28 Jun 2020

Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers


Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang | Pengantin PKPP 2020 | Alhamdulillah semuanya dipermudahkan hanya dalam masa 2 bulan persiapan di buat semasa PKP. Entri ini nak share pengalaman Nina menjadi pengantin dan segala urusan dipermudahkan Allah dalam keadaan negara masih fight dengan Covid-19. Tips ini mungkin mudah bagi pasangan dalam negeri yang sama 😚 Semoga entri ni dapat membantu dalam masa yang akan datang. Meh kita mulakan. Sepatutnya dijangka nikah 26 September 2020, kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Alhamdulillah, selamat bernikah 😀



21 Mei 2020 - Hantar borang nikah pihak lelaki di Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut (KOMTAR) terus interview nikah sebab submit borang completed

Selesai interview dengan pejabat agama, pihak lelaki akan dapat borang ini untuk datang tuntut borang kebenaran berkahwin (pihak perempuan kena bawa bila submit borang). Bayaran RM 5

Patuhi arahan SOP, tak boleh bawa satu kampung



Bila mula PKPB, terus rasa nak settlekan hal penting ni. Allah gerakkan hati kami untuk percepatkan proses nikah. Masa tu, nak bergerak ke sana ke sini tak jumpa roadblock polis dah. Di bawah Nina share step by step:



1. Borang permohonan nikah bagi lelaki dan perempuan boleh buat secara online di e-munakahat Pulau Pinang (klik) . Nina buat start PKPB sebab pejabat agama dah buka. Kesemua borang boleh print berwarna atau hitam putih


Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang




2. Print borang senarai semak, jadi tak ada masalah bila nak submit borang nikah di pejabat, kalau tak lengkap tak boleh interview. Sebelum submit borang sila check satu-satu dokumen yang diperlukan dulu ok.


3. Print borang saringan HIV siap-siap untuk lelaki dan perempuan. Hanya boleh buat ujian di Klinik Kesihatan Kerajaan. Boleh refer link yang tertera, kat situ ada senarai klinik kesihatan kerajaan.






4. Dah siap buat permohonan secara online dan buat HIV test, boleh prepare dokumen yang lain.



5. Buat pengantin lelaki dan perempuan, sediakan salinan IC (2 salinan) setiap seorang (IC sendiri dan pasangan). Potostat sijil kursus kahwin (bawa asal juga), borang HiV test, Nina bawa juga sijil nikah parents, IC dan surat beranak wali, borang wali wakalah (side Nina tak perlu tapi bergantung kepada pejabat agama)



6. Akhir sekali print borang untuk buat kad nikah pintar. Sediakan salinan IC pengantin perempuan dan lelaki sekeping sahaja bersama gambar ukuran passport (background putih).







Next, lepas dah collect borang kebenaran nikah side lelaki di komtar, Nina terus ke pejabat agama daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Penaga. Dah settle interview dan buat bayaran RM 5, akan diberikan tarikh untuk collect borang kebenaran nikah perempuan dan no telefon jurunikah (tok kadi) untuk buat temujanji tarikh dan masa yang akan nikah. Bergantung kepada SOP dan tarikh free ustaz. Kami tak boleh nikah Jumaat sebab ustaz ada program. Boleh nikah dari hari Isnin-Khamis (pagi sahaja) antara 9.30 pg-10.30 pg-11.30 pagi. Hanya di pejabat agama daerah SPU. Pejabat agama lain tak pasti. 



4 Jun 2020 - Pi pejabat agama side lelaki untuk betulkan no IC Nina yang salah taip

Kursus kawen kena cop, yang ambil di negeri lain wajib kena interview

Borang oren ni akan dihantar ke pejabat agama side perempuan bersama borang lain

16/6/2020 - Ambil borang kebenaran nikah Nina

Selepas akad nikah akan dapat borang ni (untuk sementara) sehingga sijil nikah original siap.

