Assalamualaikum Readers
Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang | Pengantin PKPP 2020 | Alhamdulillah semuanya dipermudahkan hanya dalam masa 2 bulan persiapan di buat semasa PKP. Entri ini nak share pengalaman Nina menjadi pengantin dan segala urusan dipermudahkan Allah dalam keadaan negara masih fight dengan Covid-19. Tips ini mungkin mudah bagi pasangan dalam negeri yang sama 😚 Semoga entri ni dapat membantu dalam masa yang akan datang. Meh kita mulakan. Sepatutnya dijangka nikah 26 September 2020, kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Alhamdulillah, selamat bernikah 😀
 |
21 Mei 2020 - Hantar borang nikah pihak lelaki di Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut (KOMTAR) terus interview nikah sebab submit borang completed |
 |
Selesai interview dengan pejabat agama, pihak lelaki akan dapat borang ini untuk datang tuntut borang kebenaran berkahwin (pihak perempuan kena bawa bila submit borang). Bayaran RM 5 |
 |
Patuhi arahan SOP, tak boleh bawa satu kampung |
Bila mula PKPB, terus rasa nak settlekan hal penting ni. Allah gerakkan hati kami untuk percepatkan proses nikah. Masa tu, nak bergerak ke sana ke sini tak jumpa roadblock polis dah. Di bawah Nina share step by step:
1. Borang permohonan nikah bagi lelaki dan perempuan boleh buat secara online di e-munakahat Pulau Pinang (klik) . Nina buat start PKPB sebab pejabat agama dah buka. Kesemua borang boleh print berwarna atau hitam putih.
 |
Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang |
2. Print borang senarai semak, jadi tak ada masalah bila nak submit borang nikah di pejabat, kalau tak lengkap tak boleh interview. Sebelum submit borang sila check satu-satu dokumen yang diperlukan dulu ok.
3. Print borang saringan HIV siap-siap untuk lelaki dan perempuan. Hanya boleh buat ujian di Klinik Kesihatan Kerajaan. Boleh refer link yang tertera, kat situ ada senarai klinik kesihatan kerajaan.
4. Dah siap buat permohonan secara online dan buat HIV test, boleh prepare dokumen yang lain.
5. Buat pengantin lelaki dan perempuan, sediakan salinan IC (2 salinan) setiap seorang (IC sendiri dan pasangan). Potostat sijil kursus kahwin (bawa asal juga), borang HiV test, Nina bawa juga sijil nikah parents, IC dan surat beranak wali, borang wali wakalah (side Nina tak perlu tapi bergantung kepada pejabat agama).
6. Akhir sekali print borang untuk buat kad nikah pintar. Sediakan salinan IC pengantin perempuan dan lelaki sekeping sahaja bersama gambar ukuran passport (background putih).

Next, lepas dah collect borang kebenaran nikah side lelaki di komtar, Nina terus ke pejabat agama daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Penaga. Dah settle interview dan buat bayaran RM 5, akan diberikan tarikh untuk collect borang kebenaran nikah perempuan dan no telefon jurunikah (tok kadi) untuk buat temujanji tarikh dan masa yang akan nikah. Bergantung kepada SOP dan tarikh free ustaz. Kami tak boleh nikah Jumaat sebab ustaz ada program. Boleh nikah dari hari Isnin-Khamis (pagi sahaja) antara 9.30 pg-10.30 pg-11.30 pagi. Hanya di pejabat agama daerah SPU. Pejabat agama lain tak pasti.
