25 Nov 2025

Harraz Cabut Gigi Geraham Di Hospital Pulau Pinang

Assalamualaikum readers


Harraz Cabut Gigi Geraham Di Hospital Pulau Pinang | Banyak sebenarnya tragedi Oktober membawa ke November, itu pun ada yang tak insaf contohnya manis+harraz tak dapat dipisahkan. Boleh control sajalah sementara tunggu gigi kekal tumbuh semula.


Appointment pukul 8.30 pagi, jalan pun macam dipaksa

Doktor bukakan filem Kung Fu Panda. Canggih siap ada screen macam TV


Sambungan dari "Harraz sakit gigi kali kedua" selepas check up untuk kali kedua dan alhamdulillah pada 7 Nov, selesai cabut 2 gigi, dentist decided beri anestesia (ubat bius separa sedar). Masih menangis sebab boleh rasa gigi di cabut.


Nasiblah Harraz dapat bapak kaki menyakat. 35 minit cabut gigi, tunggu di luar dulu nak pastikan okay baru boleh balik. Doktor bagi belon dan sticker.

Pipi bengkak


Masih suka pakai baju aunty Anies bagi

Gigi pun dah reput, lepas bersihkan darah terus tanam


Nasib baik doctor pandai handle, berjaya pujuk hingga selesai, Alhamdulillah lega tak perlu tunggu untuk operation hingga bulan Mei 2026.

21 Nov 2025

Aiskrim Matcha Ai-CHA Sedap!

Assalammualaikum readers


Aiskrim Matcha Ai-CHA Sedap! | Ini baru pertama kali cuba jenama aiskrim dari Indonesia! Macam yang Nina cakap, kalau kurang manis dan kurang rasa susu mesti suka. Ikut selera masing-masing, ada yang komen suka aiskrim yang kuat dengan rasa susu, baik makan aiskrim susu saja 😂😂 Terima kasih Nabila sebab belanja kami 3 beranak.


Salamat po, ate

Hanya RM 2, rasa seimbang antara pahit matcha asli dan manis lembut. Tekstur agak creamy dan lembut.


Outlet yang kami tuju mestilah Sungai Dua, depan USM. Balik dari sesi berenang Harraz, pekena aiskrim Matcha, masa taip ni craving juga lah. Sekarang musim hujan lagi syiok.


Nina cakap, mama suka bunga lily pink ni, dulu cari nak buat hand bouquet nikah tak ada stok lily pink 😅


Dah tak payah masuk mall, banyak pilihan makanan ada area USM ni, itu tak kira cafe-cafe dalam USM lagi, keluar masuk ikut gate Minden Height.


Di asaskan pada tahun 2019 oleh The Lie brothers. Jangan risau sudah dapat sijil halal, cuma dari Jakim masih belum nampak. Selalunya proses agak lama tapi disebabkan bisnes franchise memang berkembang dengan laju. Negara central Asia pun ada.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com