Dibacakan dihadapan tok kadi dan 2 saksi



Statistic setakat tarikh 28 Jun 2020

Sepatutnya kad nikah siap selepas 3 bulan dan pejabat ‘janji’ akan call bila siap 🙄 Dah lebih 3 bulan tak call. 6 Nov 2020 pi ambik di pejabat. Alamat rumah pun tulis silap



Buat bakal-bakal pengantin, semoga entri Nina dapat bagi info dan semoga Allah permudahkan urusan pernikahan. Buat Nina dan suami, kami hanya interview dengan 3 soalan saja. Tak complicated dan cepat. Nikah pun hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan musim Covid mungkin, suasana tak sama. Apa-apa soalan boleh drop komen okay.


43 comments:

  1. Mulai 01 julai dah boleh buat majlis keramaian
    Urusan nikah pun dah lebih mudah

    ReplyDelete
  2. Terperinci.
    Selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. n tahniah .. n welcome to the married life.. bykkan bsabar ye :p

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru Nina :)

    ReplyDelete
  5. Wah nina tahniah..dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  6. Bagusnya perkongsian Nina.. details..

    ReplyDelete
  7. Apa soalan kena tanya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Mengucap 2 kalimah syahadah
      2. Baca Al-fatihah
      3. Berselawat

      Delete
    2. Askum sy nak Tanya sy botany semua complete Kami masing2 pernah berkahwin sebelum ni Dan Kami jugak daerah yg Sama..Cara mcmana boleh Kami buat akad nikah sedangkan akad nikah Di Penang ditangguhkan ..boleh tak tjuk jalan2 lain untuk Kami nikah

      Delete
    3. Selagi lockdown di Pulau Pinang dan pejabat agama tak buka memang tak ada cara lain untuk bernikah. Harap bersabar ya, kes covid tengah naik turun :)

      Delete
    4. Komtar tu utk daerah timur laut sahaja. Boleh ke pejabat agama BM

      Delete
    5. Farah boleh contact di email dulu.. sy tak share no di blog

      Delete
  8. Untuk yang ambil kursus kahwin luar negeri, banyak ka soalan yang dia tanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang tempoh PKPB ni soalan yg di tanya tak lebih dr 6 soalan.. bergantung kepada setiap jabatan agama islam negeri

      Delete
  9. Alhamdullilah terjumpa entri pn nina. Sekurang2nya kukuhkan lg pengetahuan saya.

    Saya ada soalan, saya dah amik kursus tahun 2008 masa zaman belajar di Uni. Masih boleh diterima pakai kah? Atau saya akan diinterview jugak? Dan nak dptkan chop utk sijil kursus tu dengan siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Fazilah : Sijil kursus masih boleh guna. IV terpulang pada pejabat agama sebab ambil dr 2008.

      Sijil kursus akan di cop selepas submit borang nikah yg lengkap.

      Delete
  10. Oh boleh print hitam putih ya. tahniahhh selamat sudah semua. Doakan urusan saya dipermudahkan jugak untuk nikah 12/3/2021 di PAD. Harap2 tak ada dikenakan PKP dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. Semoga urusan cik dipermudahkan Allah. Aaaminnn

      Harap2 bulan Mac tak ada PKPB/PKPD

      Delete
  11. Nak tanya, wali kena ikut sekali ke masa hantar ke penolong pendaftar untuk iv? sebab ada baca dekat jaipp yang wali kena iv.

    ReplyDelete
  12. Berguna sangat entry ni. Saya nak tanya, wali kena ikut sekali ke masa hantar dokumen dekat penolong pendaftar untuk sesi tembubual? sebab baca kat jaipp wali kena iv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulaikha : Tahun2 sebelum 2021 wali tak perlu kena iv, hanya pengantin saja. Tak pasti kalau jaipp buat prosedur baru tahun ni. cuba call pejabat tanya

      Delete
  13. Assalamualaikum sis .. nak tnya utk borang permohonan kahwin klaw nama pasangan silap taip mcm mn nak edit .. borang sy dah submit .. sis boleh bagitau apa yg perlu sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yazal : Assalamualaikum.. pergi ke pejabat agama dan minta staf betulkan nama sebelum pejabat keluarkan borang permohonan nikah warna oren tu.

