Assalammualaikum.
Entri pertama di bulan Oktober 2013, sekejap saja dah meninggalkan bulan September yang banyak kenangan tu. Maaf, bulan nie agak berserabut.. Dapat aku rasakan dengan busy nak apply kerja, nak tunggu cik Aimi editkan blog, nak pos borang kerja, resume and etc. Ohh.. Semoga aku sihat walafiat saja dan rasa badan nak demam pulak. Alahaii..
Akan dipos besok! Nasib baik tulisan still elok walaupun lama tak pegang pen
Bila dah selesai semua benda termasuk test JPJ maka bermula rutin harian memulakan operasi mencari kerja. Cari kerja dan apply terus janji aku tak duduk kat rumah. Dah letih nak makan tidur, goyang kaki. Dah tak tahan rasanya dan terlebih rehat. Baru terasa betapa ruginya lepas SPM tak kerja part time. Memey rugi sebab apply kerja gov pun nak pengalaman kerja dan berkebolehan berbahasa lain. Paling rugi tak belajar bahasa siam dan hokkien supaya lebih fasih dengan arwah tok. Mana aku nak cari pengalaman tu. Hadoii... Kalau ada degree pun mesti kena ada at least pengalaman bekerja selama 2 atau 3 tahun. What?? Kalau macam tu kena kerja dulu la baru sambung degree nampaknya.
Alhamdulillah.. harini dah 5 kerja di apply dalam on9. Tak sabar nak tunggu keputusan SPA. Setelah sekian lama tunggu. Agak-agaknya kat negeri mana nanti akan aku cari rezeki? Dari Langkawi hingga KL. Tawakal jelah. Janji apply, dapat atau tak itu lain cerita. Takmo memilih sangat.

Abang nizar punya office. Haha.. siapa yang kaki kipas, kaki tidur sila terasa. Untung la ada bilik sendiri
@ Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah, Perak
Notes:
Semoga berjaya buat aku, Ika & Nani. 3 gadis sedang berusaha mencari kerja dan intebiu. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. Aminn ~~