8 Mar 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370

Assalammualaikum.


Harini pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut di luar pantai pulau Tho Chu, Vietnam. Masih lagi dalam mood sedih dengan insiden kehilangan pesawat MH370 yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 12.41 pagi (Sabtu). Pesawat dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi. Bagaimanapun, sekitar 2.40 pagi, tiada isyarat yang dikesan. 




Penumpang warganegara lain yang berada di dalam pesawat ialah China (152 termasuk seorang bayi), Indonesia (7), Australia (7), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1). 5 buah negara iaitu Malaysia, China, Vietnam, US dan Filipina menyertai operasi mencari dan menyelamat. 




Macam2 spekulasi, hati tetap mengatakan ini adalah rampasan pesawat kerana menara kawalan ataupun Vietnam sendiri tak menerima sebarang bukti menunjukkan pesawat mengalami masalah enjin. Kalau berlaku kerosakan mesti pilot dah hantar signal kan? Ini semua ujian buat rakyat Malaysia. Semoga kita semua sabar menunggu berita yang seterusnya. Sedih mengenangkan saudara seagama menjadi mangsa :'(


Bad week for malaysia :
- Masalah air
- Hutan terbakar
- Jerebu
- Flight MAS hilang

Allah sedang menguji kita :')

#PrayForMH370"




Kapal terbang bagus, juruterbang terlatih, peralatan canggih, Tapi percaturan Allah lebih baik. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. Berdoalah...

7 Mar 2014

Kirt's Farewell

Assalammualaikum.


Selesai sudah majlis makan free beramai-ramai di cafe tengahari tadi. Farewell lunch for Kirt a.k.a KitKat yang sudah tamat LI dan dia akan pulang ke Kota Bharu. Terima kasih juga buat Akmar yang sudi belanja kami semua makan Domino's Pizza.


Ini la orangnya.. Gudbye Kharakirt !



Macam majlis2 birthday sebelum ni, kami semua makan lauk dan sayur yang sama. Betul cakap orang makan ramai2 ni seleranya lain macam sikit dan wajib buat hari Jumaat sebab kaum2 Adam takda. Sayangnya, aku dengan Hanim menjadi orang last yang datang sebab menunggu pizza di luar gate. Tapi, tetap dapat makan semua kecuali jagung. Seramai 21 orang meraikan farewell ni, tapi diorang semua dah sambung kerja jadi kami yang last suka bergambar dengan aksi tak sopan. Hahaa.. Jom layan gambar gedik. Harini je nak gedik pun >____<


Yani & Winda . Ruginya Mel tak mai

With my twin, Akmar memerangkap tukang sponser pizza dan kami di gelar 'Muka E-Store' sebab suka sangat pi beli Hot Wheels

Romantikkan Eng. VUF & Planner Barbell ni. Ekceli si Tayalan ni kuat merepak. Sapa kacau Hanim siap la. Hahaa..

We will missed you Kit 


 Hilang sudah sorang budak praktikal. Lepas ni tunggu budak2 LI yang baru especially GIRL ! Mesti riuh lagi. Budak2 Engineering di alu-alu untuk buat intern di Mattel Penang ! *Promo 



Kirt beri gelas ni untuk orang2 special dalam ofis je. Ada banyak kaler dan Raam yang tolong pilihkan untuk aku. Hehe *Sweetkan. Kak nina kau dah melting ni. Haha :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com