Salam Readers..
Sup cendawan ala Pizza Hut |
Bila ada cendawan lebih maka kita habiskan cepat-cepat. Resepi sup cendawan ni ambil dari buku resepi mak. Tuan buku pun tak pernah cuba lagi tau. Tak mengapalah anak rasmikan dulu 😀
Bahan-bahan untuk buat sup cendawan |
Bahan-Bahan :
7-10 biji cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm buttercup/margerine
1 biji bawang besar Holland atau biasa - dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih - diketuk
1 cawan susu segar/cair
1.2 liter stok ayam (guna kiub ayam maggi 1 ketul) - didihkan air dan masukkan kiub dan ketepikan)
3 sudu besar tepung gandum
Lada hitam dan garam secukup rasa
1 ranting daun Parsli (*optional)
Cara Memasak :
1. Panaskan buttercup/margerine dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng seketika sampai bawang layu, jangan sampai tukar warna.
2. Masukkan cendawan butang yang dihiris nipis dan kacau selama beberapa minit.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan sup stok ayam - kacau sebati dan biarkan mendidih.
5. Selepas mendidih, ketepikan sup dan biarkan sejuk.
6. Selepas sup sejuk, blend (hancur) sup tadi sehingga sebati.
7. Masuk kembali sup ke dalam periuk dan masukkan susu dan biar mendidih.
8. Selepas mendidih, matikan api dan boleh dihidangkan.
9. Taburkan lada hitam dan parsli di atas sup. Sesuai dihidangkan bersama roti bawang putih (garlic bread). Nina makan dengan roti biasa pun sedap 😄
Thanks for sharing this recipe..
ReplyDeleteBoleh cuba, bahan2 pun mudah.. :-)
nak semangkuk lapar niiii
ReplyDeleteSedapnyaaa...
ReplyDeleteRajinnya nina
feberet ni
ReplyDeletenak sikit nak cicah dengan roti..
ReplyDeletewah...rajinnya nina masak
ReplyDelete