16 December 2013

Sinopsis Drama Ariana Rose Dari Novel The Wedding Breaker

Assalammualaikum.


Petang ni baru habis baca novel yang telah dijadikan drama dan bakal disiarkan menerusi slot Akasia berjudul Ariana Rose. Sebenarnya, aku baca on9 tanpa sempat membeli novelnya. Maklum la busy memanjang. Hehe.. Serius best! 





Sinopsis: 


Mengisahkan Ariana Rose Dan Tengku Adam Kamil tanpa diduga mereka berdua telah diketemukan dalam majlis perkahwinan yang telah mengaibkan keluarga Tengku Mukhriz. Kerana dasar persahabatan, Ariana sanggup menyamar sebagai kekasih Adam yang telah mengandung kerana diminta oleh Tengku Juwita supaya merosakkan majlis perkahwinannya. Siap bawa bukti gambar Adam tengah berpoya2 dengan gadis yang berlainan. 


Juwita tersenyum puas kerana tak menjadi isteri lelaki kasanova atas wasiat nenda mereka tapi Ariana cuak bila gambarnya terpampang di surat khabar. Ariana yang bekerja sebagai penjawat awam siap kena soal dengan bos. Adam telah mengupah spy untuk menyelidik orang yang telah merosakkan namanya dan Ariana telah diculik dan dipaksa untuk mengaku.




Scene majlis amal bersama Harith


Ariana ni keras kepala dan takut rahsia Juwita terbongkar, dia merahsiakan. Sayangnya, dia telah diperkosa secara rela oleh Adam sebab Adam ni pandai menggoda. Ariana amat bencikan Adam tapi Adam pulak semakin cintakan Ariana. Dia muram selama 2 bulan dan cuba melupakan kejadian hitam itu dengan mendekati rumah anak2 yatim. 


Adam dan Ariana bertemu lagi dalam majlis amal melibatkan syarikat Adam. Perasaan cemburu hadir bila Adam melihat Ariana rapat dengan rakan sekerjanya, Harith. Kerana satu sebab, Ariana hampir diperkosa buat kali ke 2. Ariana semakin membenci Adam dan melarikan diri ke rumah uminya di Kelantan. 






Scene makan malam berdua.. so sweet



Atas nasihat Dr Rosli, kawan baik Tengku Mukhriz, dia telah merisik Ariana tanpa pengetahuan Adam dan keluarga Ariana menerima lamaran itu. Ariana pula tak tahu bakal suaminya ialah orang yang dibenci. Adam macam orang gila mencari Ariana kerana ingin melamarnya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Adam pergi menunaikan umrah. 


Bila hampir tarikh nikah, Adam baru tahu tunangnya ialah Ariana apabila ayahnya menggantungkan gambar. Dia pulak tak sabar nak kawen. So sweet! Ariana dapat tahu Adam, suaminya pada majlis akad nikah tapi menerima dengan ikhlas bila Adam telah insaf. Pasangan ideal bila dikurniakan 3 orang putera yang comel2. Tengku Iman Asyraf 6 tahun, Tengku Muhammad Aqeel 5 tahun dan Tengku Afzal 3 tahun. Loving couple :)



Scene dimana Harith nak dinner dengan Ariana tapi Adam sibuk nak mengacau. Haha


Serius cantik pelamin wedding Ariana dengan Adam.. Wahh




Majlis di sebelah pihak Adam kalau tak silap


Wedding mereka berdua. Can't wait ! 

19 comments:

Liana Sulaiman said...

rasa tak sabar pulak nak tgk citer tuh..

ikhwan yusuff said...

semua cerita dari novel..:D

Mime MF said...

Yes dah baca...sangat la best!! 5 stars! Hehe hopefully drama TWB terbaik mcm novelnya..>.<

Vee said...

selamat menonton ...

Teena Tna said...

makin popular pula drama yd diadaptasi dari novel. saya on-off jer tgok drama2 ni. hehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

happy ending.. menarik jalan ceritanya.. :D

reenapple said...

Novel ni pun buat drama juga? :3

Novel ni agak best tapi aku tak minat baca buku macam ni.. haha

Syida Rasyidah said...

ada tgk novel ni kat pesta buku haritu, tp xdpt beli... tengah bulankan... hihihi

Puan Gojes said...

heee. PG ada pinjam novel playboy itu suami aku , kalau tak silap PG. tapi sampai la ni belom terbaca2 lagi novel tu :D hehe.
PG singgah isi tabung sekali ya nina :)

Azlan Strider said...

macam menarik jer cerita nie tapi mesti tv series kan??hmmm

Regards,
-Strider-

Kathy R'bain said...

hebat ni..

Hafizin Jamil said...

Ariana Rose tu. bunyi pun dah nama mat saleh. haha

Suria Lekatlekitgurl said...

ok bagus sinopsis.. ringkas jelas & padat.

adrianna syaz said...

Dri novel jgk ni..sapa yg x suka baca novel..bolehla tgk cerita je.hehe :)

Dhia Dirham said...

mesti bestkan?

Nick Nashram said...

ingatkan drama english..sbb tajuk the wedding breaker..hehe.
cam best je.nak cuba tengok la.

Khai♥Rin : anies said...

da bli novel ni...mmg tangkap leleh laaa...msk opis--- mengantuk heheheh

Fiza Rahman said...

Citer skang suma amik dari novel.

Yun Sing said...

Waa.. nak cari tonton online laa.. :D After PT3 xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com