Assalammualaikum ❤
Selamat petang si kacak dan si cantik. Baru harini free dan Alhamdulillah selesai majlis-majlis itu. Penat 2 hari tak hilang lagi ditambah tidur yang tak berapa cukup tapi takpa janji hati berbunga-bunga. Selesai sudah majlis pertunangan kawan baik semasa belajar di Kedah dulu. Tempoh 5 tahun berkawan dan jarang berjumpa tak menjadi halangan nak meraikan hari bahagia dia. Walaupun tak ramai saudara dan kawan yang datang tapi majlis meriah dengan gelak tawa kami. Siapakah kami-kami tu? Seronok ohh dapat kawan baru. Makin bertambah kenalan kalau datang majlis kawen dan bertunang. Syokk ohh! :)

Comelkan Adam Rizky.. anak angkat kakak si tunang
Bersama mak buyung.. eh2 bunga tu kaler sama pulak
Kak Nurul Nadiah a.k.a kak ton! Sibuk layan peminat dia
Keluarga bakal suami.. makcik tudung hijo tu tanya aku macam-macam
Punya sibuk bergosip sampaikan tak sedaq rombongan lelaki dah sampai. Menggelabah semua turun bawah. Tudiaa depa semua kalot. Masa salam dengan rombongan tu ada salah sorang makcik tanya "Nie kawan zura lah ye?", "Ya, makcik". Eheh kenapa member aku sorang tak kena tanya pun. Dah berkenan kat aku pulak ke? Hadoii. Sibuk mak dara dan pengikutnya dengar hal discuss-discuss nie. Nak tau sikit sebanyak kalau berbincang pasal hantaran dan tetapkan tarikh perkahwinan tu. Bincang punya bincang hantarannya nanti 7k dan kenduri dibuat di kampung sebelah ayahnya di Muar. Itu lagi satu masalah. Huu.. cheq tak rasa dapat pi. Mesti mak cheq tak kasi. Yang mak ngahnya pulak suruh turun Segamat dulu kalau jadi pegi kenduri nanti T____T dilemma mai dahh...
Seronok sampai terpejam mata. Hahaa
Tak sabaq nak kawen! Wee ~~
Jadi photographer pun penat sebenaunya. Nak gambau nampak cantik aku terpaksa landing sana landing sini, meniarap. Outing photoshoot lagi kena buang semua perasaan malu sekali dengan model. Kalau pengantin malu-malu mesti susah nak snap gambau sweet-sweetkan. Janji aku dapat pengalaman dan ini my 1st time ambil gambau orang bertunang secara serius. Yelah mak buyung takmo orang lain. Jom tengok hantaran. 7 berbalas 5. Cantik dan semuanya design sendiri. Pelamin tu hasil tangan kak ton buat sampai ke pagi.
Hantaran Pihak Perempuan
________________________________________________________________________________
Hantaran Pihak Lelaki
Nantikan entry untuk part 2 pulak ya. Banyak gambar kena edit dan cuci. Tak sabau nak ceritakan nanti. Apa pun tahniah buat kawan aku dan semoga bahagia sehingga ke jinjang pelamin walaupun aku tak pernah kenal Ruzman tapi harap-harap dia dapat jaga kawan aku dan first impression terhadap lelaki tu ialah dia tersangat pemalu. Nak ambil gambar pun sampai kena paksa. Haihh, tunggu wedding nanti lagi teruk. Hahaa. Paling banyak kenangan bersama mereka 3 orang di Kedah. Baby yang sanggup drive sorang dari Aloq Staq memang tak menghampakan kami ^__^
Bersama mak dara dan anak dara. 4 Single Mingle, sorang budak skolah
Mak buyung bersama wang pendahuluan RM 70 means 7k
Nota Kedaun:
Maaf penulisan didalam entry ini bercampur bahasa Kedah, Johor & Melaka.
Harap faham pabila membaca. PEACE (Y)
Selamat Bertunang buat
Siti Norbaizura Abdul Rahman & Ruzman Zakaria
wahh.. cantik2 :) smga bhgia sllu n diredhaiNya :)
ReplyDeleteHehe..terima kasih :)
DeleteAminn :)
alhamdulillah, tahniah kepada kawan lyna dah jadi tunangan org... wahhhhh cantik sungguh la dia, manis je
ReplyDeleteHehee..terima kasih ena :)
DeleteTAHNIAH3...
ReplyDeleteso bla kenduri nyer plak? ;-)
Terima kasih rin..kenduri lambat lg ;)
Deletemuka kawan you macam muka artis AF tu ROSMA kan kan?
ReplyDeleteHahaa..kembar rosma kot
DeleteWaaaaa, congratss buat bff.
ReplyDeleteSerononyaaa tgk pict pertungannya. =)
Semoga berbahagiaaaa.
terima kasih nies.
DeleteMudah-mudahan.. Aminn =)
wowww..mjlis tunang pn grand2 eh..igtkan kwen da td..thniah la bt kwn 2 :)
ReplyDeleteHehee.. Yelah, macam kawen dah.
Deleteterima kasih :)
Berpeluh sakanlah ye Nina jadi jurugambar. Itupun ada makcik dan berkenanlah pulak ye...
ReplyDeleteTahniah buat kawan Nina - Zura dan Ruzman.
Hahahaa.. tak apa pengalaman tu.
DeleteTerima kasih kak.
cuti sekolah ni jenuh nak p majlis kenduri kawen..huhu
ReplyDeletebtw, tuan punye blog pulak bila :)
Hehe..kan2. Tuan blog lambat lg :)
Deleteselamat bertunang :) ..comel
ReplyDeleteHehe..terima kasih :)
Deleteeh2 kat sg petani.. hana asal sg petani..hehe
ReplyDeletebunga hidup ke kat tudung tu
Ohh..hehe, kt taman mewah nie.
Deletebunga plastik ja
tahniah semoga kekal ke pelamin pula, tuan blog bila nak bertunang?
ReplyDeleteterima kasih.. Aminn. tuan blog lambat lg
Deletecantik bff kamu..mcm muka isma eh xigtlah yg af tu..huhu
ReplyDeleteHehe.. macam rosma af kan
Deletemak buyung !
ReplyDeletex paham ...
apa pun selamat bertunang buat kawan ;)
Hehe.. tu nama manja
Deleteterima kasih ;)
selamat bertunang kepada kawan.. :D
ReplyDeleteterima kasih kak :D
Delete