 |
4 Jun 2020 - Pi pejabat agama side lelaki untuk betulkan no IC Nina yang salah taip |
 |
Kursus kawen kena cop, yang ambil di negeri lain wajib kena interview |
 |
Borang oren ni akan dihantar ke pejabat agama side perempuan bersama borang lain |
 |
16/6/2020 - Ambil borang kebenaran nikah Nina |
 |
Selepas akad nikah akan dapat borang ni (untuk sementara) sehingga sijil nikah original siap. |
 |
Dibacakan dihadapan tok kadi dan 2 saksi |
 |
Statistic setakat tarikh 28 Jun 2020 |
 |
Sepatutnya kad nikah siap selepas 3 bulan dan pejabat ‘janji’ akan call bila siap 🙄 Dah lebih 3 bulan tak call. 6 Nov 2020 pi ambik di pejabat. Alamat rumah pun tulis silap |
Buat bakal-bakal pengantin, semoga entri Nina dapat bagi info dan semoga Allah permudahkan urusan pernikahan. Buat Nina dan suami, kami hanya interview dengan 3 soalan saja. Tak complicated dan cepat. Nikah pun hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan musim Covid mungkin, suasana tak sama. Apa-apa soalan boleh drop komen okay.
Mulai 01 julai dah boleh buat majlis keramaian
ReplyDeleteUrusan nikah pun dah lebih mudah
Terperinci.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru.
alhamdulillah.. n tahniah .. n welcome to the married life.. bykkan bsabar ye :p
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Nina :)
ReplyDeleteWah nina tahniah..dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteBagusnya perkongsian Nina.. details..
ReplyDeleteApa soalan kena tanya ya?
ReplyDelete1. Mengucap 2 kalimah syahadah
Delete2. Baca Al-fatihah
3. Berselawat
Askum sy nak Tanya sy botany semua complete Kami masing2 pernah berkahwin sebelum ni Dan Kami jugak daerah yg Sama..Cara mcmana boleh Kami buat akad nikah sedangkan akad nikah Di Penang ditangguhkan ..boleh tak tjuk jalan2 lain untuk Kami nikah
DeleteSelagi lockdown di Pulau Pinang dan pejabat agama tak buka memang tak ada cara lain untuk bernikah. Harap bersabar ya, kes covid tengah naik turun :)
DeleteKomtar tu utk daerah timur laut sahaja. Boleh ke pejabat agama BM
DeleteFarah boleh contact di email dulu.. sy tak share no di blog
DeleteUntuk yang ambil kursus kahwin luar negeri, banyak ka soalan yang dia tanya?
ReplyDeleteSepanjang tempoh PKPB ni soalan yg di tanya tak lebih dr 6 soalan.. bergantung kepada setiap jabatan agama islam negeri
DeleteAlhamdullilah terjumpa entri pn nina. Sekurang2nya kukuhkan lg pengetahuan saya.
ReplyDeleteSaya ada soalan, saya dah amik kursus tahun 2008 masa zaman belajar di Uni. Masih boleh diterima pakai kah? Atau saya akan diinterview jugak? Dan nak dptkan chop utk sijil kursus tu dengan siapa?
Nur Fazilah : Sijil kursus masih boleh guna. IV terpulang pada pejabat agama sebab ambil dr 2008.
DeleteSijil kursus akan di cop selepas submit borang nikah yg lengkap.
Oh boleh print hitam putih ya. tahniahhh selamat sudah semua. Doakan urusan saya dipermudahkan jugak untuk nikah 12/3/2021 di PAD. Harap2 tak ada dikenakan PKP dalam masa terdekat ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih.. Semoga urusan cik dipermudahkan Allah. Aaaminnn
DeleteHarap2 bulan Mac tak ada PKPB/PKPD
Sama2 Dheeya
DeleteNak tanya, wali kena ikut sekali ke masa hantar ke penolong pendaftar untuk iv? sebab ada baca dekat jaipp yang wali kena iv.
ReplyDeleteBerguna sangat entry ni. Saya nak tanya, wali kena ikut sekali ke masa hantar dokumen dekat penolong pendaftar untuk sesi tembubual? sebab baca kat jaipp wali kena iv.
ReplyDeleteZulaikha : Tahun2 sebelum 2021 wali tak perlu kena iv, hanya pengantin saja. Tak pasti kalau jaipp buat prosedur baru tahun ni. cuba call pejabat tanya
DeleteAssalamualaikum sis .. nak tnya utk borang permohonan kahwin klaw nama pasangan silap taip mcm mn nak edit .. borang sy dah submit .. sis boleh bagitau apa yg perlu sy buat
ReplyDeleteYazal : Assalamualaikum.. pergi ke pejabat agama dan minta staf betulkan nama sebelum pejabat keluarkan borang permohonan nikah warna oren tu.
