak pernah berjumpa hingga lah suatu hari Zill Faezrul berjumpa sendiri dengan Armel. Armel meminta Zill memutuskan pertunangan dan dengan berat hati Zill bersetuju. Pertemuan yang tak disengajakan antara Armel dan Raizil bersama tunangnya merasa dirinya tercabar. Armel nekad berkahwin dengan Zill.  


Zill yang pernah bertunang 5 tahun dulu sukar melupakan Esyana yang meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak itu Zill tak pernah mencari pengganti. Pada Zill, Armel adalah jodoh yang Allah berikan padanya. Tak sampai 24 jam majlis pernikahan Armel dan Zill, Armel menuntut cerai dari suaminya. Bermula perbalahan dan pertengkaran. Ini membuatkan Armel selalu sakit hati pada Zill bila suaminya buat tak peduli. Zill yang bertugas sebagai Pilot terpaksa meninggalkan Armel dalam beberapa hari demi tugasnya. Dalam tempoh itu, orang tua Armel memerhatikan anaknya. Armel tak pernah tahu apa kerja suaminya atas permintaan Zill. Zill hanya di kenali sebagai juruteknik di KLIA. Zill mahu Armel menerima dirinya seadanya. Ketiadaan Zill membuatkan Armel tertanya. Orang tuanya pula seakan merahsiakan sesuatu.


Armel diterima bekerja di syarikat kawan baik Zill tanpa pengetahuan Armel. Disitu Armel bertemu dengan Raizil. Sekali lagi Raizil cuba menggoda Armel tetapi hatinya sudah beku dengan lelaki tu. Hingga 1 hari Armel terjumpa Zill bersama kawan serumah Esyana di kedai perkahwinan. Kerana salah faham Armel menerima semula Raizil dalam hidupnya. Tapi Armel tak tahu muslihat buruk Raizil, lelaki itu hanya ingin membalas dendam. Sejak bersama Raizil perubahan Armel amat ketara. Ini merisaukan Zill dan orang tuanya. Dengan pertolongan Daria sahabat Armel, Zill dapat menjejaki isterinya. Armel terselamat dari perbuatan jahat Raizil. Armel rasa bersalah kerana terlalu mengikut hati batunya. Disaat Armel menyesali perbuatannya, ayah Zill meninggal. Armel tak sempat memohon ampun pada mertuanya. 

Cikgu Jaslieyatul FarhanaShooting di Istanbul

Sejak itu Armel banyak berubah, dia cuba mengenali suaminya. Siapa Zill Faezrul yang sebenarnya. Mereka berpindah rumah dan memulakan kehidupan yang baru. Armel memulakan kerja yang diminatinya iaitu fesyen selepas di pecat. Walaupun pernah di panggil semula bekerja, Armel mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dan memperkembangkan minatnya dalam dunia fesyen. Di saat mereka menyemai benih cinta. Irene rakan sekerja Zill yang terlalu obses mengejar cintanya membuatkan Zill rimas. Zill yang tak pernah membalas cinta Irene membuatkan dia berani menganggu Armel dan Irene bertindak lebih ganas hingga Zill tertikam. Cemaskan?

Sweetkan? 

6 comments:

  1. citer mcm best ms aku tgok ikla. tapi x smpat la nk tgok. Huuu

    ReplyDelete
  2. baru nak cakap..
    bakpee sweet sgt nie, ahahaa
    Semalam x tengok lg cerita diaa..
    nak minummm, hausssss.. >,<

    ReplyDelete
  3. suka tengok zul ariffin lakon. nampak real je dia sembang. sweet r gambo2 tu :)

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tengok episod seterusnya besok :))

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.