Assalamualaikum readers
Review Ipar Adalah Maut | Lama tak update blog. Masa tidak mengizinkan. Harap pembaca sihat. Filem ini baru release di Netflix. Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Indonesia dan telah viral di TikTok Eliza Sifaa pada tahun 2023. Filem ini menjadi iktibar pada yang sudah berumah tangga atau belum.
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan tentang seorang mahasiswi bernama Nisa (Michelle Ziudith) yang dilamar oleh seorang pensyarah muda bernama Aris (Deva Mahenra).
Perkahwinan mereka seperti kisah dongeng yang sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya. Namun kebahagiaan mereka mula terancam apabila adik Nisa iaitu Rani (Davina Karamoy), yang menjadi pelajar, berpindah masuk ke rumah mereka atas permintaan ibu Nisa.
Pada mulanya Rani berusaha menjaga sikap dan perilaku di hadapan abang iparnya. Lama kelamaan, hubungan Aris dan Rani menjadi rapat, sehingga menimbulkan kecurigaan dalam diri Nisa. Perubahan sikap Aris yang menjadi dingin dan acuh tak acuh terhadap Nisa membuatkannya semakin curiga.
Setelah selidik, Nisa mendapat bukti suaminya curang bersama adik kandungnya sendiri. Apa yang terjadi dengan hubungan mereka sehingga ibu Nisa meninggal dunia? Boleh tengok di Netflix ya. Rasa dikhianati tu pedih sangat.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
linda pun baru tengok semalam..geram je rasenya ngan adik dan suami Nisa..
ReplyDeletesy xboleh la tgok cite nii. ntyyy sy over sgt sakit hati. haha
ReplyDeletegeram je tgk cita ni..semoga dijauhkan dr kita semua...
ReplyDeleteIpar adalah maut
ReplyDeleteHangin tengok citer ni…berasap-asap akak geram 😆
ReplyDeletesy juga yang tak tgk2 lagi cerita ni hehehe
ReplyDelete