      Delete
  14. hi nina.. masa kita submit semua borang, bakal suami pun kena ikut sekali ea ? sbb dalam list tu kena submit original ic.. and kalau kena ikut, dia kena iv juga tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eda : Hi.. bakal suami boleh ikut sekali. Hanya submit salinan ic pengantin perempuan dan lelaki sahaja. Kalau awak berdua tinggal di daerah yg sama, bila submit borang dua2 orang kena iv.

      Delete
  15. Hi sis , saya nk tanya kalau surat cerai ibubapa hilang ? Kena terus pergi pejabat agama ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Adik, surat cerai kalau hilang kena ke pejabat agama dan bg tau cara nk buat

      Delete
  16. Assalamualaikum...boleh saya tahu kalau saya dan bakal suami dari daerah yang kena hantar borang sekali ka? Then perlu bawa wali sekalikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau dua2 dr daerah sama kena hantar borang sekali. Bawa wali sekali

      Delete
  17. Assalam si. Trima kasih atas perkonhsian. sysa nak sikit. Step dia lebih kurang mcm nih erk.

    1) Isi borang perkhawin secara online dalm website emnukahat (lelaki&prempuan)
    2) buat HIV test
    3) Completekann dokumen diperlukan ic, etc
    4) submit ke pjbat agama.

    Betul tak ? ke ada yg tertinggal.

    Ada 1 lagi masa p Buat HIV TEST kena bwak apa² borang atau dokumen tak selain borang kesihatan. Thank you sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzat : waalaikumussalam. Sama-sama.

      Ya betul macam yang sy kongsi step by step.


      Buat HIV test tu bawa juga borang permohonan nikah incase staf klinik kesihatan nak tengok details pengantin.

      Delete
  18. Askum sy nak Tanya borang complete semua complete Kami masing2 pernah berkahwin sebelum ni Dan Kami jugak daerah yg Sama..Cara mcmana boleh Kami buat akad nikah sedangkan akad nikah Di Penang ditangguhkan ..boleh tak tjuk jalan2 lain untuk Kami nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi lockdown di Pulau Pinang dan pejabat agama tak buka memang tak ada cara lain untuk bernikah.

      Delete
  19. Assalam sis. sya nk tanya. masa hantar borang kebenaran berkhawin tu. wali dgn pasangan kena ada skali ka atau mcm mana masa nk submit borang tu. Terima kasih sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzat : waalaikumusslm. Masa submit borang tak perlu wali pun hanya pasangan yg bakal berkahwin sahaja. Sama2

      Delete
  20. salam nina nak tanya proses nak dapat tarikh dekat pejabat agama bm lama ka , lepastu nak hantar borang kena temujanji ka kami nak pi dah haritu nasibbaik call dulu lepas tu dia kata kena temujanji

    ReplyDelete
  21. salam sis...saye org pahang, ade jodoh orang penang...kalau nak nikah tu nikah kat penang dan ikut prosedur kt penang ke? terima kasih sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zack : Waalaikumussalam.. ya nikah di penang dan ikut prosedur JAIPP. Borang nikah pihak lelaki sahaja boleh ikut prosedur pejabat agama pahanag

      Delete
  22. Salam Nina, ada confuse sikit:
    1. Sy ic alamat selangor bekerja di selangor, tapi nak buat akad nikah di penang. jadi sy kena isi follow pejabat agama pulau pinang kan? sebab sy confuse bahagian bermaustatin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyana : Waalaikumusalm.

      Ya kena isi bahagian bermastautin jugak. Follow pejabat agama pulau pinang

      Delete
  23. salam, nak tanya. macam mana nak tukar tarikh nikah di borang? kalau tengok kat website tak boleh edit. borang belum hantar ke pejabat agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazira : Waalaikumussalam. Kena isi semula dan print baru.

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com