10 Aug 2023

6 Topping Sedap Di llaollao

Assalamualaikum readers


6 Topping Sedap Di llaollao | Siapa yang teringin nak cuba llaollao (yaw yaw) tapi tak pandai nak pilih topping, meh Nina share. Nanti kalau singgah mall boleh terus beli! Salah satu fav aiskrim yogurt dan harga bukan kategori Madani Mahalni. Paling suka yogurt in black 😋


llaollao menyediakan pelbagai jenis topping yang terdiri daripada sauce, buah-buahan dan juga biskut. Yang biasa beli tu, takkan nak mengulang topping yang sama. Mesti sudah bosan, bukan? Apa salahnya cuba topping baru pulak. Meh tengok 6 topping sedap ini !


#1 Pistachio Sauce

Credit brgsjks

Pistachio sauce ini menjadi kegemaran ramai termasuk Nina disebabkan rasanya yang sangat unik. Rasa kacang pistachio yang nutty dan tidak terlalu manis ini memang sesuai di makan bersama yogurt.


#2 Ovomaltine Sauce

Credit ayue

Siapa peminat Ovomaltine? Jangan risau kerana IIaollao sediakan. Rasanya memang sedap di makan bersama yogurt yang masam. Antara kombinasi yang menarik bersama Ovomaltine sauce ialah buah-buahan seperti mangga dan melon.


#3 Chips Ahoy

Credit ctjamil

Selain sauce dan juga buah-buahan, biskut Chips Ahoy menjadi kegemaran ramai. Biskut ini susah sikit nak dapat di pasaran, maka boleh cuba rasa di llaollao. Kombinasi menarik ialah Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce atau pun Chocolate Hazelnut Sauce.


#4 Oreo Crumbs


Oreo memang sesuai dimakan dengan apa-apa sahaja dessert, betul tak? Kombinasi yang sesuai dimakan bersama ialah Chocorock Sauce dan juga buah-buahan.


#5 Strawberry

Credit azimshahrahman

Rasa masam manis buah strawberi dan di makan bersama yogurt, memang nikmat! Boleh lah cuba masukkan strawberi sebagai topping untuk yogurt ditambah Chocorock Sauce atau Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce.


#6 Lotus Biscoff Caramelised Biscuit Sauce

Credit nrainqsrh

Antara topping paling popular di llaollao dan sesuai dimakan bersama yogurt. Walaupun rasanya agak manis, tetapi masih boleh dimakan. Boleh tambahkan dengan buah-buahan yang sedikit masam.

11 comments:

  1. Sedap sedap je eh topping diaaa. Belum pernah lagi makan yaw yaw ni. Nanti kaya sikit kita pergi.

    ReplyDelete
  2. tapi sy perasan juga laa kalau kiosk yg ada sos pistascio tu panjang je q nya hehehe

    ReplyDelete
  3. ‘yaw yaw’ tu cara sebutan ilaoilao ya?
    Tak pernah cuba sebab tak tau benda apa 😄
    Lepas ni insyaAllah boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Pernah beli llaollao ni 2 kali je. Dua² letak sos chocolate dan kacang. Lain kali nak cuba letak buah pula.

    ReplyDelete
  5. ammi tak pernah lagi makan kat sini...

    ReplyDelete
  6. rasanya br sekali je beli kt sini sbb anak² x suka yogurt.. ms beli tu pun lmbt sgt diorang nk habiskan

    ReplyDelete
  7. anak2 akak suka sgt la yao yao ni..akak suka yg caramel n pistachio tu

    ReplyDelete
  8. Ini suruh cuba macam-macam bahan tambahan yang disediakan.

    ReplyDelete
  9. Semuanya sedap² .tapi yang paling menjadi kegemaran CCL pistachio sauce tue laa . Sedapp

    ReplyDelete
  10. Tiba-tiba rasa macam nak gi cari.. hahaha.. menggugat lidah betul..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com