3 Jun 2013

Zura Engagement Day (Part 1)

Assalammualaikum ❤


Selamat petang si kacak dan si cantik. Baru harini free dan Alhamdulillah selesai majlis-majlis itu. Penat 2 hari tak hilang lagi ditambah tidur yang tak berapa cukup tapi takpa janji hati berbunga-bunga. Selesai sudah majlis pertunangan kawan baik semasa belajar di Kedah dulu. Tempoh 5 tahun berkawan dan jarang berjumpa tak menjadi halangan nak meraikan hari bahagia dia. Walaupun tak ramai saudara dan kawan yang datang tapi majlis meriah dengan gelak tawa kami. Siapakah kami-kami tu? Seronok ohh dapat kawan baru. Makin bertambah kenalan kalau datang majlis kawen dan bertunang. Syokk ohh! :)




Bermulanya kisah pengembaraan 2 hari di Sungai Petani, Kedah menjadi tukang photographer tak laku. Zura mintak aku jadi camerawoman dia pulak. Malam jumaat aritu dia pick up di rumah bersama mak ngah dan mak ude. Singgah pulak Penang Sentral memborong jeruk Pak Ali. Hamboi punya banyak beli jeruk nak bawak balik Joho nanti. Mulanya plan nak naik moto dengan yana dari Kulim tapi petang jumaat tu hujan lebat jadi plan bertukau. Mulanya rasa segan jugak bila sampai rumah dia tapi nasib baik kazen dan kakak-kakaknya peramah. Neneknya walaupun dah uzur sanggup datang dari jauh. Yelah cucu sulung bertunang. Pantang tak nampak aku makan mesti disuruhnya makan berkali-kali. Heee.. Kang sakit perot sosah katanyo.



Comelkan Adam Rizky.. anak angkat kakak si tunang

Bersama mak buyung.. eh2 bunga tu kaler sama pulak

Kak Nurul Nadiah a.k.a kak ton! Sibuk layan peminat dia


Tarikh 1 June 2013 dipilih untuk diadakan majlis pertunangan memandangkan jatuh pada tarikh mereka berkenalan dan masih lagi musim cuti sekolah. Sebelum tunggu pihak lelaki sampai tu sempat la anak dara dan mak dara bergosip di bilik sambil make up. Sempat lagi tu. Hahaa. Kawan aku nie dulu stay Terengganu dan tunangnya tu satu skolah. Memey tak sangko nak jatoh cinte. Amboi sweet bebenor punya bercinta nak rak dengan orang lain akhirnya tunang dengan orang lain. Dulu dia frust jugak, dok serumah dan banyak kawan lelaki cuma nak ambil kesempatan kalau berkawan dengan dia. Sampai nanges-nanges segala bagai. Itu kisah dulu laaa.. zaman cinta monyet.


Keluarga bakal suami.. makcik tudung hijo tu tanya aku macam-macam


Punya sibuk bergosip sampaikan tak sedaq rombongan lelaki dah sampai. Menggelabah semua turun bawah. Tudiaa depa semua kalot. Masa salam dengan rombongan tu ada salah sorang makcik tanya "Nie kawan zura lah ye?", "Ya, makcik". Eheh kenapa member aku sorang tak kena tanya pun. Dah berkenan kat aku pulak ke? Hadoii. Sibuk mak dara dan pengikutnya dengar hal discuss-discuss nie. Nak tau sikit sebanyak kalau berbincang pasal hantaran dan tetapkan tarikh perkahwinan tu. Bincang punya bincang hantarannya nanti 7k dan kenduri dibuat di kampung sebelah ayahnya di Muar. Itu lagi satu masalah. Huu.. cheq tak rasa dapat pi. Mesti mak cheq tak kasi. Yang mak ngahnya pulak suruh turun Segamat dulu kalau jadi pegi kenduri nanti T____T dilemma mai dahh...


