3 Aug 2023

Tips Pilih Tembikai Manis Sedap

Assalamualaikum readers


Tips Pilih Tembikai Manis Sedap | Buah tembikai menjadi kegemaran anak. Harraz boleh habiskan separuh tembikai. Beli sebiji besar makan sehari dah boleh habis. Untuk beli buah tembikai ni memang agak mencabar sebenarnya. Silap pilih dapat buah tembikai yang tidak elok isinya dan rasa tawar.



Kerana itu untuk beli buah tembikai kena ambil tahu dulu tips dan petua untuk pilih buah tembikai yang manis sedap berjus. Barulah tak menyesal bila beli nanti. Meh nak kongsi tips:


#1 Kenal jantina buah tembikai


Rupanya buah tembikai ini ada jantina (jantan dan betina). Macam mana nak bezakan? Bagi buah tembikai jantan, bentuknya agak lonjong dan besar. Mempunyai biji dan air yang banyak makan tembikai jantan lebih sesuai untuk di buat jus.



Manakala buah tembikai betina pula bentuknya lebih bulat dan kurang biji, lebih padat serta manis isinya, maka buah tembikai betina lebih sedap untuk dimakan begitu saja.


#2 Ada tompokan 'jaringan lebah'


Selalunya ramai yang lebih suka pilih buah dengan permukaan yang bagus. Untuk buah lain okay tapi untuk buah tembikai jangan ikut cara itu.



Buah tembikai yang ada tompokan 'jaringan lebah' adalah lebih bagus kerana isinya sangat manis hingga disukai lebah untuk hinggap.


#3 Tompokan kuning pada buah tembikai



Pilih buah tembikai yang ada tompokan berwarna kuning krim atau oren pada bahagian bawahnya. Warna kuning krim atau oren menandakan buah sudah lama berada di atas tanah dan sudah betul-betul masak berbanding dengan tompokan warna putih.


#4 Belang buah tembikai lebih sekata dan gelap warnanya



Belang buah dengan jalur yang sekata pada kiri dan kanannnya serta warna gelap mempunyai isi yang manis.


#5 Tekstur lebih licin dan berkilat


Tekstur permukaan kulit buah tembikai yang lebih licin dan berkilat menandakan ianya telah masak dengan sempurna berbanding buah dengan permukaan yang kasar.


#6 Bila timbang agak berat


Tembikai yang lebih berat bermakna isi kandungan air di dalamnya lebih banyak. Biar ia nampak kecil, tapi jika timbangannya berat maka buah tembikai itu sangata manis dan berjus.


#7 Tangkai buah kering


Tangkai yang kering dan kecut bermakna buah tembikai benar-benar telah masak dengan sempurna berbanding dengan tangkai yang basah dan berwarna hijau.


Dikhuatiri buah tembikai telah dipetik secara sengaja tanpa menunggu buah itu masak sepenuhnya.


#8 Tepuk dan jentik buah


Tujuan untuk mendengar bunyi dari dalam buah. Hanya tepuk atau jentik buah tembikai dengan perlahan, jika ia mengeluarkan bunyi seakan-akan kosong, itu bermakna buah tembikai sudah masak sempurna.


Semoga menjadi pembeli yang bijak di zaman Mahalni. Untuk buah tembikai susu tak pasti pulak tips sama ke tak. Kena kaji dulu sebabnya dalam rumah tak ada peminat buah tembikai susu.

6 comments:

  1. paling x pandai beli tembikai... org ketuk, kita pun ketuk jugak.. ha haha.. good tips, tq for sharing

    ReplyDelete
  2. sy selalu pilih yg bulat hehe

    ReplyDelete
  3. Dapat beli tembikai manis memang sedap . Nk buat juice pun dh tak perlu letak gula

    ReplyDelete
  4. Uish.. baru tahu adajantan dan betina.. tq share Nina..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com