23 Aug 2023

Donut Peach, Buah Kayangan Viral

Assalamualaikum readers


Donut Peach, Buah Kayangan Viral | Akhirnya jumpa juga Donut Peach, buah kayangan viral, harga pun masih mahal namate 😂 Antara buah Donut Peach dan Shine Muscat, alhamdulillah buah anggur jadi pilihan anak. Jimat duit mak (tangan di bahu, mata ke atas). Mungkin sebab tekstur isinya yang lembik masam manis tu.


Donut Peach RM 22


Donut Peach atau flat peach yang sedang viral ni datangnya dari Spain. Patutlah kemain mahal harganya. Harga untuk 7 biji dalam RM 22. Memang ini yang pertama dan terakhir beli. Haha..


Sengaja Nina beli yang kulit buahnya merah-merahan supaya balik rumah terus boleh makan. Buahnya elok dan pelbagai rupa bentuk. Rupa buah memang macam donut.


Isi buah dari jenis Golden Peach. Ada sesetengah orang makan dengan kulit tapi Nina lebih suka kupas kulit


Pertama kali juga makan buah peach sebenar. Buah donut peach ni ada juga dari Turki. Yang Nina beli ni jenis golden peach. Alhamdulillah, lepas makan tak jadi alahan. Ada juga orang yang alah dengan buah ni peach ni sampai viral masuk hospital. Yang belum cuba tu, boleh lah buat rasa-rasa, sementara masih viral.

10 comments:

  1. curious. nak jugak try sekali

    ReplyDelete
  2. Ada jumpa tapi tidak pasti dari negara mana. Sekadar tengok. Fikir-fikir hendak beli ke tidak.

    ReplyDelete
  3. Tak mencuba lagi bila ramai bagi feedback kurang memuaskan..hahaa..Maybe nak tunggu Muroh lagik 😂

    ReplyDelete
  4. bli aritu donut peach spain....sedap...tp bli 2 biji je sbb jenis timbang..2 biji pn dh rm25

    ReplyDelete
  5. haritu beli 5 bijik rm22 hahahahah pengsan

    ReplyDelete
  6. Cuya cari juga donut peach ni..
    tak jumpa lak

    ReplyDelete
  7. Tengah viral donut peach ni . Mahal jugak ya ..

    ReplyDelete
  8. First time rasa kat rumah kawan. Tak minat sangat buah peach jadi makan gitu2 je.

    ReplyDelete
  9. Sha pun rasa seeloknya kulit dia dibuang dulu sebelum makan.. Sebab dekat kulit dia tu macam ada bulu-bulu halus kan..

    ReplyDelete
  10. peach tu rasa dah, adik bawak balik ari tu.. yg grape tu lum jumpa lagi

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com