Seronok sampai terpejam mata. Hahaa

Tak sabaq nak kawen! Wee ~~


Jadi photographer pun penat sebenaunya. Nak gambau nampak cantik aku terpaksa landing sana landing sini, meniarap. Outing photoshoot lagi kena buang semua perasaan malu sekali dengan model. Kalau pengantin malu-malu mesti susah nak snap gambau sweet-sweetkan. Janji aku dapat pengalaman dan ini my 1st time ambil gambau orang bertunang secara serius. Yelah mak buyung takmo orang lain. Jom tengok hantaran. 7 berbalas 5. Cantik dan semuanya design sendiri. Pelamin tu hasil tangan kak ton buat sampai ke pagi.


Hantaran Pihak Perempuan




________________________________________________________________________________


Hantaran Pihak Lelaki





Nantikan entry untuk part 2 pulak ya. Banyak gambar kena edit dan cuci. Tak sabau nak ceritakan nanti. Apa pun tahniah buat kawan aku dan semoga bahagia sehingga ke jinjang pelamin walaupun aku tak pernah kenal Ruzman tapi harap-harap dia dapat jaga kawan aku dan first impression terhadap lelaki tu ialah dia tersangat pemalu. Nak ambil gambar pun sampai kena paksa. Haihh, tunggu wedding nanti lagi teruk. Hahaa. Paling banyak kenangan bersama mereka 3 orang di Kedah. Baby yang sanggup drive sorang dari Aloq Staq memang tak menghampakan kami ^__^


Sehati Sejiwa.. Aisehhh

Posing manja.. upload kat fb maw kantoi depa nie

Bersama mak dara dan anak dara. 4 Single Mingle, sorang budak skolah

Mak buyung bersama wang pendahuluan RM 70 means 7k 


Nota Kedaun:

Maaf penulisan didalam entry ini bercampur bahasa Kedah, Johor & Melaka.
Harap faham pabila membaca. PEACE (Y)
Selamat Bertunang buat


Siti Norbaizura Abdul Rahman & Ruzman Zakaria

28 comments:

  1. wahh.. cantik2 :) smga bhgia sllu n diredhaiNya :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, tahniah kepada kawan lyna dah jadi tunangan org... wahhhhh cantik sungguh la dia, manis je

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH3...

    so bla kenduri nyer plak? ;-)

    ReplyDelete
  4. muka kawan you macam muka artis AF tu ROSMA kan kan?

    ReplyDelete
  5. Waaaaa, congratss buat bff.
    Serononyaaa tgk pict pertungannya. =)
    Semoga berbahagiaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nies.
      Mudah-mudahan.. Aminn =)

      Delete
  6. wowww..mjlis tunang pn grand2 eh..igtkan kwen da td..thniah la bt kwn 2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee.. Yelah, macam kawen dah.
      terima kasih :)

      Delete
  7. Berpeluh sakanlah ye Nina jadi jurugambar. Itupun ada makcik dan berkenanlah pulak ye...

    Tahniah buat kawan Nina - Zura dan Ruzman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. tak apa pengalaman tu.
      Terima kasih kak.

      Delete
  8. cuti sekolah ni jenuh nak p majlis kenduri kawen..huhu
    btw, tuan punye blog pulak bila :)

    ReplyDelete
  9. eh2 kat sg petani.. hana asal sg petani..hehe

    bunga hidup ke kat tudung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..hehe, kt taman mewah nie.
      bunga plastik ja

      Delete
  10. tahniah semoga kekal ke pelamin pula, tuan blog bila nak bertunang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. Aminn. tuan blog lambat lg

      Delete
  11. cantik bff kamu..mcm muka isma eh xigtlah yg af tu..huhu

    ReplyDelete
  12. mak buyung !

    x paham ...

    apa pun selamat bertunang buat kawan ;)

    ReplyDelete
  13. selamat bertunang kepada kawan.. :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com