Deletehi nina.. masa kita submit semua borang, bakal suami pun kena ikut sekali ea ? sbb dalam list tu kena submit original ic.. and kalau kena ikut, dia kena iv juga tak ?
ReplyDeleteEda : Hi.. bakal suami boleh ikut sekali. Hanya submit salinan ic pengantin perempuan dan lelaki sahaja. Kalau awak berdua tinggal di daerah yg sama, bila submit borang dua2 orang kena iv.
DeleteHi sis , saya nk tanya kalau surat cerai ibubapa hilang ? Kena terus pergi pejabat agama ka
ReplyDeleteHi Adik, surat cerai kalau hilang kena ke pejabat agama dan bg tau cara nk buat
DeleteAssalamualaikum...boleh saya tahu kalau saya dan bakal suami dari daerah yang kena hantar borang sekali ka? Then perlu bawa wali sekalikan?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kalau dua2 dr daerah sama kena hantar borang sekali. Bawa wali sekali
DeleteAssalam si. Trima kasih atas perkonhsian. sysa nak sikit. Step dia lebih kurang mcm nih erk.
ReplyDelete1) Isi borang perkhawin secara online dalm website emnukahat (lelaki&prempuan)
2) buat HIV test
3) Completekann dokumen diperlukan ic, etc
4) submit ke pjbat agama.
Betul tak ? ke ada yg tertinggal.
Ada 1 lagi masa p Buat HIV TEST kena bwak apa² borang atau dokumen tak selain borang kesihatan. Thank you sis
Izzat : waalaikumussalam. Sama-sama.
DeleteYa betul macam yang sy kongsi step by step.
Buat HIV test tu bawa juga borang permohonan nikah incase staf klinik kesihatan nak tengok details pengantin.
Askum sy nak Tanya borang complete semua complete Kami masing2 pernah berkahwin sebelum ni Dan Kami jugak daerah yg Sama..Cara mcmana boleh Kami buat akad nikah sedangkan akad nikah Di Penang ditangguhkan ..boleh tak tjuk jalan2 lain untuk Kami nikah
ReplyDeleteSelagi lockdown di Pulau Pinang dan pejabat agama tak buka memang tak ada cara lain untuk bernikah.
DeleteAssalam sis. sya nk tanya. masa hantar borang kebenaran berkhawin tu. wali dgn pasangan kena ada skali ka atau mcm mana masa nk submit borang tu. Terima kasih sis.
ReplyDeleteIzzat : waalaikumusslm. Masa submit borang tak perlu wali pun hanya pasangan yg bakal berkahwin sahaja. Sama2
Deletesalam nina nak tanya proses nak dapat tarikh dekat pejabat agama bm lama ka , lepastu nak hantar borang kena temujanji ka kami nak pi dah haritu nasibbaik call dulu lepas tu dia kata kena temujanji
ReplyDeletesalam sis...saye org pahang, ade jodoh orang penang...kalau nak nikah tu nikah kat penang dan ikut prosedur kt penang ke? terima kasih sis
ReplyDeleteZack : Waalaikumussalam.. ya nikah di penang dan ikut prosedur JAIPP. Borang nikah pihak lelaki sahaja boleh ikut prosedur pejabat agama pahanag
DeleteSalam Nina, ada confuse sikit:
ReplyDelete1. Sy ic alamat selangor bekerja di selangor, tapi nak buat akad nikah di penang. jadi sy kena isi follow pejabat agama pulau pinang kan? sebab sy confuse bahagian bermaustatin tu.
Lyana : Waalaikumusalm.
DeleteYa kena isi bahagian bermastautin jugak. Follow pejabat agama pulau pinang
salam, nak tanya. macam mana nak tukar tarikh nikah di borang? kalau tengok kat website tak boleh edit. borang belum hantar ke pejabat agama.
ReplyDeleteHazira : Waalaikumussalam. Kena isi semula dan print baru.
Delete